PROLOG

2.7K 199 12
                                    

"Haeyeon, berhenti."

Langkah Haeyeon yang pantas itu terhenti saat seruan suaminya bergema di ruang tamu itu. Tepat di hadapan pintu rumah, dia berdiri. Tunggu masa untuk keluar sahaja.

"Apa lagi yang awak nak katakan? Saya tiada masa." Tanpa berpaling, Haeyeon bersuara. Tangannya mengenggam erat beg bagasi di sebelah.

"Saya tak benarkan awak keluar." Ujar Jaemin, masih tidak berganjak dari tempatnya. Memerhati belakang isterinya dari jauh.

Haeyeon ketawa. Adakah lelaki itu sedang membuat lawak?

Tetapi Jaemin tahu ketawa itu penuh dengan sinis.

"Bukankah dulu awak tak pernah terima saya dalam rumah ni? Tak pernah anggap saya ini isteri sah awak. Bukankah begitu, Na Jaemin?" Ujar Haeyeon. Serentak itu dia berpaling.

Jaemin masih diam, memerhati isterinya. Mukanya dingin. Bukan kerana dia marahkan isterinya tetapi dia takut kehilangan wanita itu.

"Tapi itu dulu. Awak masih tidak mahu terima saya yang sekarang?" Soal Jaemin. Suaranya menurun namun masih kedengaran di cuping telinga Haeyeon.

Haeyeon menghela nafas panjang. Tipulah kalau dia tidak terima perubahan Jaemin sekarang tetapi dia makan hati dengan sikap suaminya sebelum ini.

"Saya penat dan bagi saya masa. Saya nak keluar untuk cari ketenangan. Jangan cari saya." Setelah mengutarkan bicara itu, Haeyeon akhirnya keluar dari rumah mereka tanpa menghiraukan panggilan dari suaminya.

Jaemin meramas rambut perangnya seketika. Dia tidak mahu menghalang wanita itu, biarkan dia pergi. Dia perlu memberi isterinya sedikit ruang. Apabila keadaan menjadi normal semula, dia akan dapatkan isterinya kembali.

Biar masa yang menentukan.

■■■■■

Hi this is my first fanfiction so I hope you guys will support me ❤

Shall we continue this?

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINWhere stories live. Discover now