𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟒𝟓

77 3 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯



Lima belas minit sudahpun berlalu. Zafriel masih lagi tidak mampu mengeluarkan kebenarannya hingga menipiskan kesabaran Natasya.

"Sebenarnya apa abang?" desak Natasya.

"Sebenarnya ya, aku yang perangkap dan intip kau selamani." jujurnya. Kepalanya menunduk.

"Tapi aku tak pernah buat serangan atau kacau kau. Aku hanya memerhati saja selamani. And, akulah manusia yang bagi kau info tentang perlumbaan tu." sambungnya lagi.

Natasya diserang rasa yang bercampur baur. Dia tidak tahu harus gembira atau sedih. Dalam masa yang sama, kecewa dan takut itu juga ada.

Zafriel ingin memegang tangan wanita itu namun cepat dia tepis. Natasya terus mencapai tudung shawl lalu dililit pada kepala.

Helmet dan juga kunci Yamaha R15 V3 milik Zafriel diambil.

"Abang tolong jangan ikut Sya. I need a time. Izinkan Sya." katanya sebelum meninggalkan Zafriel di bilik seorang diri.

Pintu bilik rahsia itu dihempas kasar.

"Argh!! Sebab kau cuai Zafriel!!" suaranya tinggi menyalah dan menengking diri sendiri. Rambut habis dijambak kuat kerana frustasi.

"Kau tengok Erine dah benci kau!!" katanya lagi dengan kuat yang mengundang Puan Aaira, Ustaz Zaquan dan juga Zafran datang ke biliknya itu.

"Ya Allah Riel..! Riel buat apa ni?" soal Puan Aaira. Hatinya renyuk melihat anaknya dalam keadaan sebegini rupa.

"UMI! Erine dah benci Riel umi!!" katanya dengan nada suara yang masih meninggi.

"Ya Allah Riel... mengucap!" nasihat Puan Aira sambil mengusap dada anak lelakinya itu. Namun lelaki itu tetap saja tidak bertenang.

Zafiera hanya melihat di balik pintu. Dia takut dengan keadaan abangnya sekarang ini.

"Zafriel! Ingat Allah!" tengking Zafran dan menahan tangan adiknya yang tidak diam.

"Zafiera! Ambil ubat abang kamu." arah Ustaz Zaquan. Fiera tanpa melengahkan masa terus mengikut arahan bapanya.

Diberi saja ubat, emosi Zafriel mulai reda. Dia sudah bertenang dan perlahan matanya tertutup.

"Ran, tolong ayah angkat dia."

Zafran angguk.

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now