𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏𝒔 // 𝟐𝟏

80 6 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

ᴛᴇʀᴏʀ?


9:30 MALAM

Seorang gadis sedang berhadapan dengan lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki itu memiliki perwatakan yang menyeramkan semakin lama semakin menghampirinya dengan sorotan mata yang ngeri. Gadis itu tidak mampu berbuat apa-apa dia hanya mampu menangis

Tangannya digari di tiang katil di sebuah bilik yang mewah. Kakinya diikat menggunakan tali tebal sehinggakan kesan merah jelas kelihatan dengan mata yang kasar

Lelaki stranger tadi menindihnya dan mengunci pergerakannya. Tangan jijik lelaki itu merayap liar ke merata tempat. Esakan gadis tadi tidak dihiraukan. Apa yang dia mahukan adalah gadis kecil itu. Tiada belas kasihan langsung di dalam dirinya

"Please lah, siapa pun kau tolong jangan apa-apakan aku... Aku merayu dekat kau!" lirih sahaja suaranya merayu pada lelaki itu. Namun seakan-akan tuli, lelaki itu langsung tidak menghiraukannya

Melihat lelaki itu sudah semakin liar, gadis itu semakin teresak. Ingin dia melawan, dia tidak terdaya. Dia terkunci

"Tolonglah, aku akan bagi kau apa sekalipun asalkan kau nak lepaskan aku!" sekali lagi meminta belas kasihan daripada lelaki itu tapi sama sahaja tiada bezanya

"All that I want is your, Erine. Ready baby? Hurm" nadanya tersangatlah menjijikan. Siapa saja yang mendengar pasti aku merinding

"Argh...!!"

"No!!" jerit Natasya yang tersedar dari mimpinya. Peluh mengalir di dahi dan lehernya yang putih mulus, tangannya bergetar, pipinya basah akibat air mata yang jatuh mengalir

"Ya Allah, apa yang sedangku alami tadi? Allah, berilah hambamu ini kekuatan" Natasya bercakap sendirian

Hatinya berfikir mengapa dia mendapat mimpi begitu? Sudah lama dia tidak merasakan mimpi ngeri seperti itu

Natasya bangun dan duduk di atas katil. Fikirannya kosong tapi air matanya tidak berhenti mengalir! . Dia mencari keberadaan Zafriel yang tiada di sisinya setelah dirasai tiada kelibat suaminya di sisi. Matanya terus mencari sehinggalah dia mengagahkan dirinya untuk bangkit dari katil

Kepalanya terasa berpusing. Begitu juga dengan dunianya. Dalam fikirannya Zafriel, dia mahu jejaka itu di sampingnya sekarang ini

Jika dahulu ada sepupunya Ariana yang menyalurkannya serba sedikit kekuatan, kini suaminya. Lagipula Ari telah mengambil kesempatan untuk masuk bekerja dalam SKY Kim Company di Korea satu bulan yang lepas. Entah bila lagi Ari akan kembali ke Malaysia

Tetapi belum sempat Natasya menghampiri pintu bilik, telefonnya berdering menandakan ada orang yang menelefonnya. Sekali lagi dia mengagahkan diri mencapai telefonnya

Butang hijau ditekan dan dinaikkan ke atas. Tiada suara hinggalah Natasya sendiri yang bertanyakan orang di seberang sana

"Helo?"

"나 보고 싶어 자기야? 나 기억해 자기야? 네가 즐기기엔 너무 오랜 시간이 걸렸어 이제 내 차례야"

DEG!

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now