02 🖤

1.3K 159 14
                                    

Haeyeon pulang ke rumah selepas menemani Hana makan tadi. Dia nak sangat keluar lama-lama dengan kawannya itu tetapi masa tidak mengizinkan. Kalau bukan disebabkan Jaemin, nanti malam baru dia balik. Tak balik langsung lagi dia suka.

"Pergi mana?"

Haeyeon tersentak. Pantas dia menoleh selepas meletakkan beg tangannya di atas meja makan. Muncul Jaemin dari ruang dapur bersama gelas di tangan. Kening Haeyeon bertaut.

"Eh, awalnya hari ni? Saya tak masak lagi."

"Kenapa? Tak boleh balik awal? Ni rumah aku." Jawab Jaemin. Haeyeon berbisik dengan hatinya supaya tenang. Cakap dengan lelaki ini boleh buatkan dia sakit hati. Tak boleh ke jawab lembut sikit?

"Taklah, mana ada. Rumah awak kan so suka hati awaklah nak balik bila pun hahaha.." Tawa Haeyeon tersekat saat muka Jaemin semakin mendingin. Dia buat-buat batuk sebelum berlalu ke dapur, melintasi Jaemin dan lelaki itu hanya mengekorinya dengan anak mata.

"Mimpi apa suami aku balik awal harini. Aku pun tak masak lagi." Bisik Haeyeon seorang diri ketika mencari bahan-bahan dalam peti sejuk.

Itulah sebab kenapa Haeyeon pulang awal hari ini. Dia kena memasak makanan tengah hari untuk suaminya. Jaemin jenis yang tidak suka makan di luar jadi dia akan pulang ke rumah setiap waktu tengah hari, waktu rehat officenya. Kalau tidak disediakan, mengamuklah Jaemin tapi bagi Haeyeon itu kerja yang mudah. Dia tahu masak dan dia tahu tanggungjawab seorang isteri.

"Aku pulang awal hari ni sebab aku tak sedap badan." Suara Jaemin kedengaran. Sekali lagi Haeyeon tersentak ketika dia sedang memotong sayur. Bukan nak bagi salam ke apa, tiba-tiba aje lelaki itu berada di belakangnya dengan suara dingin lagi.

Haeyeon meneruskan kerjanya. "Habis tu lepas makan nak pergi kerja balik ke?"

"Tak kut." Selepas itu tiada lagi suara Jaemin kedengaran menandakan lelaki sudah beredar dari situ.

Mujurlah, tiada lelaki itu bermakna dunia Haeyeon akan kembali tenang. Boleh masak dengan tenang.

"Jung Haeyeon!"

Haeyeon menepuk dahinya. Apa lagi Jaemin nak cari pasal?! Huh!

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINWhere stories live. Discover now