Bab 16

211 3 0
                                    

"Bila nak balik kampung kau?" Soal Elhan Mateen.

Elhan Mateen duduk bersila dihadapan isterinya seusai sudah selesai solat subuh bersama.

"Abang free bila? Fira okey ja bila pun abang nak balik." Balas gadis itu. Telekung yang dipakainya dilipat rapi.

Lalu dia mengambil sejadah milik suaminya pula untuk dilipat.

"Cuti aku sampai hujung minggu depan je. Kau nak balik minggu ni pun okey. Minggu depan aku nak settel masuk rumah baru." Balas lelaki itu.

Songkok yang dipakai turut dilepaskan lalu diletakkan didalam almari kaca miliknya.

"Fira ikut abang."

"Kalau aku terjun gaung pun kau ikut jugak la?" Sindir lelaki itu membuatkan gadis itu tertawa kecil.

Kelakar juga suaminya ini. Ingatkan memang jenis tiada perasaan!

"Kan Fira habaq, abang pi mana pun Fira akan ikut. Bak kata Jack Titanic, You jump I jump." Seloroh Syafira Iris.

Elhan Mateen menjulingkan matanya saja. Ada saja nak menjawab budak ni.

"Esok pagi kita bertolak balik kampung kau." Ujar lelaki itu.

Mata Syafira Iris sudah bersinar-sinar. Teruja!

"Betui ka ni abang?! Thanks abang!" Secara spontan Syafira Iris memeluk erat tubuh suaminya.

"I-ish kau ni, balik kampung je pun. Yang kau teruja sangat kenapa?" Ngomel Elhan Mateen seraya menolak lembut tubuh isterinya menjauh darinya.

Syafira Iris tersengeh sumbing.

"Demam lagi ke?" Secara spontan kekura tangan lelaki itu melekap hangat didahi isterinya.

Syafira Iris juga terkedu dengan tindakan tanpa amaran suaminya itu.

"Kurang dah dari kemarin ni." Ujar lelaki itu seraya menurunkan kembali tangannya kebawah.

Wajah gadis itu terasa seperti disimbah cat merah. Rama-rama juga sudah liar berterbangan dalam perutnya.

"Hari ni kau tak payah buat sarapan. Biar je maid yang siapkan." Arah Elhan Mateen seraya mengatur langkah menuju ke katil.

Niatnya satu, ingin sambung tidur kerana semalaman dia tidak boleh tidur nyenyak.

Gadis itu kerap meracau dalam lena. Mahu tidak mahu, dia harus berjaga malam.

"Takpa la. Fira nak buat sarapan dekat abang sebagai tanda terima kasih jaga Fira semalam." Ucap gadis itu.

"Aku tak nak pun jaga kau. Nanti kalau aku tak berjaga, kau terjun dari tingkap. Aku juga yang susah." Sindir lelaki itu.

Dia terus merebahkan badannya di tilam empuk miliknya.

Tulang belakangnya terasa nyeri akibat tidur berlapikkan tilam nipis.

"Abang sakit belakang ka?" Soal Syafira Iris apabila melihat suaminya meregangkan beberapa kali badannya. Nampak macam lenguh sungguh.

"Nak Fira urut?" Sambungnya lagi

"Kau pandai ke? Nanti tak pasal-pasal aku kena lepak hospital pula."

"Belum cuba belum tau lagi." Gadis itu terus melangkah mendekati suaminya.

Perlahan-lahan dia memanjat naik ke katil lalu duduk betul-betul di belakang badan suaminya.

"Buka baju abang." Arah Syafira Iris. Arahan dari gadis itu membuatkan Elhan Mateen spontan memandang tepat ke arah isterinya.

"Kau nak rogol aku ke Fira?! Kau...jangan macam-macam. Aku jerit nanti." Riak wajah lelaki itu berubah pucat.

Bukan Aku Inginkan [OG]Where stories live. Discover now