Bab 17

204 5 0
                                    

"Apa yang happy sangat ni Fira? Mama tengok dari tadi asyik senyum je menantu mama ni." Tegur Puan Maryam menghampiri tubuh menantunya yang sedang leka menggaul nasi dalam kuali.

"Tak ada apa la ma. Tok pesan pagi-pagi kena la senyum, baru rezeki masuk." Balas Syafira Iris. Senyuman manisnya masih lagi terlakar indah dibibir merahnya.

"Mama ingat ada good news tadi." Usik Puan Maryam seraya memeluk erat bahu menantunya.

"Sedapnya bau nasi goreng ni. Tak sabar mama nak rasa." Puji Puan Maryam. Bau saja boleh buat perutnya berkeroncong hebat.

"Tak sehebat masakan mama. Mama duduk dulu. Nanti dah siap Fira bawak pi depan." Ujar Syafira Iris. Tangannya masih lagi ligat menggaul nasinya.

"Biar la mama tolong. Harini maid pun cuti, takkan la mama nak biar Fira buat sorang-sorang." Ujar Puan Maryam.

Kasihan pula kalau dibiarkan menantunya menyediakan sarapan untuk keluarganya.

"Takpa ma, ni nak siap dah. Mama duduk dulu dekat meja, satgi breakfast sampai nah." Tegah Syafira Iris lagi.

"Ha yelah. Nanti kalau perlukan pertolongan, panggil je mama okey." Balas wanita itu, akur.

Tangan tua nya naik mengusap kepala gadis itu lalu terus melangkah menuju ke meja makan.

"Fira tengah masak ke Yam?" Soal Tuan Eidhlan. Kaki tua itu menapak turun dari tingkat atas menghampiri tubuh isterinya di meja makan.

"Haah bang. Rajin menantu kita, saya nak tolong pun dia tak bagi. Untung Han dapat Fira kan bang." Puji Puan Maryam berbakul-bakul

Senang hati tua nya kerana tidak salah mengambil gadis itu sebagai menantu. Serba serbi boleh dilakukannya.

Hampir semua kerja dalam rumah ini gadis itu selesaikan. Tidak mahu di tolong langsung.

"Memang untung. Saya harap Han pandai la jaga hati perasaan isteri dia. Jangan nak sia-sia kan orang sebaik Fira tu." Balas Tuan Eidhlan.

"Harapnya macam tu la bang." Puan Maryam mengiayakan.

" Ni anak awak tak turun lagi? Tahu la tengah cuti kahwin pun, tapi takkan la tak bangun sampai sekarang." Ngomel Tuan Eidhlan.

Figura anaknya masih lagi tidak dilihat oleh kornea mata tua nya.

"Mungkin abang letih lagi. Satu malam suntuk dia jaga Fira semalam pa." Sampuk Syafira Iris dari ruang dapur sambil membawa mangkuk nasi gorengnya.

"Han jaga Fira? Elhan Mateen anak mama tu jaga Fira semalam? Saya tak salah dengar kan abang?" Soal Puan Maryam tidak percaya.

Dia  sangat kenal perangai anaknya. Tak akan pernah kisah dengan keadaan orang lain.

"Mama ada berapa orang anak? Betul la Han jaga Fira semalam." Mereka bertiga serentak memandang susuk tubuh yang menapak turun dari tingkat atas. Meja makan menjadi tujuannya.

"Abang nak nasi ka roti?" Soal Syafira Iris apabila suaminya sudah melabuhkan punggungnya dikerusi. Menanti layanan sang isteri.

"Nasi" Setelah mendapat balasan, Syafira Iris terus menceduk nasi goreng ke dalam pinggan kosong suaminya.

"Nampaknya nanti kita timang cucu awal la Yam."

Serentak dua pasang mata itu naik memandang wajah tua Tuan Eidhlan. Kenapa tiba-tiba tentang cucu pula?

"Apa yang papa mengarut? Han jaga Fira je, jaga isteri pun boleh buat perempuan mengandung ke ma?" Soalnya pura-pura polos.

Sudah merona merah wajah isterinya menahan malu. Suaminya pun satu, lurus jugak!

Bukan Aku Inginkan [OG]Where stories live. Discover now