11 🖤

1.1K 177 11
                                    

Malam menjelma. Keputusan secara mengejut Puan Na yang menyatakan bahawa dia akan bermalam di rumah suami isteri itu menimbulkan rasa tidak puas hati oleh mereka berdua. Sudah pastinya Haeyeon dan Jaemin akan tidur sebilik buat kali yang kedua.

"Ini bilik siapa? Kenapa berkunci?" Tanya Puan Na selepas memulas tombol pintu bilik itu. Haeyeon menggaru kepala yang tidak gatal. Apa yang mahu dia harus beritahu sedangkan itu adalah bilik suaminya?

"Err itu.." Haeyeon mengemam bibir.

"A-atap bilik ni bocor. Lantai habis basah sejak kebelakangan ni, hujan kan. Jaemin tutup dulu sementara nak call orang datang baiki." Jawab Haeyeon tenang setelah idea itu datang. Dia menjenguk kepala sekeliling mencari suaminya sementara dia memberontak dalam hati. Sajalah tu tinggal aku sorang-sorang dekat sini.

"Haeyeon,"

"Ya?"

"Kamu berdua okey kan kalau mama tidur sini? Haeyeon dengan Jaemin tak ada sembunyikan sesuatu dari mama, kan?"

Mama ni tahu-tahu je kita orang sembunyikan sesuatu. Getus hatinya. Dia berdehem sebelum tersenyum riang.

"Tak ada lah mama. Yeon lagi suka mama duduk sini, boleh teman Yeon borak hehe.." Haeyeon memaut lengan Puan Na dan membawa diri ke ruang tamu.

***

Haeyeon dan Puan Na rancak berbual di ruang tamu. Jaemin ada di situ tadi bersembang dengan mereka tetapi dia meminta diri untuk masuk bilik, memberi peluang untuk dua wanita itu bersama. Dia pun bosan juga bila hal perempuan sahaja yang keluar. Masuk bilik boleh tidur.

"Ma, mari Yeon hantar mama ke bilik. Kesian mama mesti penat." Kata Haeyeon. Puan Na mengangguk kecil. Sekarang pun hampir pukul 12 malam.

"Iyalah. Kesian juga Jaemin, mesti dari tadi tengah tunggu kamu." Puan Na bangun dari sofa diikuti Haeyeon dan naik ke atas bersama.

Setelah sampai di hadapan bilik tetamu yang akan digunakan Puan Na, wanita tua itu memegang lengan Haeyeon.

"Ada apa, ma?" Tanya Haeyeon. Puan Na memandang Haeyeon dari bawah hingga atas.

"Kamu ni dalam rumah pun pakai baju yang tertutup. Em.. kejap lagi tukar, pakai yang seksi sikit, goda suami kamu tu." Ujar Puan Na bersahaja. Membulat mata Haeyeon. Amboi! Nak Jaemin tergoda ke? Haeyeon senyum terpaksa.

Selepas itu Puan Na masuk ke dalam bilik. Haeyeon pula masih berdiri di situ. Entahlah dia pun segan nak masuk bilik sendiri. Iyalah ada suami aku! Dia memberontak kecil di itu sebelum berlalu ke biliknya.

***

"Mama dah masuk tidur?" Jaemin yang sedang bermain telefon bertanya apabila Haeyeon memasuki bilik. Wanita itu menghmmkan sahaja sebelum menutup pintu dan berlalu ke katil.

Haeyeon naik ke atas katil dan membetulkan bantalnya dan ketika itu telefon Jaemin berdering namun lelaki itu tidak angkat. Bunyi kali kedua memaksa diri Haeyeon untuk bertanya.

"Kenapa tak angkat call tu?" Haeyeon duduk bersila di sebelah Jaemin. Wajah lelaki itu nampak tidak berminat dengan si pemanggil.

"Yura call." Beritahu Jaemin. Yura? Haeyeon cuba mengingati perempuan itu. Oh! Perempuan hari itu ke, yang berkepit dengan suami aku? Haeyeon menduga.

"Jawablah. Bising." Pinta Haeyeon apabila telefon Jaemin tidak henti-henti berbunyi. Lelaki itu mengabaikan suruhan Haeyeon sebaliknya meletakkan telefon di meja kecil sebelah katil. Dia berura mahu tidur namun dia bangun kembali apabila isterinya memgambil telefon miliknya lalu diangkat call itu.

"Maafkan saya tapi boleh tak awak call esok je? Sekarang orang nak tidur dan awak kena fahamlah kalau orang tak angkat call tu maknanya dia tak nak diganggu." Ujar Haeyeon dalam talian sambil matanya memandang Jaemin yang sudah terdiam melihatnya.

"Siapa saya? Awak tanya siapa saya? Eh tak akanlah awak tak tahu yang Jaemin dah berkahwin? Saya ni isteri dia yang comel lagikan menawan." Jaemin ketawa mengejek mendengarkan itu. Haeyeon menjelingnya tajam.

"Sudahlah saya nak tidur. Bye." Haeyeon mematikan talian dan menghulurkan telefon itu pada Jaemin. Lelaki itu menyambut dan meletakkan semula di atas meja sebelum fokus pada Haeyeon.

"Berani kau cakap macam tu eh?"

"Memang beranilah. Dia tu siapa saya ni siapa. Dia cuma girlfriend awak saya ni isteri awak." Kata Haeyeon dengan nada geram. Dia bukan cemburu sangat cuma dia nak jaga suami sendiri.

"Aku pula?" Tanya Jaemin sebelum dia baring dan menongkat kepala, memandang Haeyeon yang masih duduk menghadapnya.

"Awak suami sayalah. Tanya pula." Jawab Haeyeon. Jaemin mengecilkan matanya merenung wajah isterinya sambil tersenyum sinis.

Haeyeon merenung wajah Jaemin. "Kita dah janji kan tak nak ada hubungan dengan sesiapa tapi awak sendiri buat perangai."

"Bukan salah aku. Dia yang terhegeh dekat aku."

"Sama je. Kalau awak tak layan, dia tak akan macam tu." Haeyeon menjeling Jaemin sebelum baring dan menarik selimut ke badannya. Lelaki turut baring.

"Selimut kau tak besar tapi kongsilah dengan aku." Ujar Jaemin dengan mendatar sebelum menarik selimut ke badannya.

"Eh jangan tarik banyak sangat, saya-" Mulut Haeyeon tertutup saat Jaemin menarik badannya merapati badan lelaki itu bagi memudahkan perkongsian selimut di antara mereka. Ini tidak, sorang hujung kanan sorang lagi hujung kiri.

Jaemin menunduk memandang Haeyeon di paras dadanya yang sudah terdiam. "Jangan sentuh aku dan jangan ambil kesempatan." Haeyeon baru sedar tangannya berada di atas dada Jaemin dan segera dia melarikan tangannya dari situ.

Aku tak inginlah ambil kesempatan!

OG : HUSBAND 남편 ° NCT JAEMINWhere stories live. Discover now