14 🖤

1.2K 158 10
                                    

Setelah berbincang dengan orang tua Jaemin dengan elok, akhirnya mereka berdua sudah berada di Pulau Jeju. Honeymoon. Haeyeon teringin pergi ke luar negara tetapi Jaemin membantah. Mahu tidak mahu wanita itu terima, lagi pun Pulau Jeju pun okey juga. Tempat tarikan ramai.

Haeyeon memerhati suaminya yang tengah berurusan dengan pengurus hotel. Sebelah tangannya berpegangkan beg bagasi manakala sebelah lagi beg tangannya. Setelah selesai berurusan, Jaemin datang pada Haeyeon.

"Jom. Aku dah dapatkan kunci."

"Berapa?"

Kening Jaemin berkerut. "Berapa apa?"

"Bilik."

Jaemin sengih. "Satu."

Dia merampas beg bagasi Haeyeon. Beg itu bertukar tangan. Wanita itu terkebil-kebil, bukan kerana beg bagasinya diambil tetapi hal bilik tadi. Dia akan tidur bersama suaminya?

"Sini,"

"Huh?"

"Beg kau." Mata Jaemin terarah pada beg tangan Haeyeon. Wanita itu tunduk dan pandang sekilas begnya. Jaemin mahu tolong bawa?

"Eh tak payah. Saya boleh ba--"

Tanpa menghiraukan tolakan Haeyeon, Jaemin terus ambil beg tersebut. Lelaki itu berdecit halus. Nak bagi pun susah.

Haeyeon serba salah melihat Jaemin membawa beg miliknya ditambah lagi dengan beg sendiri. Matanya menangkap kunci bilik di tangan Jaemin. Mungkin itu yang boleh dia tolong pegang.

"Awak, biar saya pegang kunci. Tangan awak dah pe--"

Mulut Haeyeon terkatup kembali apabila Jaemin mengepit kunci itu ke mulut. Wajah lelaki itu nampak kosong. Haeyeon kemam bibir, pasrah bila lelaki itu tidak memerlukan pertolongannya.

Jaemin mula menuju ke lif, tinggalkan Haeyeon di situ. Nak ajak pun tak boleh, mulut tak boleh buka. Haeyeon pandang belakang suaminya dari jauh. Tiba-tiba perangai Jaemin berubah. Pelik. Tapi tetap dingin.

***

"Awak,"

Senyap.

"Awak.."

Langsung tidak bergerak.

"Awak, bangunlah." Kali ini Haeyeon tinggikan sedikit suaranya. Mata Jaemin bergerak-gerak sebelum terbuka. Tetapi ditutup kembali dan melayan rasa mengantuknya. Haeyeon mendegus geram.

Kalau datang sini cuma nak tidur, baik tak payah datang. Dekat rumah pun boleh tidur. Haeyeon bentak dalam hati. Iyalah sampai je dalam bilik tadi, terus Jaemin naik katil dan tidur. Katanya penat. Tapi Haeyeon teringin sangat nak tengok pantai, sebab itu dia mahu suaminya teman.

Haeyeon cucuk-cucuk pipi Jaemin dan membuatkan lelaki itu merengek. Dia ketawa kecil. Comel betul bila lelaki itu tengah tidur.

"Nak apa, sayaangg?" Rengek Jaemin dengan mata masih terpejam. Haeyeon ketawa kecil. Dalam tidur pun nak bergurau juga.

"Awak.. saya nak pergi pantai. Temanlah saya."

"Bagilah aku tidur dulu." Jaemin tarik selimut tetapi Haeyeon menahan. Lelaki itu berdecit geram. Dia buka sebelah matanya. Haeyeon tersenyum lebar, teruja mahu tengok pantai.

"Kenapa degil sangat ni? Bagilah ketenangan dekat aku, aku nak tidur. Aku penat. Nanti-nantilah kita pergi." Jaemin pejam mata kembali.

"Kalau macam tu saya pergi sendirilah." Kata Haeyeon namun tiada balasan dari Jaemin kerana lelaki itu sudah terlelap. Haeyeon muncung sebelum bangun dari katil.

Biarlah kalau Jaemin mahu tidur, bukannya dia tidak boleh pergi sendiri. Haeyeon senyum kecil lalu berlalu ke beg bagasinya, mencari pakaian yang sesuai sebelum dia masuk ke dalam tandas.

***

Dengan angin pantai menampar-nampar wajahnya, Haeyeon berjalan di persisiran pantai. Gelagat orang-orang yang bermain diperhatinya dengan senyuman kecil. Penat berjalan, Haeyeon hentikan langkahnya dan berlalu ke air laut lebih dekat dan rendamkan kakinya. Sejuk.

"Yeon?" Suara lelaki. Haeyeon menoleh dan terkejut kecil. Sudah lama mereka tidak bertemu dan hari ini mereka bersua muka.

"Jeno, kan?" Tanya Haeyeon bila nama lelaki itu samar-samar di fikirannya. Lelaki itu senyum lebar dan angguk.

"Kesan lama tak jumpa, awak mula lupakan saya." Kata Jeno, masih dengan senyumannya. Siapa yang lihat pasti cair.

Haeyeon kemam bibir. "Sorry.."

"Tak jadi masalah pun." Jeno ketawa kecil melihat muka bersalah Haeyeon.
Dia hampiri wanita itu lebih dekat.

"Yeon,"

"Hm?" Kerana ketinggian mereka agak berbeza, Haeyeon terpaksa dongakkan kepala.

"Awak tak sudi jumpa saya ke? Saya call awak tak angkat." Terus-terang Jeno. Dia memandang wajah Haeyeon dengan tatapan mendalam.

"Call saya?" Tanya Haeyeon pula. Dia diam memikirkan itu. Setahu dia Jeno tidak pernah menghubunginya. Kalau ya pun, mesti dia jawab kerana dia simpan nombor lelaki itu.

Haeyeon geleng kepala. "Mana ada. Awak tak call saya pun."

"Awak nak cakap yang saya tipu awak?"

Haeyeon lepaskan keluhan. Tidak patut situasi ini berlaku. Dia rasa bersalah kerana membiarkan lelaki itu terusan dengan perasaannya.

"Jeno.. jangan kacau saya lagi."

"Kenapa?"

"Cuma.. jangan. Please.." Pinta Haeyeon dengan suara merendah, berharapkan lelaki itu faham akannya.

"But why?"

"Saya dah kahwin." Jawab Haeyeon, terus-terang. Dia tunduk, tidak mahu melihat muka Jeno.

Jeno terdiam dan dalam masa yang sama dia amat terkejut. Perempuan yang dia suka sejak sekolah menegah hingga sekarang, sudah menjadi milik orang lain. Patah hatinya.

"B-betul ke?" Jeno menanya. Tidak berpuas hati.

Haeyeon angguk kecil. "Maafkan saya."

Haeyeon mula melangkah pergi dari situ namun selepas itu langkahnya terhenti kerana ada orang yang menghalang laluannya. Perlahan-lahan Haeyeon angkat kepala.

"Awak?"

Ya, Jaemin.

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINWhere stories live. Discover now