𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟏𝟓

82 6 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

ʀᴀɴ ᴠs ʀɪᴇʟ!



Satu keluarga sedang duduk bersantai di ruang tamu bersama-sama meluangkan masa menonton televisyen. Ada yang bergayut di dalam telefon. Ada yang berbaring berkongsikan bantal. Natasya, Fiera dan Mia rancak berborak tentang drama Korea

Manakala Zafriel hanya memerhatikan isterinya sambil mengamati senyuman yang terbit menghiasi wajah jelita Si Isteri. Hajah Hamimah pula entah mengapa timbul rasa tidak sukanya apabila melihat Natasya. Cemburu? Dengki? Haji Rusdi yang duduk bersebelahan dengannya pula yang rasa tidak sedap badan

"Berapa dah lama kahwin?" Hajah Hamimah membuka suara. Memang dia tidak tahu sejak bila Zafriel mempunyai isteri. Datang aje eh? Kahwin dah?

"5 minggu 4 hari" jawab Zafriel details. Percakapan Natasya terus terhenti

"Jinjia? Dia kira hari ke?"

"Baru aje ka ni? Awat tak jemput family? Kedekut ke tak ada budget? Tak pun kena tangkap bas-"

"Apo dia awok ni? Mulut tu jaga sikit boleh tak? Orang pun ada hati. Jangan nak pikiaq hati awok sorang aje" haji Rusdi menegur mulut isterinya. Sudah berbuih mulut cakap benda yang sama tak ubah perangai

"Apa? Abang nak cakap apa?" hajah Hamimah menjeling suaminya

"Tok jangan marah-marah. Nanti darah tinggi Tok naik" nasihat Fiera sambil mengurut kaki Tok Ayahnya

"Abang mesti ada sebab dia tak jemput kita semua. Alah, setakat majlis nikah tu apa sangat? Fiera yang adik kandung dia sendiri pun tak datang majlis tu" ujar Fiera sambil menekankan perkataan 'kandung'. Biar terasa sikit Hajah Hamimah tu

Zafriel bangun dari duduknya dan berjalan menuju tangga luar rumah dan duduk di sana. Natasya mempamitkan dirinya pada Mia untuk mengikuti keberadaan Zafriel

"Dear?" soal Zafriel

"Kenapa? Tuan ada masalah ke?" Natasya pula yang melontarkan soalan kepada Zafriel

"No. Tapi kau jangan terasa dengan kata-kata nenek sihir tu. Dia memang macam tu" kata Zafriel dan hanya mendapat anggukan dan senyuman dari Natasya

"Tapikan, saya rasa kita memang tak perlu kot.. Nak jemput dia? Nanti rosak pula semua. Eh? Astaghfirullah tak baiknya" Natasya menutup mulutnya. Ingin saja Zafriel cubit pipi Natasya

"Dahlah dear, aku hantar kau pergi tidur. Esok kena bangun awal mula solat lepas tu kena masak untuk kenduri malam hari jadi Tok. Nanti tak ada masa kau nak rehat" Natasya akur dan bangun mengikuti Zafriel

Di dalam bilik sudah ada Fiera dan Darisha yang berpindah tempat bergayut dalam telefon. Apalah yang diboraknya malam-malam macam ni

"Kak Sya. Eh abang kenapa dekat sini?"

"Kau kenapa sibuk ha budak? Isteri aku ikut hati akulah. Tapi dear, kau okey ke tidur sini?"

"Apa? Ingat saya ni bandar sangat ke? Walaupun saya tak ada kampung tapi saya okey aje. Tuan tulah asyik nak bertekak aje dengan Fiera tu. Macam budak. Dah pergi sana. Bilik ni cuma untuk perempuan" Natasya menghalau Zafriel sambil menolak belakang Zafriel dan menutup pintu. Saja nak buat Zafriel marah ni

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now