15 🖤

1.2K 173 18
                                    

"Siapa?" Tanya Jaemin. Dingin.

Haeyeon kelu lidah. Masih terkejut dengan kehadiran suaminya di situ. Jaemin renung Jeno dari jauh sebelum fokus pada Haeyeon semula.

"Ah, aku ingat. Jeno, kan?"

Haeyeon angguk kecil. Jaemin seakan mahu ketawa melihat wanita itu takut dengannya. Apa dia ada buat salah?

"Kau ada hubungan dengan dia ke?" Tanya Jaemin. Haeyeon dongakkan kepala lalu geleng dengan laju.

"Tak."

"Habis tu kenapa takut?" Haeyeon terdiam. Entahlah dia pun sendiri tidak tahu kenapa. Jaemin lirikkan anak matanya, melihat Jeno yang semakin menghampiri mereka.

"Jadi ini suami awak, Yeon?" Sampai di situ, Jeno menyoal. Haeyeon yang membelakangi Jeno berpaling. Belum sempat wanita itu angguk, Jaemin memotong.

"Ya aku suami dia. Jaemin." Jaemin hulur tangannya pada Jeno. Dia nampak tenang, tidak dingin seperti tadi. Lambat-lambat Jeno angkat tangannya dan bersalaman.

"Terima kasih sebab tengokkan isteri aku sekejap. Risau pula aku tinggalkan dia sorang-sorang." Kata Jaemin. Dia memeluk bahu Haeyeon lalu tersenyum. Saja nak sakitkan hati Jeno. Dia tahu lelaki itu sukakan isterinya. Cara pandang pun sudah tahu.

Haeyeon angkat kepala memandangnya Jaemin. Pelik. Semacam je. Tengah berlakon ke?

Mata Jeno bergerak-gerak tidak tenang. Kecewa. Marah. Sedih. Semuanya bersatu. Biarlah. Mungkin dia dengan Haeyeon tiada jodoh.

Jeno angguk lambat-lambat. "Hm. Aku pergi dulu eh?" Dia minta diri. Setelah melihat anggukan dari Jaemin, Jeno berlalu pergi dengan perasaan kecewa.

Jaemin melepaskan bahu Haeyeon. "Aku suruh kau tunggu aku, kau tak dengar. Degil lagi." Wajah Haeyeon cemberut. Sedih kena marah.

"Siapa suruh tidur? Datang sini nak bercuti bukannya berkurung dalam bilik."

"Aku kata dah tadi kan, aku penat. Bagilah aku rehat dulu."

"Habis tu jangan marah saya, saya nak keluar sorang-sorang." Haeyeon membalas dengan geram. Makin sakit hati melihat Jaemin yang berwajah kosong.

"Kalau aku biarkan kau seorang diri dekat sini, sah-sah kau bermanja dengan si Jeno tu."

"Awak cemburu?"

"Lambat lagi." Jaemin tunduk sedikit dan membasahkan tangannya lalu dijentik pada wajah Haeyeon.

"Awak!" Jerit Haeyeon dengan mata terpejam. Mata masuk air. Jaemin hanya pasang muka selambanya. Dia berpusing ke belakang mahu pergi namun Haeyeon tidak mudah untuk lepaskan lelaki itu. Dia tarik dan tolak Jaemin ke dalam air.

"Jung Haeyeon!" Habis basah badannya. Kuat betul isterinya tolak. Dahlah baju baru tukar.

Jaemin mengetap bibirnya, geram melihat Haeyeon yang seronok mengekek ketawa. Dia balas balik. Tangan Haeyeon ditarik ingin dihumban ke dalam air namun wanita itu tersalah jatuh tempat. Haeyeon jatuh ke atas badan Jaemin dan dia juga basah separuh badan.

Buat seketika Haeyeon terkaku di atas badan Jaemin. Kedua-dua tangannya jatuh tepat ke atas bahu suaminya. Matanya pula terpaku pada anak mata lelaki itu. Pipinya mula berona merah, melihat wajah Jaemin sedekat itu. Jujur hatinya, Jaemin kelihatan kacak lagi-lagi dengan rambut yang basah bersama senyuman sinis di bibir.

Jaemin tersengih sebelum mengubah posisi mereka. Haeyeon di bawah dan dia di atas. Tersenyum puas dia melihat Haeyeon basah sepenuhnya.

"Habis basah." Kata Haeyeon dengan nada biasa. Tidak marah sebab Jaemin pun basah. Jadi sama-sama basah.

Jaemin bangun dan meraup rambutnya yang basah ke belakang. "Aku nak naik atas, tukar baju. Selepas ni aku nak pergi makan. Kalau kau nak ikut baik kau cepat."

"Awak," Jaemin baru mahu berpaling namun Haeyeon sudah menghalangnya.

"Apa?"

Perlahan-lahan Haeyeon naikkan tangan dan hulur pada Jaemin, menyuruh lelaki itu bantunya untuk bangun.

"Lembik." Jaemin tetap hulurkan tangannya dan menarik tangan Haeyeon sehingga wanita itu bangun.

"Sekejap lagi kau belanja aku makan. Sebab aku basah dan satu lagi aku dah tolong kau." Dia berlalu pergi.

Haeyeon masih tidak berganjak. Perhati suaminya yang semakin menjauh. Tanpa sedar dia tersenyum nipis.

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINWhere stories live. Discover now