Salam Kenal

431 11 0
                                    

Syafira Iris gadis malang yang dibesarkan oleh kedua orang tua arwah ibunya. Dari kecil, Syafira Iris tidak pernah merasa kasih sayang seorang bapa.

Apa yang dia tahu dari cerita neneknya, ayahnya tidak mahu menjaganya kerana disebabkan dia dilahirkan, ibunya pergi menghadap Ilahi.

Dia dibawah jagaan tok dan tokwannya sehingga menginjak usia 20 tahun. Tok Mad dan Nek Pah menjaga Syafira Iris dengan penuh kasih sayang kerana gadis itu merupakan cucu tunggal mereka.

Namun hidup Syafira Iris berubah apabila ayahnya, Tuan Mikhail mengambil kembali anaknya untuk tinggal bersama dibandar.

Kehadiran Syafira Iris tidak disenangi oleh ibu tiri dan kakak tirinya. Namun dia harus tetap bertahan demi menagih kasih sayang dari ayah kandungnya sendiri.

Elhan Mateen, anak tunggal Tuan Eidlan dan Puan Maryam sekaligus merupakan pewaris tunggal pasangan suami isteri itu.

Kaki club, kaki perempuan semua lengkap dalam diri lelaki itu membuatkan kedua orang tuanya rungsing dengan perangai anak lelakinya.

Perkahwinan secara paksa menambahkan lagi beban yang ditanggung didalam diri Syafira Iris. Dia harus akur dengan keputusan ayahnya demi memulihkan kembali hubungan baik dengan Tuan Mikhail.

"Kau kahwin dengan anak kawan aku kalau kau nak aku anggap kau sebagai anak aku balik."
Tuan Mikhail

"Fira sanggup buat apa saja asalkan ayah terima Fira sebagai anak ayah. Fira teringin sangat nak rasa pelukan dari seorang bergelar ayah."
Syafira Iris.

"Papa tk boleh paksa Han macam ni. Han ada hak nak tentukan siapa isteri Han. Ni bukan zaman mama papa yang kena carikan jodoh untuk anak!"
Elhan Mateen

"Sama ada Han terima atau papa wakafkan seluruh harta papa dekat rumah anak yatim."
Tuan Eidhlan

"Kau jangan harap aku akan layan kau sebagai seorang isteri perempuan. Kau tak layak bergelar isteri untuk Elhan Mateen. Kau sendiri setuju dengan perkahwinan ni kan. Welcome to your Hell Syafira Iris"
Elhan Mateen

"Elhan, saya merayu tolong layan saya layak seperti seorang isteri. Cukup untuk seminggu saya rasa kasih sayang dari seorang suami. Satu minggu je Han, luangkan masa dengan saya. Habis je tempoh satu minggu tu saya takkan ganggu hidup awak dengan Vienna. Tu janji saya."
Syafira Iris


Hi readers! Saya tahu cerita saya tak setanding cerita penulis lain. But I try my best utk cerita ni. If anything awak-awak semua nak complain boleh comment okey untuk saya memperbaiki lagi penulisan saya insyaAllah, saya akan dengar pendapat korang dengan hati yang terbuka. Keep voting if you guys love this story
No hate✌🏼

Bukan Aku Inginkan [OG]Where stories live. Discover now