12 🖤

1.2K 163 21
                                    

Suis kipas ditutup sebelum dia berlalu ke katil untuk mengambil beg kerjanya. Ketika itu telefon di atas meja kecil sebelah katil berdering. Jaemin menoleh. Pada awalnya dia mahu mengabaikan memandangkan itu telefon milik Haeyeon tetapi dia berlalu juga ke situ, memeriksa nama si pemanggil.

Jeno.

Kening Jaemin berkerut melihat nama Jeno yang timbul di skrin telefon isterinya. Siapa? Dia cuba mengingati kenalan Haeyeon yang bernama Jeno. Sepertinya.. oh ya!

"Dia rupanya." Gumam Jaemin setelah mengingati gerangan si Jeno.

Ada apa lelaki itu menelefon isterinya pada waktu pagi seperti ini? Menganggu saja. Jaemin berdecit halus. Janji tetap janji. Kalau dia tidak boleh berhubung dengan Yura, Haeyeon pun tidak boleh berhubung dengan mana-mana lelaki.

Jaemin mengerling ke pintu bilik sekilas, memeriksa jikalau Haeyeon datang atau tidak. Selepas itu telefon Haeyeon diambilnya. Mujurlah isterinya tidak menggunakan kata laluan untuk membuka telefon jadi senang Jaemin untuk curi-curi tengok isi dalam. Dia bukan mahu tengok apa pun cuma dia mahu memadam nombor Jeno.

Selepas siap, Jaemin meletak kembali telefon itu sebelum berlalu keluar dari bilik.

***

"Kau keluar ni, mak mertua kau tak marah ke?" Tanya Hana, berjalan beriringan bersama Haeyeon.

"Mak mertua aku dah balik pagi tadi lepas kita orang sarapan sama-sama. Lagi pula buat apa dia nak marah menantu kesayangan dia ni?" Haeyeon tersengih bangga. Hana pula muncung seketika. Untunglah ada ibu mertua.

Mereka berhenti di depan bangku yang terdapat di taman itu lalu melabuhkan duduk di situ.

"Haeyeon,"

"Ya?"

"Uhm.. siapa Jeno sebenarnya? Tak maksud aku, sebelum ni kau tak pernah pun kenalkan dia pada aku. Aku ni kawan rapat kau tau." Kata Hana, menunggu balasan dari Haeyeon.

Haeyeon menghela nafas seketika. "Seperti yang Jeno cakap sebelum ni, kita orang kenalan sejak sekolah. Tapi aku tak tahu pula pasal dia, dia je kenal aku. Dia selalu tengok-tengok aku dulu."

"Tengok kau? Oh maksudnya dia suka kaulah kan?"

"Pandai kau teka."

Hana hampir tersedak. Tidak sangka apa yang diguraunya tadi memang kenyataan. Jeno sukakan Haeyeon?

"Serius? Kau tahu dari mana?"

"Dia sendiri cakap dekat aku." Jawab Haeyeon tenang. Hana pula ternganga mulut membuatkan Haeyeon ketawa kecil.

"Aku tahu kau terkejut. Aku lagilah terkejut bila dia luahkan perasaan dia dekat aku. Entahlah babe benda ni salah, aku ni isteri orang dan dia pula belum tahu lagi status aku. "

"Jangan begitu. Kau kena terus-terang dekat dia baru tak diberi fake hope. Biar dia tahu yang dia cuma bertepuk sebelah tangan."

"Amboi kau. Mulut tu jahat sangat."

Hana menjeling manja. "Aku cakap benda yang betul. Walaupun kau dengan Jaemin hidup tak bahagia, tapi tak bolehlah rumah tangga kau kacau sebabkan lelaki lain." Nasihat Hana. Haeyeon angguk kepala sahaja.

"Ya aku faham. Terima kasih untuk nasihat tu. Sayang juga kau dekat rumah tangga aku." Haeyeon tersengih.

"Mestilah. Aku nak tengok kau dengan suami kau bahagia walaupun cinta tu belum ada tapi aku yakin! Yakin yang kau dengan Jaemin akan jatuh cinta antara satu sama lain nanti." Kata Hana dengan bersungguh. Haeyeon memandang jengkel padanya.

Tapi.. tak salah harapkan benda yang baik, kan?

