𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟑𝟑

73 4 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯



Auni duduk tersengih memandang ke arah Natasya yang terkejut dengan kehadirannya di sini. Dia melambai kekok tangannya. Setelah itu, Natasya memandang ke arah Zafriel. Zafriel angkat bahu yang bermaksud dia tidak terlibat dalam hal ini

"Hehe... Sya... Tak mau marah-marah ya.. Aku cuma ikut peraturan Oragon je" katanya. Natasya bercekak pinggang lalu dia duduk di sebelah Auni

"Haih... Aku tak marah tapi sejak bila kau berkomplot dengan diorang ni?" soalnya. Auni memandang ke arah Zafriel tanda mahu meminta izin untuk bercerita pada Natasya. Jejaka di sebelah Natasya itu mengangguk

"Cerita dia simple aje. Family aku doktor, kau percaya atau tidak... bapa aku pemilik kepada bangunan ni. Jadi nak dijadikan ceritanya kami sekeluarga berkhidmat juga untuk kumpulan ni. Tapi waktu kita bincang pasal suami kita dekat rumah kau tu aku belum tahu lagi siapa Aniq ataupun Shark yang sebenarnya"

"Sampailah Aniq dikejarkan ke hospital gara-gara luka tembakan dekat lengan dia. Jadi di situlah apa benda yang suami aku buat dekat belakang aku, aku tahu segala jawapannya. Cuma diantara kita Alya dan Khairah aje belum tahu apa yang diorang buat" terangnya. Kepala Natasya hanya terangguk-angguk mendengar penerangan Auni

Kemudian, Natasya menyuruh Auni mendekat sedikit kepadanya untuk berbisik kerana tidak mahu Zafriel mendengarnya

"Kau tahu tak diorang kerja apa yang sebenarnya? Aku tanya Zafriel macam-macam ayat kiasan dia bagi seolah-olah nak aku teka sendiri"

"Well, aku pun tak tahu juga. Aniq pun lebih kurang sama macam Zafriel bila aku tanya"

Natasya mengeluh

"Sudahlah, kau rawatlah luka kami ni" Natasya putus asa. Zafriel tersenyum

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

Keesokkan harinya, Natasya berjalan menghampiri Zafriel yang berdiri di satu ruangan kecil di dalam bilik kerjanya. Ini kali pertama Natasya masuk ke dalam ruangan ini. Dalam ruangan kecil ini ada banyak maklumat tentang misi undercover yang sudah dijalankan atau sedang berjalan oleh Zafriel

Ada satu dinding kaca beroda yang tertampal maklumat dan juga gambar tentang misinya. Di sekeliling ruangan ada banyak dokumen dan fail-fail yang tebal. Jika almari dibuka pula senjata api yang diletakkan di sana. Ada juga dinding kaca yang menempatkan lesen penggunaan senjata api Zafriel, lencana dan sijil pencapaian atau perghargaan Zafriel

Dari situ dapat Natasya teka Zafriel adalah ahli cemerlang Oragon. Tapi persoalannya adalah siapa mentor Oragon? Apakah nama perkerjaan Oragon?

Wajah Zafriel tampak serabut juga Natasya lihat. Perlahan lengan sasa itu Natasya pegang dan peluk. Zafriel terus menoleh ke arahnya dengan senyuman. Sekali lihat seolah-olah beban yang ditanggung olehnya terbang pergi begitu sahaja

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now