09 🖤

1.1K 161 14
                                    

Senyap.

Hana memandang Haeyeon dan Jeno silih berganti. Sekarang mereka di sebuah restoren. Selepas kena langgar tadi Haeyeon membatalkan hasrat mahu pergi ke tempat yang diingininya dan tidak sangka pula lelaki itu mengajak mereka minum namun bila sudah berhadapan, masing-masing mengunci mulut.

Hana berdehem. "Kenapa senyap je? Aku menganggu korang ke?" Haeyeon dan Jeno sama-sama berpaling pada Hana.

"Aku tak tahu nak buka topik pasal apa."

"Kenalkan aku dekat dia lah."

"Oh."

Haeyeon angguk kecil. Kenapa dari tadi tak terfikir?

Jeno tersenyum manis lalu menghulurkan tangan pada Hana tanda bersalaman. "Saya Jeno. Lee Jeno."

"Kim Hana." Gadis itu menyambut huluran tersebut. Jeno kembali menatap Haeyeon. Dia sendiri pun tidak tahu mahu berbual pasal apa.

"Korang ni pernah kenal ke?" Tanya Hana. Iyalah baru ajak minum, Haeyeon sudah menurut.

"Em kami baru--"

"Dah lama kenal. Sejak sekolah menengah lagi. Kan Yeon?" Jeno tersenyum lebar pada Haeyeon yang sudah terdiam. Yeon? Setakat ini Jaemin sahaja yang memanggilnya dengan nama itu.

Haeyeon sendiri tidak pasti Jeno satu sekolah dengan dia ataupun tidak. Tetapi bila dia teringatkan balik, dia bukannya pernah ambil tahu pasal kehidupan di sekolah dan di sekolah dulu pun dia ada beberapa orang kawan sahaja. Tak main stalk senior ni.

"Haeyeon?" Mendengar suara Hana yang memanggilnya itu, Haeyeon tersedar. Keningnya berkerut melihat pandangan Hana yang bermaksud kau tak pernah cerita pun dekat aku. Haeyeon membalas, mengguling anak mata.

"Awak," Haeyeon fokus pada Jeno kembali.

"Saya nak minta maaf pasal haritu. Saya tinggalkan awak sorang-sorang. Mesti awak tunggu saya, kan?" Ujar Haeyeon dengan bersalah. Nak mention nama si suami tapi hati tak tergerak ke situ.

"Tunggu tu memanglah tunggu sebab saya risaukan awak. Takut awak kena culik ke apa." Jeno membalas bersama senyuman.

Hana yang berada di sebelah Haeyeon hanya senyap. Nak mencelah pun dia tidak tahu apa-apa. Dia nak tanya pun rasanya tak kena waktu. Nanti-nantilah minta Haeyeon explain semua.

"Awak nampak cantik hari ni, Yeon." Kata Jeno. Matanya tidak beralih dari wajah Haeyeon sejak dari tadi.

Hana terdiam dan matanya membulat.

Haeyeon lagilah terdiam.

Dalam hati Haeyeon seperti mahu tergelak besar. Tadi terserempak dengan suami sendiri keluar bersama perempuan lain. Sekarang dia pula bersama lelaki lain.

Ini ke kehidupan suami isteri yang kena kahwin paksa?

***

Haeyeon meminta diri ke tandas, meninggalkan kawannya bersama Jeno. Bolehlah Hana kenal-kenal dengan Jeno walaupun Haeyeon sendiri belum mengenali Jeno dengan sepenuhnya.

Di tandas, Haeyeon mencuci tangannya sambil memerhati di segenap wajahnya pada cermin kut-kut ada sesuatu yang melekat ke nanti tak pasal-pasal malu. Selepas mengelap tangannya dengan tisu dan membuang tisu itu ke dalam tong sampah kecil, Haeyeon keluar. Baru beberapa tapak dia keluar dia tercengang.

Tak sangka boleh jumpa dia dekat sini.

"Hei." Jaemin yang tiba-tiba datang menegur bersama kedua-dua tangan ke dalam kocek seluar.

"Awak ikut saya eh?" Tuduh Haeyeon sambil menunding jari ke arah Jaemin.

"Aku ternampak kau tadi jadi aku ikut kau sampai sini. By the way, siapa lelaki tadi?" Seperti biasa, Jaemin bersuara dengan dingin.

"Lelaki? Lelaki mana?" Haeyeon blur. Jaemin berdecit. Susahlah dapat isteri yang lambat tangkap ni.

"Lelaki dekat restoren tadi. Huh kau curang belakang aku."

Haeyeon mula teringat pada Jeno. Oh lelaki itu. Wanita itu hampir tergelak. Curang? Hello kau curang dulu daripada aku.

"Kawan. Jeno nama dia."

"Oh."

Oh je? Tak cemburu ke? Ala tak sweetlah suami aku ni. Haeyeon muncung sedikit. Tapi bila terfikirkan semula buat apa Jaemin nak cemburu, dia sendiri pun tak cemburu bila tengok suaminya keluar dengan perempuan lain.

Tanpa sedar Haeyeon ketawa dan mengundang tanda tanya buat Jaemin.

"Gila." Bisik Jaemin perlahan sambil tersenyum sinis. Dia mendekati Haeyeon.

"Lain kali jangan keluar dengan lelaki lain." Ujaran Jaemin menghentikan gelak ketawa Haeyeon. Wanita itu mula berasa bangga diri. Dia menyelit rambutnya ke belakang telinga. Akhirnya suami aku cemburu! Kalah kau.

Melihat Haeyeon yang tersipu malu, Jaemin senyum mengejek.

"Jangan perasan, aku bukan cemburu. Cuma aku tak naklah kalau kenalan omma atau appa tengok kau keluar dengan lelaki lain lepas tu lapor dekat omma appa benda ni. Faham saayaaaaang?" Jaemin tersenyum pendek sebelum memasang wajah dinginnya. Haeyeon mencebik.

"Habis tu awak?"

"Aku apa?"

"Tadi saya nampak suami orang keluar dengan perempuan lain. Dahlah perempuan tu seksi, mengedik lagi dengan lelaki tu." Perli Haeyeon bersama senyuman bangga. Dia memeluk tubuh, memandang Jaemin yang mula terdiam.

Jaemin menolak lidahnya pada pipi. "Kita seri. Lepas ni jangan buat lagi." Selepas itu Jaemin pergi meninggalkan Haeyeon di situ.

"Eleh, entah-entah dia buat lagi." Haeyeon juga pergi dari situ.

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINМесто, где живут истории. Откройте их для себя