𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟑𝟏

43 4 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯



Kereta diberhentikan di pagar masuk rumah agam keluarga milik Natasya. Tiada orang di sana tapi rumah itu ada pembantu rumah yang akan datang membersih bagi mengelakkan habuk dan kotoran. Zafriel menoleh ke arah Natasya yang turut menoleh ke arahnya

"Rumah siapa ni dear?" soalnya

"Rumah family belah daddy. Turunlah, saya bawa tuan pergi bilik saya" kata Natasya

Mereka pun turun dan bergerak ke tingkat dua rumah itu. Suasana agak sunyi kerana tiada siapa-siapa di sana. Zafriel memandang gambar-gambar yang ada di sana. Tiada seorang pun dia kenali di sana terkecuali dari keluarga mertuanya. Natasya yang peka apabila Zafriel memandang ke arah gambar keluarga yang tergantung besar pun dia menjelaskan kepada Zafriel

"Daddy ada empat orang adik-beradik tapi diorang masing-masing ada kehidupan sendiri semenjak kematian atuk dengan nenek dulu. Jarang kami dapat berkumpul. Kalau berkumpul pun mungkin dua tahun sekali? Waktu Hari Raya ataupun tahun baru. Sebab tu rumah ni kosong dan sebab itu saya lebih rapat dengan keluarga belah mummy" terangnya. Zafriel hanya mengangguk. Lebih kurang macam keluarganya juga

Cuma Ustaz Zaquan itu tiada adik-beradik lain. Jadi mereka balik beraya hanya satu tempat, Kedah sana

Natasya bergerak ke arah almari bajunya yang menempatkan kotak kenangan itu. Setelah itu dia duduk di samping Zafriel yang memandang ke arah gambarnya selfie Trio Katak. Geli hati Zafriel apabila dia membaca nama trio mereka itu. Bukan apa, sebab Natasya takut katak...

"Boleh ya letak nama trio katak tapi ada ahlinya takut katak?"

Natasya tayang poker face

"Apa? Kalau takut katak tak boleh letak ke?"

Lelaki itu gelak kecil. Natasya hulur satu keping gambar. Kening Zafriel terangkat sebelah apabila melihat isi gambar. Kubur milik

Raft Danial bin Raz Danny

"Itu real tau bukan fake"

"Kenapa kau ambil gambar kubur dia?" soalnya. Natasya terus menegak. Dia tidak tahu ingin jawab apa

"E-erm... Saya.. Huft" Natasya mengeluh lalu dia memejamkan mata. Dia berfikir bahawa mungkin ini saatnya dia memberitahu serba sedikit tentang masa lalunya?

"Gambar ni sebenarnya ada orang kirim dekat saya beberapa tahun lepas. Saya kena ganggu dan disebabkan itulah saya balik terus ke Korea tak nak menetap dekat sini dah"

Zafriel terdiam. Maksudnya memang dah lama Natasya kena gangguan sebegini rupa? Bukan hanya waktu dia Langkawi dan gelanggang badminton?

"Kau bagi tahu aku siapa yang ada bermusuhan dengan kau. Dan waktu hari kita main badminton itu pun kau kena ganggu kan?" nadanya sedikit tegas. Hati Zafriel entah mengapa dia rasa bagaikan mahu membara

"Macam mana tuan tahu saya kena ganggu? Saya tak pernah bagitahu tuan kan?" pelik. Natasya menjauh sedikit daripada Zafriel. Zafriel menarik tangan Natasya namun ditepis oleh wanita itu

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now