13 🖤

1.2K 158 23
                                    

Sudah dua hari berlalu sejak kejadian tempoh hari yang menyakitkan hati Haeyeon. Dia pun tidak sangka dia akan menjauhkan diri dari Jaemin, kurang bercakap dan selalu mengelakkan diri dari bertembung dengan lelaki itu. Mahu kata merajuk tidak juga, tetapi sejujurnya dia malu. Bila teringat balik kata-katanya hari itu pipinya serta-merta berona merah, mesti Jaemin beranggapan bahawa dia mahu menagih simpati.

"Awak. Saya tak tahu kenapa tapi hati saya tiba-tiba sakit bila dengar kenyataan tu. Kenyataan yang awak akan ceraikan saya."

Haeyeon menongkat dagu pada meja. "Kenapalah aku cakap macam tu? Buat malu je." Keluhnya. Memang waktu itu dia sakit hati tetapi kenapa dia terlalu jujur?

Ah tak salah aku nak jujur pun. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang aku rasa. Desis hati Haeyeon.

Telefonnya tiba-tiba berdering. Kebetulan benda alah itu berada di atas meja, segera dia ambil. Nombor yang terpapar di atas skrin dipandang lama.

"Kenapa tak angkat?" Suara Jaemin menyentakkan Haeyeon. Dia berpaling melihat lelaki itu yang baru keluar dari tandas. Baru lepas mandi dan mujurlah badannya sudah lengkap berpakaian. Sambil menggosok rambut dengan tuala kecil, Jaemin menghampiri.

"Aku tanya ni, kenapa tak angkat?" Tanya Jaemin lagi. Haeyeon berdecit halus. Ish sibuk je nak tahu.

"Nombor tak kenal." Jawab Haeyeon.

"Jangan angkat."

"Huh?"

"Jangan angkat kalau nombor tak kenal." Pesan Jaemin. Haeyeon mengangguk lambat-lambat.

"Okey.. tapi kenapa?"

"Memang tak boleh." Serentak itu Jaemin menglempar tuala kecil di tangannya tadi ke arah muka Haeyeon.

"Na Jaemin!" Jerit Haeyeon, membuang tuala itu dari muka.

"Kau tak nak tanya ke kenapa aku mandi dekat tandas dalam bilik kau?" Jaemin mendekati Haeyeon lebih rapat lalu mendaratkan tangannya ke penyandar kerusi yang diduduki wanita itu.

Haeyeon terdiam. Baru dia perasan suaminya berada di situ, siap guna tandas dia lagi.

Jaemin menunduk mendekati wajah Haeyeon. "Tanyalah."

Haeyeon teguk liur. Rasa gerun pun ada, rasa pelik pun ada melihat Jaemin seperti itu. Sepertinya... tengah menggodanya?!

"K-kenapa?"

Jaemin tersenyum lebar lalu membisik. "Sebab ini bilik aku juga. Bilik kita berdua."

Ini mimpi?

Haeyeon terdiam dan kaku di tempatnya. Pipinya mula berona merah. Siapa tak malu bila lelaki kacak datang rapat dan membisik di telinga dengan suara menggoda?

"Awak cakap apa ni?" Mata Haeyeon bergerak-gerak menatap wajah Jaemin yang dekat dengannya.

Jaemin mula tersenyum sinis. "Aku bergurau." Dan selepas itu dia menjauhi Haeyeon, berdiri tegak di hadapan wanita itu.

"Paip tandas aku bocor sebab tu aku datang sini." Kata Jaemin tanpa rasa bersalah. Ya tanpa rasa bersalah selepas membuatkan hati Haeyeon hampir mahu meletup.

"Yeon,"

"Ya?" Haeyeon mula fokus pada Jaemin.

"Pipi kau merah."

Oh tidak..

Haeyeon terasa mahu menangis di situ. Berani-beraninya Jaemin melayannya seperti itu. Hati perempuan mudah dijentik.

"Keluarlah awak. Saya nak tidur." Arah Haeyeon dingin. Jaemin dijelingnya.

"Tidur? Pagi lagi ni sayaangggg." Jaemin mengekek ketawa sebelum keluar dari situ.

Haeyeon menghela nafas panjang. Macam bersalah pula nak jatuh suka pada suami sendiri.

