10 🖤

1.1K 156 23
                                    

Ketukan bertalu-talu di pintu menghentikan Jaemin yang sedang menyikat rambut di depan cermin. Tahulah dia bahawa itu adalah Haeyeon yang mengetuk seperti tiada hari esok. Dia tidak terus pergi membuka pintu sebaliknya merapikan rambutnya terlebih dahulu dan kemudian barulah dia berlalu ke sana.

"Nak apa?" Terus Jaemin bertanya dengan dingin selepas membuka pintu. Haeyeon mengangkat telefonnya depan Jaemin.

"Mama ada mesej tadi. Dia kata nak datang sini."

"Terus?"

Haeyeon berdecit. Slow betul suaminya. "Awak tahu kan kita tinggal bilik lain-lain, barang-barang pun dekat bilik masing-masing. Kalau mama tiba-tiba check macam mana?" Tanya Haeyeon gelisah.

"Kau angkutlah semua barang-barang kau dalam bilik aku. Senang." Setelah itu Jaemin berlalu masuk menuju ke tempat cermin berada, menilik dirinya di situ. Haeyeon pula ternganga kecil. Tak sangka ada suami yang tak berhati perut.

"Kenapa saya yang kena angkat semua barang saya?" Haeyeon bercekak pinggang. Jaemin melihatnya dari pantulan cermin.

"Sebab itu barang-barang kau."

"Kalau macam tu awak ajelah yang pindah bilik saya."

"Kalau aku kata aku tak nak?" Jaemin senyum sinis. Dalam waktu yang sama dia mahu menyakitkan hati isterinya. Haeyeon mengetap bibir menahan marah tetapi tidak lama, dia kembali meredakan hatinya.

"Tak baik awak buat isteri awak macam ni. Ini dah kira awak dera isteri, biarkan dia buat kerja berat-berat. Barang saya penuh satu almari nanti kalau saya jatuh pengsan macam mana? Awak nak ke kena label suami kejam? Bukan setakat itu je, nanti mama pukul awak dengan sudip dia dan--"

"Sudah. Kau buat aku nampak kejam." Akhirnya Jaemin mengalah. Haeyeon bersorak gembira. Kemudian dia menutup pintu bilik Jaemin perlahan-lahan sambil tersenyum-senyum pada suaminya dan Jaemin membalas dengan jelingan.

***

Selepas siap memasak sedikit makanan di dapur, Haeyeon naik ke biliknya mahu melihat suaminya. Dia masuk dan ya ternyata suaminya ada di situ. Sedang membaringkan diri di atas katil milik isterinya.

"Sudah ke?" Soal Haeyeon. Sambil itu dia berlalu ke almari lalu dibukanya.

"Ini je baju-baju awak?" Haeyeon menoleh pada Jaemin yang baring berlapikkan tangan sendiri di kepala. Lelaki itu membalas pandangan.

"Banyak sangat kalau nak bawa semua. Aku bawa separuh je. Jangan risau bilik sana aku dah kunci, mama tak akan dapat masuk." Beritahu Jaemin sebelum memejamkan mata, mahu melelapkan diri. Haeyeon angguk dan menutup pintu almari itu.

"Tak pergi kerja hari ni?" Haeyeon berlalu ke katil lalu duduk situ. Tanpa membuka mata Jaemin menjawab tidak. Haeyeon hanya mengangguk. Mungkin sebab mama mahu datang jadi dia tidak pergi kerja. Baiknya suami. Haeyeon tersenyum nipis.

"Yeon,"

Haeyeon yang baru mahu masuk dalam dunia sendiri tersentak kecil lalu memandangnya suaminya yang sudah mencelikkan mata.

"Apa?"

"Bilik kau ni dibuat daripada pil tidur ke?"

"Eh kenapa pula?"

"Sebab aku rasa mengantuk sangat ni." Ujar Jaemin dengan mata separuh terbuka. Mengantuk. Haeyeon ketawa kecil.

"Kalau mengantuk tidurlah. Nanti mama dah sampai saya kejutkan."

***

"Mana suami kamu?" Selepas melabuhkan punggung di atas sofa, Puan Na bertanya keberadaan anaknya. Iyalah datang-datang je Haeyeon je yang dia nampak, anak sendiri hilang entah ke mana.

"Oh Jaemin ada dekat atas tengah tidur. Tadi nak kejutkan tapi tak sampai hati."

"Haih.. nak dekat tengah hari pun still tak bangun-bangun? Tak malu dengan isteri sendiri ke?" Bebel Puan Na. Haeyeon ketawa kecil. Kesian suami kena bebel dengan mama sendiri, tuan badan pula tengah enak tidur.

"Terlelap je tadi mama? Penat sangat kut angkat ba-"

Ops! Haeyeon segera menutup mulutnya. Nasib baik tidak kantoi. Nasib baik juga Puan Na tidak bertanya lebih tentang itu.

"Haeyeon," Puan Na mula tersenyum lebar seperti ada sesuatu dia mahu bertanyakan pada menantunya.

"Kamu dengan Jaemin macam mana sekarang? Tak ada khabar berita tentang baby dalam perut?"

Haeyeon hampir tercekik. Amboi terus-terang betul mak mertua aku ni. Dia mula malu dengan pertanyaan itu. Pipinya sudah berona merah.

"Ala mama kami baru aje sebulan berkahwin. Kenal pun belum sepenuhnya lagi." Haeyeon mengosok belakang tengkuknya. Malu.

"Nana cuba usahakan mama." Serentak Haeyeon dan Puan Na berpaling ke arah tangga di mana Jaemin si lelaki dingin sedang menuruni anak tangga dan menuju ke arah mereka. Dia duduk di sebelah Haeyeon dan menyatukan tangan mereka.

Pandai kau berlakon depan mama ehhh. Haeyeon membalas genggaman tangan Jaemin. Saat itu hatinya dijentik dengan rasa sesuatu. Sebelum ini Jaemin tidak pernah pegang tangannya erat seperti itu apatah lagi duduk serapat itu. Hm bila mama ada je dapat rasa macam ni. Getus hatinya.

"Mama dengan papa tak sabar nak dapat cucu. Iyalah kamu berdua je anak dan menantu mama. Mama pun nak rasa jadi nenek." Kata Puan Na dengan senang hati. Jaemin membalas dengan senyumannya manakala Haeyeon senyap.

"Apa salahnya kan? Tak lama lagi adalah tu rezeki kami." Ujar Jaemin semakin mengemaskan genggaman tangan mereka. Haeyeon menoleh pada suaminya dan saat itu dia sedar wajah mereka amat rapat.

"Awak jangan macam-macam. Depan mama je cakap macam tu tapi belakang.." Bisik Haeyeon. Jaemin rasa seperti dirinya dicabar.

"Aku boleh buat kalau itu yang kau nak."

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINWhere stories live. Discover now