03 🖤

1.2K 165 11
                                    

"Apa ni?!"

"Apa ni apa?"

"Tu!" Jaemin menghala jari telunjuknya ke arah stoking Haeyeon yang berada di atas lantai. Kening wanita itu bertaut.

"Stoking? Apa salah stoking saya?" Soal Haeyeon. Jaemin mengetap bibirnya. Sakit mata dia melihat stoking itu berada di atas lantai.

"Tak boleh letak elok lagi ke? Merata kau letak. Habis busuk rumah ni." Marah Jaemin. Haeyeon menghela nafas. Stokingnya itu baru sahaja dibasuh semalam Jaemin je acah lebih.

"Maaflah saya tak sempat nak simpan tadi." Haeyeon mengutip stoking kepunyaannya itu lalu disimpan di tempat yang betul.

"Aku harap kau tak ulang lagi perkara tu. Jadi isteri aku kena jaga perangai." Ujar Jaemin, dingin.

"Awak pun jadi suami saya kena jaga perangai juga. Jangan asyik mendingin je." Balas Haeyeon. Jaemin ketawa sinis.

"Aku tak pernah terima untuk jadi suami kau. Jangan harap lebih dari aku."

"Masalah sekarang awak dah jadi suami saya. Terimalah hakikatnya, Jaemin." Kata Haeyeon sambil tersenyum lebar. Jaemin mengecilkan matanya, merenung isterinya yang sengaja menaikkan kemarahannya.

"Jadi apa yang kau harap dalam hubungan kita ni?" Jaemin mengangkat sebelah keningnya.

Haeyeon angkat bahu. "Tiada apa-apa. Lagi pula saya nak pegang awak pun, awak tak izinkan apatah lagi--"

"Apatah lagi aku sentuh kau, hm? Begitu?" Jaemin menyambung. Mata Haeyeon membulat sedikit. Tertutup mulutnya lebih-lebih lagi melihat Jaemin yang tidak henti memandangnya.

Seketika kemudian Haeyeon gelak dengan kuat atau boleh dikatakan gelak yang dibuat-buat. Wajah Jaemin mendatar, tidak faham dengan perangai wanita itu.

"Tak payahlah Jaemin, saya tak ingin semua tu."

"Macamlah aku nak." Jaemin ketawa sinis. Dia berlalu naik ke atas. Sempat lagi dia menjeling isterinya.

Haeyeon menggeleng kepalanya. Hm macam tulah perangai mereka hari-hari.

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon