𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟎𝟔

110 7 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

ʙᴇ ʏᴏᴜʀs?


"HAHAHA! Lagi cepat kamu berdua langsungkan perkahwinan, lagi cepat daddy dapat tambah cucu. Kan Rin?" Bergema suara Tengku Safie di ruang tamu. Natasya yang tadinya diam tiba-tiba tersedak mendengar perkataan cucu

"Betul lah tu bang. Tak kan lah kita nak harapkan Safiqe je bagi cucu. Lagipun, kalau tak ada Zafriel ni muncul mesti sampai kesudahnya kita berdua ni tak dapat tengok anak dara kita bersanding" Puan Elise pula yang bersuara

"Ha! Ambik hang Sya, ingatkan aman datang sini daripada kena pinang dengan makcik-makcik. Rupanya tak sampai sebulan kau duduk sini dah kena kahwin tanpa kau keluarkan suara. Semua ni salah buaya darat tu!" Natasya berkata di dalam hati. Zafriel hanya tersenyum kemenangan

"Lagi seminggu Zaf, sabar dan kau akan bergelar suami kepada cinta kau" kini giliran Zafriel berkata dalam hati sambil memandang Natasya

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

Natasya kini berada di dalam biliknya dan asyik terfikir akan perbualan daddy dan Zafriel siang tadi

"Argh.. Apa yang dia cakap? Dia ingat aku percaya ayat-ayat buaya dia tu? No way! Ni Natasya tak akan cair dengan ayat tu!" Dia bercakap seorang diri

"Saya sebenarnya uncle betul-betul cinta dengan Natasya. Saya tak tahu kenapa perasaan ni boleh hadir dengan sendirinya. Dan mencintai dia bukan atas dasar nafsu semata-mata. Mungkin juga sebab sikap dia yang berbeza dengan gadis lain, agama dia yang kuat membuat saya tertarik dengan dia dan ingin menjadi imam dia. Saya yakin juga dia adalah jodoh saya yang telah disuratkan sempurna oleh-Nya untuk bersama sepanjang hayat saya"

Natasya meniru semula tanpa ada yang tertinggal satu patah perkataan yang disebut oleh Zafriel dia hadapan Tengku Safie siang tadi

"Argh! Kenapalah aku seolah-olah tak boleh bersuara untuk tak setuju dengan perkahwinan ni? Aku rasa macam aku dikawal dan menurut je apa yang diorang cakap"

"Assalam Sya, kau cakap sorang-sorang ke tu? Weyh! Asal kau tak cakap dengan aku yang pak long dengan mak long nak datang? Terkejut beruk aku tengok diorang berdua terpacak dekat ruang tamu tu tau!" Ari baru balik dari kerja muncul dan mengejutkan Natasya yang sedang berfikir

"Ha, waalaikumsalam. Masalahnya aku pun keliru juga pasal ni. Macam mana dia boleh tahu semua pasal maklumat family aku"

"Ih kau ni, aku cakap benda lain kau jawab lain. Pasal sapa yang kau cakap ni?"

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now