𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟏𝟒

86 7 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

ᴇᴠᴇʀʏᴡʜᴇʀᴇ ʏᴏᴜ ɢᴏ, ɪ ᴄᴀɴ ᴄᴀᴛᴄʜ ʏᴏᴜ


Zafriel sedang mengangkat barang-barangnya dan Natasya ke dalam kereta. Ya, mereka akan pulang ke Kuala Lumpur dan mula bekerja semula esok

"Rasa nak stay lagilah dekat sini. Tenang aje rasa" ujar Natasya sendiri yang dapat didengari Zafriel

"Kalau macam tu, nanti kita datang balik sini. Manalah tahu bukan berdua tapi bertiga? Berlima? Happy family? Kan?" sampuk Zafriel. Natasya pula pelik dengan apa yang dikatakan Zafriel

"Maksudnya, maybe waktu kita datang sini balik kita berdua bersama dengan anak-anak yang comel-comel belaka lagikan wajah handsome bapanya diturunkan ke anak" tanpa rasa malu Zafriel berucap dengan yakin

"Ergh, tolonglah kurangkan sikit confident tu. Dah, dah pergi sana check out" halau Natasya pula dan hanya mendapat balasan poker face daripada Zafriel

Jauh dari pandangan Natasya, dia melihat kelibat jejaka berhoodie hitam dengan mask berserta dengan cermin mata hitam sedang berdiri di tepi pokok

Naik meremang bulu roma Natasya melihat kelibat lelaki tersebut. Setelah perasan dirinya ditenung, lelaki tadinya terus beredar dari posisinya

"Siapa lelaki tu? Mungkin cuma aku aje yang perasan?" Natasya mula menepis segala spekulasi di dalam fikirannya

"Dear, kenapa tak masuk kereta lagi? Aniq dengan yang lain dah beredar dah" soal Zafriel. Tanpa menjawab pertanyaan Zafriel, Natasya terus masuk ke dalam kereta

Dritt... Dritt...

Panggilan telefon daripada umi Zafriel, Puan Aaira. Zafriel yang tadinya beru sahaja ingin masuk ke dalam kereta berhenti niatnya

"Umi, kenapa call Riel ni?"

'Riel lama lagi ke dekat sana? Tak habis lagi honeymoon tu?'

"Petang nanti Riel sampailah umi. Kitorang berdua ni dah nak on the way naik flight. Ada apa umi tanya?"

"Ni, Riel terus balik kampung terus lah ya?'

"Balik sana? Awatnya pula? Tak mau haih..."

'Riel, tak mau gitu. Balik ingat tak yang hari jadi Tok yang ke 65 tahun? Ingat tak pesan Tok apa yang dia nak kan waktu hari jadi dia? Balik na?'

"Tapi umi.."

'Tak do nya tapi-tapi. Umi nak Riel balik atau umi suruh ayah yang cakap dengan Riel'

"Umi jangan! Okay, Riel balik sana"

Panggilan telefon tadi dimatikan Zafriel sepihak setelah selesai. Keluhan kecil dikeluarkan daripadanya. Bukan niatnya lupa asal diri, tapi orang-orang di sana yang membuat dia rasa seperti tidak perlu untuk dia menghadirkan diri

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now