07 🖤

1.2K 166 21
                                    

Malam. Haeyeon memasuki biliknya memandangkan sekarang sudah pukul sepuluh. Waktu tidur. Dia dan Jaemin tidur berasingan atas arahan lelaki itu sendiri. Haeyeon tidak pernah membantah dan dia tidak kisah.

Haeyeon menguap kecil lalu menarik selimut menutupi badannya. Namun belum sempat dia membaringkan kepala..

"Haeyeon,"

"Ya Tuhan." Haeyeon menggosok dadanya akibat terkejut. Jaemin yang berada di pintu dijelingnya.

"Tolong aku boleh tak?"

"Apa dia?" Kening Haeyeon berkerut. Jarang Jaemin minta tolong.

"Emm.." Jaemin menggosok tengkuknya. Berkerdip mata Haeyeon menunggu kata dari lelaki itu.

"Ada lipas atas katil aku."

Senyap.

"Yeon,"

"Jadi?"

Jaemin mendecit dan mengguling anak mata. "Tolong buanglah."

Haeyeon tiba-tiba tersengih. "Tak malu minta tolong dari perempuan." Dia ketawa kecil. Tetapi dia sememangnya tahu suaminya takut dengan binatang kecil. Tadi pun Jaemin panggilnya dengan gelaran Yeon yang selalu diguna oleh lelaki itu jika dia betul-betul mengharap sesuatu daripada Haeyeon.

"Tak nak tolong tak apa. Aku tak-"

"Mana ada. Saya bergurau je tadi." Haeyeon bangun menuju ke bilik Jaemin. Lelaki itu ikut dari belakang.

Di dalam bilik Jaemin, Haeyeon meliarkan mata atas katil mencari keberadaan si lipas yang telah menakutkan si Jaemin. Namun tiada.

"Hilang dah awak." Kata Haeyeon. Jaemin menggeleng.

"Ada tu. Carilah betul-betul." Arah Jaemin mendatar. Haeyeon mendengus sebelum mencari kembali. Diangkat sekali bantal dengan selimut namun tetap tiada.

"Lipas tu dah lari. Tak payah takutlah." Haeyeon berpaling memandang Jaemin dan tersenyum lebar, meyakinkan lelaki itu. Dia berura mahu pergi namun lengannya ditahan.

"Aku tahu benda yang aku nak cakap ni menjengkelkan. Lepas tu kau jangan pula ingat aku ni nak ambil kesempatan atas kau. Kau tahu kan yang aku memang tak suka binatang kecil? Tak kesah kau nak cakap apa pun pasal aku."

"Teruskan, Na Jaemin."

"Untuk malam ni je. Teman aku tidur?"

***

Haeyeon pandang Jaemin.

Jaemin pandang Haeyeon.

Senyap.

Untuk meriahkan lagi suasana di antara mereka, Haeyeon akhirnya membuka mulut.

"Jadi macam mana?"

"Macam mana apa? Aku tidur atas katil. Kau tidur jelah mana-mana pun." Ujar Jaemin, tiada rasa bersalah. Dasar suami.

What the hell. Kau suruh aku teman tapi kau layan aku macam ni? Sempat lagi Haeyeon dalam hati. Dia mengemam bibir.

"Tak salah kut saya nak tidur atas katil awak. Tak DOSA pun." Haeyeon tekan perkataan dosa itu. Dia masih berdiri di tepi katil manakala lelaki itu sudah pun selamat membaringkan diri atas katil.

"Taklah. Takut kau ambil kesempatan atas aku."

"Awak ingat saya nak rogol awak ke?"

"Why not?" Jaemin hanya mengangkat bahu bersama wajah kosongnya. Haeyeon menahan sabar. Kalau macam ni baik aku tidur dalam bilik aku je.

"Kalau awak tak bagi saya tidur sini.." Haeyeon menunjuk ke arah katil.

"...saya masuk bilik saya balik."

Selepas itu, Haeyeon mula melangkah mahu keluar namun tangannya ditarik kuat sehingga dia jatuh ke atas katil, bersebelahan dengan Jaemin.

"Aku mengalah. Kau boleh tidur sini."

"Habis tu awak?" Soal Haeyeon.

"Aku apa? Aku tidur sinilah. Sekali dengan kau." Kata Jaemin mendatar. Dia mula membaringkan kepala atas bantal dengan selesa, mengabaikan isterinya yang sudah terkebil-kebil.

"Oh." Haeyeon menyelesakan kedudukannya atas katil. Kekok pula bila sekatil dengan suami sendiri.

"Jangan sentuh aku dan jangan apa-apakan aku." Pesan Jaemin angkuh sebelum mula memejamkan mata. Haeyeon mencebik. Macamlah aku nak sentuh kau. Tch.

Haeyeon tiba-tiba tersenyum jahat. "Awak,"

"Hmm."

"Ada lipas atas kepala awak."

"WHATTTTTT?!!"

Haeyeon ketawa terbahak-bahak dengan penuh kejahatan.

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINWhere stories live. Discover now