Bab 11

151 8 0
                                    

"Elhan Mateen bin Mohd Eidhlan."

"Saya"

"Aku nikah dan aku kahwinkan kamu dengan Nurul Syafira Iris binti Mohamad Mikhail dengan mas kahwin 2000 ringgit tunai." Genggaman tangan Elhan Mateen digoncang oleh Tok Kadi.

"Aku terima nikah Nurul Syafira Iris binti Mohamad Mikhail dengan mas kahwin 2000 ringgit tunai." Dengan sekali lafaz, ikatan sah antara mereka berdua terbina.

Kini Syafira Iris sudah sah bergelar isteri kepada lelaki yang baru dikenalinya.

Semua tetamu yang datang menadahkan tangan. Doa dibaca bagi memanjat kesyukuran kepada Ilahi.

Puan Maryam yang berada setia disisi Syafira Iris menggenggam erat jemari menantunya. Dia juga dapat rasakan gugup dalam diri gadis itu.

Selepas lafaz tahlik dibaca, Elhan Mateen terus melangkah menuju ke arah gadis yang baru bergelar isterinya.

Makin laju degupan jantung gadis itu apabila tubuh Elhan Mateen semakin menghampirinya.

Elhan Mateen mempamerkan riak wajah kosong saja. Tidak meleretkan sebarang ekspreasi langsung.

"Han, duduk sebelah isteri kamu ni." Puan Maryam bangun dari tempat duduknya, memberi ruang kepada anak lelakinya mengambil tempat disisi isterinya.

Elhan Mateen hanya menurut, jujur hatinya terjentik dengan perasaan aneh apabila melihat gadis itu manis dalam busana pernikahan mereka yang serba putih.

Ditambah pula gadis itu mengenakan hijab dihari pernikahan mereka, semakin bertambah ayu.

"Ni, sarung cincin dekat isteri kamu." Ujar Puan Maryam memberi arahan kepada anaknya.

Lagi sekali, Elhan Mateen hanya menurut saja. Dia menarik lembut tangan isterinya.

Sejuk sungguh tangan gadis itu,mungkin kerana gugup. Cincin emas bertahtakan berlian selamat tersarung di jari manis gadis itu.

Kini, giliran Syafira Iris pula menyarungkan cincin ke jari suaminya. Tangan kekar itu ditarik lembut sebelum menyarungkan cincin ke jari manis suaminya.

Lensa kamera dari jurugambar tertacap pada mereka berdua.

Momen sebegini memang harus diabadikan, tetapi akan jadi lebih bermakna lagi jika bersama dengan orang yang kita cinta.

"Fira, cium tangan suami kamu tu." Arah Puan Maryam lagi. Lagaknya tak ubah seperti seorang cikgu memberi arahan kepada anak muridnya.

Teragak-agak Syafira Iris ingin melabuhkan ciuman di kekura tangan lelaki itu.

Tanpa aba-aba, Elhan Mateen terus menekan kuat kepala gadis itu membuatkan gadis itu juga terkejut.

"Cium sayang, cium syurga kau. After this, I will show you what's heaven look like baby." Bisik Elhan Mateen perlahan, cukup didengari oleh mereka berdua saja.

Terus terasa payah pula ingin menelan air liurnya. Seperti ada sesuatu yang tersekat dikerongkongnya.

"Han, cium dahi isteri kamu." Arahan seterusnya sudah dikeluarkan oleh Puan Maryam.

Elhan Mateen seperti acuh tidak acuh saja melabuhkan ciuman didahi isterinya.

Bibir delimanya mendarat beberapa saat saja didahi gadis itu.

"Kau jangan harap aku akan layan kau sebagai seorang isteri perempuan. Kau langsung tak layak bergelar isteri untuk Elhan Mateen."Sempat Elhan Mateen berbisik ditelinga isterinya.

" Kau sendiri setuju dengan perkahwinan ni kan. Welcome to your Hell Syafira Iris." Sambungnya lagi.

Wajah suaminya dipandang lama, "Ya Allah, kuatkanlah hati aku untuk terima semua dugaan ni Ya Allah. Aku redha, aku redha dengan perancangan Kau." Desisnya dalam hati meminta kekuatan daripada Ilahi.

Bukan Aku Inginkan [OG]Where stories live. Discover now