06 🖤

1.1K 162 7
                                    

Jaemin menuruni anak tangga bersama beg kerjanya di tangan. Sambil itu sebelah tangannya membetulkan tali leher yang nampak senget. Ada isteri bukan nak minta tolong pun. Boleh buat sendiri katanya.

"Hei." Jaemin menegur Haeyeon yang ketika itu sedang menyandar selesa di sofa sambil membaca majalah. Wanita itu menoleh sebelum tersenyum kecil.

"Nak pergi kerja dah?"

"Hm." Jaemin meletakkan beg kerja di atas sofa sebelum melabuhkan duduk di situ untuk memakai stoking. Haeyeon ada juga rasa nak ajak Jaemin sarapan tapi memandangkan waktu sudah lewat jadi dia batalkan niatnya.

"Lepas ni kau nak buat apa?" Tanya Jaemin selepas siap memakai stoking. Haeyeon mengemam bibir sebelum menjawab.

"Seperti biasa, kemas rumah. Kenapa?"

"Baguslah kalau macam tu. Jangan asyik goyang kaki je macam bos." Perli Jaemin. Haeyeon mengecilkan mata memandang suaminya. Ini apa lagi, mesti kes nak sakitkan hati. Iyalah Haeyeon mana kerja atas permintaa mama Jaemin yang suruh berhenti kerja dan duduk di rumah sahaja. Biarkan suami je yang kerja. Senang nak urus keperluan suami.

"Awak ni saja je kan nak ungkit pasal tu. Awak ingat saya ni nak sangat ke duduk rumah? Bosan." Kata Haeyeon dengan dengan cebikan.

Jaemin bangun lalu mencapai beg kerjanya. "Siapa suruh kau ikut permintaan mama? Tapi alang-alang tu kau seronok kan dapat duduk rumah tak perlu bersusah payah pergi kerja. Macam aku pula kena sara kau." Tembak Jaemin sinis bersama wajah dinginnya. Haeyeon dijelingnya sebelum melangkah keluar dari rumah.

Haeyeon mengetap bibirnya. Marah. Na Jaemin! Sampai hati kau sakitkan hati aku pagi ni! Kusyen sofa dipukul-pukul oleh Haeyeon untuk melepaskan geram pada Jaemin.

***

Sudah dua jam Haeyeon menghabiskan masa melakukan kerja rumah. Habis basuh pakaian dan jemur, dia sambung mengemop lantai pula. Sekarang dia sedang fikir untuk memasak makanan untuk tengah hari nanti. Jaemin akan balik masa lunch. Macam biasa dan Haeyeon tidak pernah merungut tentang itu.

"Mana aku letak plastik semalam?" Haeyeon mencari plastik berisi barang-barang dapur yang dia beli semalam. Kemudian dia mencari di sebalik peti ais dan ternyata di situ. Dia ambil dan letak ke atas meja lalu mengeluarkan barang tersebut.

"Huh?" Mata Haeyeon terarah pada secebis kertas di dalam plastik itu. Nak kata resit pembelian bukan. Dengan kening berkerut dia memgambil lalu meneliti kertas itu. Selepas itu dia ketawa kecil melihat nama Jeno yang tertera di situ.

"Jeno, you're so cute."

Rupanya kertas itu ditulis oleh Jeno. Nama dan nombor telefonnya. Entah bila lelaki itu masukkan.

Haeyeon berkira-kira mahu menelefon Jeno untuk meminta maaf kerana meninggalkan lelaki itu semalam. Iyalah Jaemin datang tidak diundang.

"Nantilah aku telefon." Haeyeon menyimpan kertas itu ke dalam poket seluarnya. Sekarang dia cuma fikir nak masak untuk Jaemin. Tak lama lagi waktu lunch.

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINWhere stories live. Discover now