𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟐𝟗

59 5 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯



Instrumental dari Wanna Be Your by Arctic Monkeys dibuka oleh Zafriel diwaktu malam ini bagi menemani waktunya bersama dengan Natasya duduk di bahu jalan. Bulan purnama penuh yang indah menghiasi malam bersama

Natasya asyik memandang ke arah langit mengamati ciptaan Tuhan yang tiada tandingannya. Sesekali dia mengambil beberapa gambar random untuk dijadikan story Instagram

Natasya ni aesthetic orangnya cuma minat bike aje

Zafriel di sampingnya pula memandang ke arah Natasya yang sibuk dengan dunianya sendiri. Tatapan yang diberikan tersirat dengan makna cinta yang membuak. Sampaikan berjam-jam tenung pun tak akan rasa puas

Cintanya pada Natasya tidak terkira. Entah bagaimanalah nanti dia mahu berterus terang pada Natasya

"Dear" panggil Zafriel

"Hm?" sahut Natasya tapi masih fokus dengan halnya sendiri

"Hun" panggilnya lagi tidak berpuas hati

"Ya.. Saya dengar"

Natasya gelak dalam hati. Hampir saja terlepas tawanya. Bukan dia tak tahu Zafriel nak dia menghadap dirinya bila Zafriel memangilnya

"Erine Natasya!" kalini panggilannya kedengaran sedikit tegas. Natasya senyum dan memandang ke arah Zafriel

"Apa?" soalnya. Tawa hampir meletus melihat muka cemberut milik Zafriel. Macam budak! Nasib tak manja macam Haidar kan? Alya aje boleh sabar dengan 'baby cosplay' tu

Ya... Ke?

"Siapa suami kau sekarang ni? Fon itu atau aku?"

Sinis

"Tuanlah" jawabnya singkat. Tapi muka Zafriel masih lagi serius

"Dekat sini ada majikan kau ke?"

Ah sudah! Tak kena lagi jawapan aku

Natasya mati kata. Dia garu kepala yang dibaluti oleh tudung shawl hitam. Tak tahu nak jawab apa

"Erk... A-abang?"

Canggung. Zafriel tergelak sinis. Seronok dia dapat balas balik perbuatan Natasya sebentar dari kerana memulaukannya

"Kita adik beradik ke sampai kau nak panggil abang?"

Rahang Natasya bagaikan terjatuh. Dia tak tahu nak panggil apa lagi

"Habistu apa? Kanda? Tuan juga yang pernah minta saya panggil abang. Saya bagi tuan kata kita bukan adik-beradik. Kalau macam ni better tak payah. Kan lagi senang-"

Percakapan Natasya terhenti

"Aku gurau aje sayang" Zafriel gelak

Natasya terkedu. Dia memegang bibir yang sudah dikecup oleh Zafriel barusan tadi. Natasya geleng kepala untuk mengabaikan hal tadi. Dia memandang Zafriel

"Sayang?" Natasya pelik

Zafriel angkat bahu. Dia tak kisah

"Ya, sayang. Tak ada maksud apa-apa. Just aku nak kau tahu, aku aje yang boleh bagi panggilan istimewa dekat kau. Or, aku akan menghantui hidup orang sebab dah berani singgung hati Hans Zafriel" katanya selamba. Natasya telan liur

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now