𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟑𝟐

58 2 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯



"Jawab Hans Zafriel! Saya tanya siapa Helang?" soalnya masih tidak berputus asa. Zafriel mengeluh lalu memejamkan matanya. Topeng tadi yang dipakai oleh Helang dia buka. Dia memandang ke arah Natasya yang juga memandang ke arahnya

Dapat Natasya lihat wajah bekas daripada babak-belur Hans Zafriel. Mungkin ini adalah kesan pergelutannya ketika mereka berdua diserang sebelum dibawa ke sini. Sisi bibirnya pecah, ada kesan goresan di pipinya juga dan sisi matanya di sebelah kanan juga lebam. Hati Natasya terluka melihat keadaan Zafriel yang sebegitu rupa

Akhirnya kerana tidak tega, dia membawa jarinya untuk mengusap luka-luka yang ada di wajah tampan jejaka itu. Zafriel tidak beriak apa-apa. Hatinya juga terluka apabila sudah ada lelaki yang berani memijak maruah isterinya sampai jadi begini

"Helang adalah aku" ujarnya. Tangan Natasya yang hinggap di wajahnya dia ambil dan genggam

"Hans Zafriel code Helang" tambahnya lagi

"Awak buat kerja haram ke?"

Zafriel terkejut dengan andaian Natasya. Rasa nak gelak pun ada

"Tak dear, aku tak pernah kerja haram. Aku buat untuk kebaikan dan hanya campur tangan apabila ada kes berat sahaja" terangnya. Natasya bernafas lega. Marah pada Zafriel? Erm... Hanya sedikit kerana dia baru memberitahunya

Natasya menarik hingusnya. Zafriel tergelak dengan perilaku Natasya. Tangannya dia usap air mata Natasya yang hampir jatuh ke pipi

"Aww... Jangan macam ni sayang. Muka kau dah macam bold fish pula" pujuknya. Bahu lelaki itu dia pukul

"Ahh, sakit dear" adu Zafriel. Natasya panik. Kerana dia melihat darah yang melekat pada tapak tangannya setelah dia memukul bahu jejaka itu. Dengan cepat dia selak baju Zafriel. Ada kesan goresan yang agak dalam. Naik pening kepala Natasya lalu Zafriel menutup kembali luka itu

"Tak payah tengok nanti kau juga yang sakit. Jom balik-" ajaknya. Baru mahu menghidupkan enjin, Natasya sudah menahannya terlebih dahulu

"Tak! Kita pergi hospital jom"

"Kau ada cedera ke?" soalnya. Natasya angguk. Kesan luka daripada gari tadi dia tunjuk. Tapi bukan itu tujuan dia mahu ke sana. Dia mahu ke sana kerana dia tahu Zafriel tidak akan mahu ke hospital untuk mengubat lukanya sendiri. Biasanya Natasya lihat sepanjang mereka berkahwin, Zafriel akan ubat sendiri lukanya

Beberapa minit memandu tiada percakapan antara Natasya dan Zafriel. Zafriel fokus pada pemanduannya manakala otak Natasya ligat berfikir untuk mencerna dan mencari kesimpulan apa yang berlaku harini. Satu yang dia yakin

Orang itu bukanlah Raft Danial!

"Apa yang Helang dan anak buahnya buat?"

Zafriel tersenyum. Kerana inilah yang dia mahu, iaitu menanti saat Natasya bertanya akan kebenarannya

"Nama kumpulan kami Oragon dan Oragon terdiri daripada empat orang teras termasuk aku selaku ketua teras"

"Erm... Kami cumalah sesebuah anggota yang bukan dibawah naungan kerajaan. Tapi kami berkhidmat untuk membantu kerajaan. Siapa kami yang sebenarnya aku tak boleh bagitahu kau sebab iainya sulit. Kerja kami agak berat dan melibatkan nyawa. Setiap kali bertugas semestinya identiti yang digunakan adalah palsu. Apa lagi yang kau nak tahu?"

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Onde as histórias ganham vida. Descobre agora