17 🖤

208 25 3
                                    

Setelah hampir seminggu berada di Pulau Jeju, hari ini mereka akan pulang. Dalam masa yang sama hubungan Jaemin dan Haeyeon bertambah baik, sudah jarang bertikam lidah.

"Muka tu kenapa masam je?" Jaemin yang sedang menyikat rambut, memandang Haeyeon yang berada di atas katil melalui pantulan cermin.

"Dah kena balik. Saya belum puas lagi nak bercuti." Adu Haeyeon. Muncung mulutnya. Ketawa kecil Jaemin melihat Haeyeon yang sedang mengemas beg pakaian mereka sambil lewa. Masam mencuka sahaja wajah isterinya.

"Nanti aku free tak busy kerja, kita datanglah lagi." Ujar Jaemin sekadar memujuk.

"Betul ni?" Mata Haeyeon bersinar. Belum pulang lagi dia sudah teruja.

"Hm. Asalkan kau ikut cakap suami kau ni." Jaemin senyum sinis. Haeyeon pula mencebik.

***

Satu keluhan lega dilepaskan sebelum Haeyeon menghempas badannya ke atas katil. Akhirnya sampai juga di rumah. Bantal kesayangannya dipeluk. Rindu!

Baru nak bersenang lenang di atas katil untuk menghilangkan penat, pintu bilik diketuk sebelum ianya terbuka dari luar. Muncul Jaemin di situ. Lekas Haeyeon bangun duduk bersila.

"Kenapa?" Tanya Haeyeon apabila Jaemin masih senyap.

"A-aku.."

Terjungkit sebelah kening Haeyeon melihat Jaemin yang kelihatan gelisah untuk memberitahunya sesuatu. Haeyeon sengih kecil, geli hati melihat suaminya itu.

"Aku rasa macam entahlah. Kau fikir apa yang aku fikir?"

"Huh?"

"Maksud aku apa yang aku fikir sekarang."

Haeyeon hampir ternganga. Berkerut sudah mukanya. Apa yang dia cakap tu?!

"A-apa ni, Jaemin? Saya tak faham. Cuba cakap betul-betul." Haeyeon bangun menghampiri Jaemin dan berdiri di depan lelaki itu. Bila mata mereka bertembung, Jaemin mengalihkan pandangan ke arah lain. Tengkuknya digosok.

Haeyeon memandang sangsi pada suaminya. Sampai gosok tengkuk macam tu, sah dia rasa malu. Tapi malu kenapa?!

"Tak nak beritahu, sudah. Boleh keluar." Haeyeon acah untuk menutup pintu. Nak gesa Jaemin buka mulut.

"Eh jap la." Segera Jaemin menahan tangan Haeyeon.

Jeda sebentar.

"Aku sebenarnya terfikir yang kita patut tidur sekali. Maksud aku suami isteri, satu bilik."

Perlahan-lahan Haeyeon tersenyum.

"Okey boleh." Jawab Haeyeon tanpa berfikir panjang. Apa? Memang patut suami isteri tidur satu bilik kan?

Sekali lagi Jaemin menggosok tengkuknya. Entah mengapa dia pula rasa malu dengan jawapan santai isterinya itu. Sedangkan dia nak minta tu bukan main lama nak buka mulut.

"Aku bukan apa. Suami isteri tak tidur sebilik nanti kang berdosa. Lagi pula aku bosan tidur sorang-sorang sekarang, nak ada teman. Lepas tu ak–"

CUP!

Diam pun. Jaemin terkedu dengan ciuman pantas daripada Haeyeon pada bibirnya. Dia menatap isterinya dengan pandangan tidak percaya. Beraninya.

Haeyeon? Buat tak tahu sedangkan hati nak meletup. Malu beb. Tapi tak apa suami sendiri kan.

"Saya kemas barang-barang sekarang. Nanti awak tolong angkut, ya?" Ujar Haeyeon lalu menutup pintu tanpa menunggu balasan daripada suaminya.

Jaemin yang di luar bilik masih terkedu. Perlahan-lahan tangan naik menyentuh bibir sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 08, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINWhere stories live. Discover now