𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟏𝟑

99 6 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

ᴄᴏɴғᴇssɪᴏɴ


"Apa mimpi kau tak pakai tudung ni?" Ujar Zafriel sambil memakai baju di tepi katil. Natasya pula sedang duduk memakai sunscreen tanpa memakai tudung

"Salah ke? Bukan kita dah halal? Selama ni Tuan yang selalu ingatkan saya yang kita dah halal" Zafriel hanya terdiam dan menatap lekat rambut lurus Natasya yang keperangan

"Rambut dye ke?" tanya Zafriel

"Ha? Tak, natural"

"Dear, come" arah Zafriel sambil menepuk katil tanda mengarahkan Natasya untuk duduk berhadapan dengannya

"Kenapa?"

"Kau tak ingat siapa-siapa waktu kau zaman universiti dulu?" tanya Zafriel sambil memegang kedua-dua bahu Natasya

"Kenapa Tuan tanya? Macam mana Tuan tahu saya masuk universiti?"

"Kau lupa ke aku ni bos kau? Resume kau yang kau pernah hantar waktu interview dulu"

"Ouh.. Ingat, tapi saya tak pastilah kalau-kalau ada students yang saya masih ingat" seketika Zafriel terasa hampa. Ingatkan dia boleh dapat sedikit sebanyak maklumat tentang Natasya

"Tuan tanya kenapa?" kali kedua soalan keluar dari mulut Natasya

"Tak ada cuma nak tahu tentang kau"

"Lah. Tanya ajelah saya tak makan pun"

"Erine ni sihat ke tak? Ke tiba-tiba nak akur dengan aku? Biasanya dia garang" monolog Zafriel dalam hati pelik dengan sikap isterinya sekarang

"Still ada gambar kelas?" tanya Zafriel lembut

"Ada kut. Jap saya cek. Tapi tuan jangan terkejut dengan gambar saya waktu boleh dikira zaman belum nak seberapa nak matang sangat" kata Natasya sambil ligat scrolling ke atas gambar lamanya. Banyak juga

"Nah" tunjuk Natasya. Gambar satu kelas tahun terakhir dia belajar di Universiti Malaya

"Tak pakai tudung?" Natasya hanya tersengih

"Lelaki ni tak nampak macam mencurigakan ke?" gambar lelaki yang memakai cermin mata besar baju dimasukkan ke dalam seluar, seluar jeans tidak lupa rambut sikat tepi. Senang cerita nerd

"Kenapa nak curiga dekat dia pula? Tak kan orang macam dia ni buat benda tak elok. Dia pendiam orangnya saya tengok pun baik cuma.. Kadang-kadang saya rasa tak selesa sangat bila dia pandang lepas tu buat-buat tak tahu

"Tapi dear, kita tak boleh menilai seseorang iti daripada luarannya. Mana tahu yang pendiam itulah lebih bahaya. Get it dear?" nasihat Zafriel sambil mengacak rambut Natasya geram

"Tapi, dia nikan.." Natasya mengangkat telefonnya dan mengarahkan di tepi wajah tampan Zafriel

"Macam muka tuan lah. Cuba sikat tepi kejap mesti comel" terbit sebuah senyuman manis di bibir Natasya

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀حيث تعيش القصص. اكتشف الآن