𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟎𝟕

114 7 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

ᴍʏ ᴡɪғᴇʏ!


Pagi-pagi Natasya bangun kerana ingin menunaikan solat subuh. Terus dia toleh ke arah bawah dimana Zafriel tertidur. Nyenyak. Zafriel masih berada dia alam mimpi. Masih lagi terpegun dan seolah-olah tidak mahu beranjak, Natasya mengamati wajah tampan Zafriel

Berdegup laju jantungnya dan terus dia memegang dadanya. Dan terbaring kembali melihat candelier tergantung indah di atas

"Kau kenapa ni Sya? Dah lama kau tak rasa jantung kau berdegup laju. Kau dah janji kan kau tak akan percaya lagi lelaki?" Natasya berkata dalam hati. Fikirannya terimbas masa lalu yang sangat sakit hingga meninggalkan luka dalam

"Kau dah bangun ke dear? Pergi ambil wudhuk lepas tu kita solat berjemaah berdua yang pertama" Suara garau serak basah Zafriel masuk ke gegendang telinga Natasya

"Ha? Erk. Ya. Okey" terus Natasya bangun dari katil dan terus mengambil pakaian yang akan digunakannya nanti.

"Dear" panggil Zafriel

"Ya?"

"Nothing. Just beautiful" tiga saja perkataan yang disebut Zafriel sebelum dia keluar dari bilik untuk membiarkan Natasya menyelesaikan rutinnya

"Cantik? Apa yang cantik?" Natasya blur seorang diri. Kemudian dia masuk dan terus melihat ke arah cermin

"Astaga, patutlah dia puji cantik. Tudung aku terlepas rupanya. Mmm asalah kau boleh terlepas tudung?" dia melihat rambut panjang paras tulang rusuk dan sedikit keperangan

Natasya rasa tidak selamat apabila memperlihatkan auratnya pada orang. Melainkan keluarga di rumah. Mahupun sengaja atau tidak sengaja. Dia tahu, sekarang statusnya adalah isteri sah Zafriel dan Zafriel ada hak ke atasnya tapi tetap saja dia merasa tidak selamat. Kerana hal yang terjadi sebelum ini

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

Sekarang Natasya selesai bertelekung warna pic. Zafriel pula setelah siap membentangkan sejadah dia menyarung songkok hitam di kepalanya

"Duduklah" Natasya mendengar arahan dan duduk di belakang Zafriel

Sesusai menunaikan solat subuh, Natasya sekali lagi teragak-agak untuk menyalam tangan Zafriel, imamnya

"Tak dosa pun kau salam tangan aku. Dear"

"Yelah" balas Natasya

"Erine"

"Saya? Ke?" Natasya bertanya

"Yelah, nama kau Erine kan. Kenapa? Tak mengaku ke?

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now