16 🖤

2K 215 40
                                    

"Kau nak pergi mana?" Jaemin yang duduk menyandar pada katil, menanya Haeyeon. Wanita itu berpaling sekilas pada Jaemin sebelum menatap kembali cermin di hadapannya. Dia mengenakan sedikit gincu merah pada bibirnya.

"Ada majlis makan malam tepi pantai. Saya naklah pergi. Awak nak ikut?"

"Entah." Jawab Jaemin. Matanya masih melekat pada tv. Haeyeon pandang suaminya melalui pantulan cermin.

"Awak izinkan saya pergi seorang diri?"

Jaemin berjeda seketika. Remote tv diambil lalu ditekannya butang off. Wajah Haeyeon dilihatnya. Membalas pandangan melalui cermin.

"Aku ikut."

"Eh? Tadi kata tak nak ikut?"

"Tak, aku tak kata macam tu pun." Balas Jaemin sebelum turun dari katil. Tuala di kepala katil diambil.

"Pukul berapa majlis tu?" Tanya Jaemin sambil kakinya melangkah ke bilik air.

"Pukul 8."

Jaemin hanya angguk kecil. Selepas itu dia masuk ke dalam bilik air. Sekarang sudah hampir pukul 7. Baik dia bersiap awal. Lewat nanti Haeyeon membebel pula.

***

Jam 12 malam. Majlis makan malam tersebut sudah hampir tamat. Yang ada pun kebanyakkan staf-staf hotel, tengah menyimpan barang-barang.

"Sini pun kau." Haeyeon menoleh. Jaemin yang baru tiba berdiri di sebelahnya. Ingat ke Jaemin akan balik terus ke bilik tetapi tidak. Dia cari isterinya yang tiba-tiba hilang di majlis tadi. Rupanya di sini. Berseorangan di tepi laut.

Mereka sama-sama menoleh memandangnya air laut serta langit yang mengelap. Lama mereka melayan perasaan masing-masing sehinggalah Jaemin berdehem.

"Kau selesa ke dengan aku?"

Haeyeon menoleh pandang Jaemin. Lelaki itu tidak membalas pandangannya sebaliknya memaku pandangan ke hadapan.

Haeyeon tersenyum nipis. Dia cuba faham maksud suaminya.

"Selagi saya berada dengan suami saya, saya akan rasa selesa." Kata Haeyeon. Rambutnya bergerak-gerak ditampar angin kuat.

Jaemin menghela nafas pendek.

"Aku tak tahu nak cakap apa sekarang dan aku tak pasti apa yang aku nak cakap."

Haeyeon ketawa kecil. Kenapa dengan suaminya? Ayat terbelit-belit.

"Apa awak ni? Cakap ajelah apa yang nak katakan."

"Aku.."

Jaemin menggigit bibirnya. Seperti susah untuk dia membuka mulut. Haih.. sejak bila rasa berdebar dengan isteri sendiri ni?

"Awak apa?" Haeyeon mendekati Jaemin lebih rapat. Lelaki itu masih kekal dengan posisinya.

"Aku.."

Kening Haeyeon terangkat. Jaemin ni dah kenapa?

"Aku nak.. minta maaf."

Senyap.

"Kau dengar tak ni?" Akhirnya Jaemin berpaling menghadap isterinya.

Mata Haeyeon terkebil-kebil. "Minta maaf untuk apa?" Matanya meluas, masih tidak faham. Apa Jaemin ada buat salah dengannya?

Jaemin berdecit halus sebelum pandang tangan isterinya. Selepas itu tangannya di bawa ke bawah lalu mengenggam tangan isterinya. Haeyeon terkedu dengan tindakan suaminya. Sebelum ini jangan kata Jaemin pegang, dia nak pegang suaminya sendiri pun tak boleh. Jaemin tak benarkan. Tapi ini..

"Aku nak minta maaf dekat kau. Aku kan banyak sakitkan hati kau selama ni. Aku buruk-burukkan kau, selalu marah kau lagi teruk aku tak anggap kau isteri aku."

"Habis tu sekarang awak anggap saya ni isteri awak?"

Jaemin terdiam. Lidahnya kelu. Haeyeon angguk kecil, faham bila tengok lelaki itu hanya senyap.

"Awak jangan nak sedapkan hati saya. Kalau awak memang tak suka saya sebagai isteri awak biar ajelah. Tak paksa awak suka saya pun."

"Tak, tak. Aku.. benar anggap kau isteri aku. Selama ni aku ego sebab aku tak pernah ikhlas dalam hubungan kita." Ujar Jaemin, serius.

Senyuman Haeyeon menaik. Hatinya tiba-tiba berasa lega. Mujurlah, selepas ini mereka tidak perlu bergaduh seperti selalu.

Tapi dia tahu, Jaemin terimanya sebagai isteri bukan bermakna lelaki itu memberi ruang di hati untuknya.

"Kenapa senyum? Suka?" Tanya Jaemin tersengih.

"Mana ada suka. Baguslah sekarang awak dah sedar diri. Jangan nak sakitkan hati saya lagi." Kata Haeyeon sebelum melepaskan tangan Jaemin. Dia berjalan meninggalkan suaminya.

Jaemin senyum pendek sebelum berlari anak ke arah Haeyeon. Tangan isterinya diraih dan disatukan bersama.

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINWhere stories live. Discover now