05 🖤

1.2K 155 22
                                    

Haeyeon mengemam bibir, melihat Jeno yang membawa beg plastik yang berisi barang-barang dapur kepunyaannya. Bukan dia malas atau mengada tetapi lelaki itu sendiri yang mahu tolong pegang.

"Awak, bagilah saya pegang." Haeyeon menghulurkan tangan depan Jeno. Mereka berhenti berjalan.

"Awak nak pegang? Boleh ke? Berat ni."

"Hei apa awak ni? Ingat saya ni lembik ke?" Haeyeon buat buat angkuh. Jeno ketawa kecil dan menggeleng kecil.

"Tak apa saya ada. Bukannya susah."

"Memang susahkan awak pun. Tu barang saya. Tapi kalau awak degil juga, bagi saya satu dan awak pegang satu. Adil, kan?" Sekali lagi Haeyeon hulur tangannya.

"Iyalah. Nah," Jeno mengalah dan menghulurkan satu beg plastik yang berat dari beg plastik yang satu lagi kepada Haeyeon. Saja nak tengok wanita itu kuat ke tidak.

"Okey tak tu?" Soal Jeno apabila melihat Haeyeon yang cuba mengangkat beg plastik berat itu. Haeyeon angguk dan selepas itu mereka berjalan menuju ke tempat kereta Haeyeon berada.

Tanpa diduga, sedang mereka berjalan plastik yang Haeyeon pegang tembus dari bawah menyebabkan beberapa barang jatuh ke tanah.

Haeyeon mencebik dan memgeluh. Dia memandang Jeno dengan wajah simpati. Lelaki itu mengangkat sebelah kening seolah menanya kenapa walhal dia sudah tahu.

Jeno menunduk sedikit dan plastik di tangannya diletak atas tanah. "Awak tunggu sini eh? Saya nak minta plastik lain dekat dalam." Beritahu Jeno bersama senyumannya.

"Senyum tau." Pesan Jeno pada Haeyeon yang tidak henti mencebik. Selepas itu lelaki itu hilang dari pandangannya dan tinggal dia seorang diri di situ bersama barang-barang dapur yang tidak bernyawa.

Sudahlah panas terik baju yang dipakainya pun agak tebal jadi tidak mustahil sekejap lagi peluh akan mula keluar. Haeyeon mengibas mukanya. Panas!

"Ehem!"

Haeyeon menoleh. Matanya membulat melihat seseorang di hadapannya sekarang. Terkejut memanglah terkejut tetapi timbul tanda tanya tentang lelaki itu. Mimpi apa suami aku datang sini?

"Hei. Yang kau pergi termenung dah kenapa?" Ujar Jaemin dingin. Haeyeon memandang suaminya dari atas hingga bawah. Lelaki itu lengkap dengan pakaian kasual serta cermin mata hitam yang elok terletak di batang hidungnya. Tidak lupa juga dengan rambut undercut yang berwarna perang.

"Awak buat apa dekat sini? Nak beli barang dapur juga ke?"

"Taklah. Aku cuma teringat dengan sticky note yang kau tampal dekat depan kereta aku." Kata Jaemin sebelum menunduk ke arah muka Haeyeon sambil bercekak pinggang. Melihat isterinya berdiam diri dia mengangkat sebelah kening, menyuruh wanita itu bersuara. Haeyeon mengingati apa yang dia tulis pagi tadi.

Hai suami. Saya nak keluar pergi mall, nak cari barang sikit. Kalau awak rasa awak tu suami yang baik lagikan hensem dan macho, datang temankan saya. But yea siapalah saya awak nak teman, kan? Oke bai!

Haeyeon memejam matanya rapat. Aduh! Apasal aku tulis macam tu? Kau ni Haeyeon sajakan nak malukan diri sendiri. Dia mencelikkan mata dan terus terjerit kecil apabila sedar muka Jaemin hampir dengannya.

"Gedik. Zaman bila lah guna sticky note macam tu." Kata Jaemin. Dia bukanlah rajin sangat nak datang tapi iyalah takut isterinya itu mengadu pada ommanya.

"Saya saja je tulis macam tu. Bukan paksa awak datang pun." Haeyeon cuba membela diri sendiri. Dia menolak bahu Jaemin dengan satu jarinya dan mujurlah lelaki itu berundur.

"Tapi mujur aku datang, kan? Dengan barang-barang bersepah atas tanah. Kau ingat ada prince ke nak datang tolong kau selain aku? Huh." Jaemin menjeling tajam pada Haeyeon. Dia menunduk dan mengutip barang yang jatuh tadi. Kemudian dia berlalu pergi tanpa menunggu Haeyeon.

"Awak!" Haeyeon berdecit. Suami sendiri palau. Selepas itu dia mengikuti suaminya.

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINWhere stories live. Discover now