04 🖤

1.2K 168 34
                                    

Haeyeon berjalan di sepanjang rak itu, mencari beberapa bahan masakan. Hari ini dia rajin keluar, membeli barang dapur memandangkan barang di rumah sudah habis. Ini pun dia seorang yang pergi nak harapkan si suami temankan memang ke tahun depan pun tak akan. Semalam minta duit belanja pun dah beberapa jam kena bebel dengan si Jaemin itu. Nasib baik Haeyeon sabar kalau tidak dia tendang suami sendiri keluar bilik.

"Yeon?" Semasa Haeyeon meneliti bahan kandungan serbuk masakan yang ingin dibelinya, muncul seseorang yang menegurnya. Dia berpaling memandang seorang lelaki di sebelahnya yang tersenyum.

Haeyeon terdiam. Cuba memikirkan siapa lelaki ini. Barusan tadi lelaki itu menyebut namanya dan semestinya mereka pernah berjumpa sebelum ini. Siapa lelaki ni? Ah aku tak ingat!

"Awak ni siapa? Kita pernah berjumpa ke?" Soal Haeyeon. Barang di tangan tadi diletak semula dan mula fokus pada lelaki itu.

Lelaki itu mengemam bibir sebelum dia tergelak halus. Haeyeon mengerdipkan matanya. Apasal dia gelak pula? Tapi.. senyuman dia nampak comel. Sedar dengan bisikan hatinya itu, Haeyeon cepat menggeleng kepala. Ish ingat suami.

"Jeno. Nama saya. Senior awak masa sekolah menengah dulu."

"Oh. Tapi saya tak kenal awak dan saya memang tak kenal awak." Haeyeon ketawa kekok. Apa yang aku cakap tadi?

"Mestilah awak tak kenal saya sebab kita tak pernah pun bersemuka." Ujar Jeno. Senyuman lebarnya memang tidak lengkang di bibir.

"Tapi kenapa awak boleh kenal saya sedangkan kita tak pernah berjumpa?"

"Sebab dulu saya selalu stalk awak."

Mendengar jawapan dari Jeno itu membuatkan Haeyeon hampir tersedak. Matanya sedikit membulat akibat terkejut dengan kata-kata lelaki itu tadi. Dia juga tak percaya yang lelaki itu boleh je nampak tenang sedangkan dia nak buka mulut sekarang pun tak boleh.

"Saya suka awak."

What?!

Hampir ternganga Haeyeon dibuatnya. Lelaki ni cuba nak mengurat aku ke? Ish mana boleh aku dah ada suami. Tapi.. lelaki ni lagi hensem dari Jaemin kan?

Jeno ketawa melihat wajah Haeyeon yang nampak cuak. "Saya bergurau je."

Haeyeon ketawa kekok. Entahlah hatinya rasa hampa. Ingatkan dia ada peminat. Boleh pula lelaki itu bergurau dengannya.

"Tapi saya nak kenal awak lebih rapat."

"Saya?"

"Iyalah awak. Tak ada orang lain lagi dah dekat sini. Awak tak kesah kan?" Jeno tersenyum lagi. Haeyeon mengangguk kecil. Takkan nak tolak nanti dianggap sombong pula.

"Mari, saya teman awak hari ni."

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINWhere stories live. Discover now