***

"Ada apa papa suruh Jae datang sini?" Tanya Jaemin pada ayahnya setelah lama berdiam diri. Mungkin tiada topik mahu diborakkan lagi jadi dia menyoal apa yang bermain di fikirannya. Haeyeon pula di dapur, menolong Puan Na memasak.

"Haih.. ajak datang rumah papa pun salah ke?"

"Bukan macam tu, pa. Macam ada sesuatu je nak bagitahu kami. Kan?" Kata Jaemin. Encik Na ketawa kecil. Betul tekaan anak lelakinya itu.

"Sekejap lagi papa bagitahu."

"Kenapa pula?"

"Sekejap lagilah.. ada isteri kamu sekali." Jawab Encik Na seraya membuka lipatan surat khabar. Jaemin masih tidak berpuas hati. Dia masih mahu tahu.

"Cakaplah dekat Jae dulu, isteri Jae tu sekejap lagi pun boleh." Jaemin memaksa. Encik Na terdiam seketika sebelum menutup surat khabar lalu diletakkan di sebelah.

"Honeymoon."

Kening Jaemin terangkat.  "Honeymoon apanya? Cakaplah betul-betul."

"Kamu dengan Haeyeon. Honeymoon." Ujar Encik Na, tersenyum lebar. Jaemin kecilkan matanya.

"Ni kenapa pula tiba-tiba?"

"Laaaa tak boleh ke kamu dengan Haeyeon pergi honeymoon? Lepas kahwin kamu berdua tak pergi mana-mana pun. Asyik sibuk dengan kerja je, biarlah kali ni luangkan masa dengan isteri. Urusan tiket, tempat penginapan tu semua papa dan mama sponsor." Jelas Encik Na panjang lebar.

Jaemin menyandar pada sofa. Entahlah dia tidak rasa apa-apa. Tetapi kalau ini boleh mengembirakan hati mama dan papanya, Jaemin turuti sahaja. Lagi pula honeymoon bukanlah sesuatu yang berat baginya. Apatah lagi pergi bersama Haeyeon.

***

"Honeymoon?!" Seperti yang dijangka Jaemin, Haeyeon pasti akan terkejut. Lelaki itu mengangguk kecil.

"Kau terkejut macam kau tak suka pula?"

"Habis tu awak suka?"

Jaemin berdecit. "Memanglah aku tak suka. Tak ada beza kita pergi ke tak, hubungan kita bukannya macam pasangan lain. Bahagia."

Haeyeon pandang pelik padanya.

"Kau fikir lainlah tu." Jaemin menegur Haeyeon.

"Taklah saya tak cakap apa-apa pun." Haeyeon menjawab. Dia mengigit bibirnya sambil berfikir.

"Jadi awak terima?"

Jaemin angguk.

"Baguslah. Saya pun rasa nak pergi bercuti. Dengan awak."

"Dengan aku?" Haeyeon angguk teruja. Jaemin senyum sinis.

"Kau mula suka aku eh?" Jaemin menembak. Haeyeon terjeda seketika.

"Kenapa fikir macam tu?"

Jaemin memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket seluar. Memandang wajah Haeyeon dengan tatapan mendalam.

"Hari tu kau kata kau sakit hati bila Yura cakap aku akan ceraikan kau. Kau benar maksudkannya?"

Haeyeon senyap.

"Yeon, aku tanya ni." Jaemin tunduk menyamai paras Haeyeon.

Mata Haeyeon terkebil-kebil. Jaemin pun satu, kenapa perlu ungkit hal itu. Jelas Haeyeon tidak suka.

"Saya suka ke tak awak tetap akan ceraikan saya, kan?"

"Aku tak pernah cakap macam tu."

"Awak lupa? Sebelum kahwin awak dah tetapkan janji, awak akan ceraikan saya bila dah tiba waktunya." Suara Haeyeon menurun. Hidungnya terasa pedih, menandakan dia mahu menangis. Kenapa aku lemah sangat ni? Haeyeon membisik dalam hati.

Jaemin terdiam. Rasa bersalah muncul dalam diri. Dia boleh nampak wajah kecewa dari isterinya.

"A-aku.."

"Tak apa, saya faham."

"Tak kau tak faham. Aku dah lupa tentang janji tu." Ujar Jaemin. Haeyeon tunduk, bermain dengan jari sendiri.

"Jangan bercakap pasal cerai lagi. Aku tak suka."

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINWhere stories live. Discover now