***

Haeyeon menghentikan keretanya walaupun dia belum lagi sampai betul-betul di hadapan rumah. Keningnya berkerut melihat sebuah kereta yang tidak dikenali diparkir di depan pintu pagar rumahnya. Kereta Jaemin ada juga di sana cuma terletak di dalam pintu pagar.

Haeyeon tahu dia sudah lambat sampai ke rumah pada tengah hari itu memandangkan suaminya terlebih dahulu sampai cuma sekarang milik siapa kereta itu?

Seketika kemudian mata Haeyeon terbuka luas apabila pintu kereta itu dibuka dari dalam menandakan orang di dalam mahu keluar.

Yura?

Ya nampaknya Haeyeon dapat mengenali wanita itu. Wanita yang pernah makan bersama dengan Jaemin tempoh hari. Dia masih ingat itu. Dia nak kacau suami aku ke? Ataupun suami aku ajak dia datang sini? Banyak persoalan yang bermain di kepalanya. Tanpa membuang masa Haeyeon keluar dan menuju ke sana.

"Ehem!" Haeyeon berdehem di saat Yura hampir mengetuk pintu rumah. Yura berpaling sebelum wajahnya berkerut.

"You ni siapa?"

Haeyeon hulurkan tangannya. "Saya Na Haeyeon. Isterinya Na Jaemin." Haeyeon menekan nama Na itu, menunjukkan dirinya adalah isteri kepada Jaemin.

Muka Yura mula berubah. Nampaknya dia tidak suka dengan isteri Jaemin itu. Huluran Haeyeon juga dia abaikan.

Haeyeon tersenyum nipis dan menarik tangannya kembali. "Nak tanya, ada apa awak datang sini? Awak ada urusan dengan suami saya ke?" Tanya Haeyeon. Yura berdecit halus. Kehadiran Haeyeon di situ menganggu dirinya untuk bertemu dengan Jaemin.

"Bukan urusan you pun."

"Eh mana boleh. Urusan Jaemin urusan saya juga. Dia kan suami saya." Haeyeon tersenyum. Senyumannya itu nampak seperti mengejek wanita seksi itu.

Dalam waktu yang sama, Jaemin keluar dari rumah dan terkejut dengan kehadiran mereka berdua. Lagi terkejut melihat Yura di situ.

"Yura?"

"Yes babe," Yura mendekati dan memaut lengan Jaemin. Haeyeon memeluk tubuh dan memandang serius pada mereka.

"You buat apa dekat sini?" Tanya Jaemin. Perlahan-lahan dia menolak tangan Yura dari lengannya.

"You ni sama je dengan isteri you, tanya I buat apa dekat sini. I datang jumpa you laaa.." Sekali lagi Yura cuba memaut lengan Jaemin dan kali ini Haeyeon bertindak dengan menepis tangan wanita itu dan berdiri di depan Jaemin.

"Hei tak malu ke datang rumah orang lepas tu nak pegang-pegang suami orang? Tolong hormat saya, saya isteri dia." Ujar Haeyeon serius. Dia dan Yura saling membalas pandangan. Jaemin hanya senyap di belakang, memerhati isterinya.

"Tapi Jaemin tak pernah anggap you macam isteri dia. Dia layan you dengan baik ke? Tak pun. Sebab dia tak cintakan you, tak sukakan you. Tak lama lagi dia akan ceraikan you." Yura cuba menyakiti hati Haeyeon. Dia tersenyum kemenangan sambil memeluk tubuh. Jaemin mula memandangnya dengan serius. Haeyeon pula terdiam.

"Yura, kalau you datang sini nak buat kecoh baik you baliklah sebelum I yang halau you." Pinta Jaemin dengan tegas. Yura berdecit kasar.

Sebelum pergi dari situ Yura sempat menjeling pada Haeyeon. Apabila wanita seksi itu sudah tiada, suasana antara Haeyeon dan Jaemin menjadi senyap. Masing-masing mendiamkan diri.

Jaemin berdehem. "Yeon?"

Haeyeon berpaling. "Awak. Saya tak tahu kenapa tapi hati saya tiba-tiba sakit bila dengar kenyataan tu. Kenyataan yang awak akan ceraikan saya." Selepas itu dia berlalu masuk ke dalam rumah. Jaemin tidak menghalang. Dia berdiri kaku di situ.

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINWhere stories live. Discover now