08 🖤

1.2K 151 7
                                    

Jaemin memfokuskan dirinya terhadap kertas kerja dengan tangan kanan berpegangkan sebatang pen manakala sebelah lagi membelek-belek kertas kerja tersebut. Fokusnya terganggu apabila pintu biliknya dikuak dari luar dan muncul seorang wanita berpakaian seksi. Buat seketika Jaemin menghelas nafas berat.

"Amboi, bila I datang terus masam muka you. You tak suka I datang ke?" Wanita yang bernama Yura itu melabuhkan duduk di hadapan Jaemin.

"I tengah kerja ni. Nampak tak? Nanti tak siap-siap juga kerja I." Ujar Jaemin. Iyalah kalau Yura ada mesti kena layan perempuan tu. Kalau tak dilayan mengada-ngada pula.

Yura menjeling manja. "Dulu bila I datang tak ada pun you macam ni. Sejak kahwin dengan perempuan tu you makin tak layan I." Kata Yura dengan rasa tidak puas hati. Dulu mereka berdua bercinta namun tidak berakhir dengan apa yang dikehendak apabila orang tua Jaemin menerima Haeyeon ke dalam hidup anaknya.

"You kenalah faham I. I dah kahwin jadi I tak boleh layan you macam dulu lagi."

"You cintakan perempuan tu ke?"

Jaemin terdiam sebelum menggeleng dengan lambat. Yura ketawa sinis.

"Jadi apa yang you harapkan dari perkahwinan ni kalau you tak cintakan dia? I pun rasa perempuan tu tak cintakan you. You boleh je lepaskan dia kalau you nak." Ujar Yura. Biarlah jejaka itu sudah berkahwin tapi dia tidak sesekali akan mengalah kerana dia yakin Jaemin masih menginginkan dirinya.

Jaemin pejam mata sebelum menyandar ke belakang. Tadi barusan dia menghadap kertas kerja yang memeningkan kepala sekarang perempuan itu cuba menyerabutkan kepalanya.

Dia memang tidak sukakan isterinya.

Malah, perkahwinan mereka satu bebanan baginya.

Tapi dia tidak sekejam itu untuk menghacurkan perkahwinan mereka.

Jaemin buntu. Dulu dia pernah terfkir untuk melepaskan Haeyeon tetapi dia sendiri tidak pasti apakah saat itu akan berlaku ataupun tidak.

***

"Yeon, sekejaplah!" Laungan Hana dari belakang memalingkan tubuh Haeyeon.

"Cepatlah jalan. Aku takut kedai yang aku nak pergi tu tutup." Gesa Haeyeon pada Hana yang terkial-kial membawa beg kertas yang banyak. Shopping tak ingat dunia hm. Sekarang mereka berada di mall.

Ketika Hana berlari anak ke arah Haeyeon, dia ternampak seorang lelaki bersama seorang perempuan tidak jauh darinya, sedang menjamu selera di kedai makan. Dating agaknya. Tapi.. dia kenal lelaki itu.

"Yeon," Hana memanggil kawannya apabila dia sudah berada di sebelah wanita itu namun matanya masih melekat pada dua manusia tadi.

"Cepatlah, jangan berhenti."

"Sekejap," Hana menahan tangan Haeyeon yang memaut lengannya tadi.

"Cuba kau tengok tu." Hana menjuihkan mulut ke arah yang ditunjuk. Haeyeon menoleh ke arah itu. Keningnya berkerut.

Jaemin?

"Siapa perempuan tu? Kau kenal ke?" Soal Hana.

Haeyeon menggeleng. "Tak. Aku tak kenal."

Mereka terus memerhati pasangan itu dan selepas itu mata Hana membulat melihat perempuan itu menyentuh tangan Jaemin dengan manja. Lain pula dengan Haeyeon, dia berlagak cool sahaja namun dia tertanya-tanya siapa perempuan bersama Jaemin itu.

"Gediknya perempuan tu. Tak malu berkepit dengan suami orang. Huh." Haeyeon ketawa kecil melihat Hana mengkritik sesuka hati. Dia isteri Jaemin patutnya dia yang marah tapi lain pula mereka.

"Biarlah mereka. Aku rasa tu girlfriend Jaemin kut. Kalau tak, tak adanya diorang nak keluar bersama."

"Kau tak cemburu ke?" Soal Hana.

"Tiada guna aku nak cemburu." Haeyeon mengemam bibir. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Wey kedai aku hampir nak tutup!" Tanpa menunggu Hana, Haeyeon berjalan pantas ke hadapan. Kalau kedai tu tutup aku salahkan kau Jaemin!

Malang tidak berbau, dengan tidak sengaja Haeyeon terlanggar seseorang di hadapan menyebabkan dia jatuh.

"Auch!" Haeyeon memejamkan mata menahan rasa perit di punggungnya.

"Awak, sorry!" Si dia menunduk lalu memegang bahu Haeyeon. Haeyeon mendongak.

"Jeno?"

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINWo Geschichten leben. Entdecke jetzt