Bab 8

159 6 1
                                    

Syafira Iris membuka kelopak matanya dek kerana silauan cahaya matahari menikam tepat ke kornea matanya. Dengan kudrat yang masih tersisa, dia cuba gagahkan diri bangun dari pembaringannya.

"Tsk.." keluhan kesakitan meniti dibibir apabila gadis itu cuba menyentuh belakang badannya yang masih terasa pedih. Dia cuba melihat bekas pukul dari Tuan Mikhail melalui pantulan cermin solek. Masih berbirat merah menyala.

Tanpa aba-aba air matanya mengalir untuk kesekian kalinya. Merintih dengan nasib dirinya. Betullah kata ayahnya, dari kecil sehingga besar dia hanya membawa malang saja.

Syafira Iris mengatur langkah keluar dari biliknya menuju ke bilik air. Dari kemarin dia belum sempat membersihkan diri, malah sesuap nasi pun belum masuk ke dalam perutnya.

Keadaan rumah sunyi sepi, mungkin keluarga itu keluar kemana- mana. Perkara yang lagi menghiris hatinya, Tuan Mikhail langsung tidak melihat keadaanya ketika ini. Seperti tidak tersisa langsung belas ikhsan dalam diri lelaki itu.

Kakinya segera melangkah masuk kedalam bilik air dengan penuh berhati-hati.

----

"Abang dah bagitahu Mikhail ke?" Puan Maryam memecah suasana sunyi dimeja makan.

Pandangan Tuan Eidhlan tumpah ke wajah manis isterinya. Kedua belah kening lelaki tua itu tercantum, kurang mengerti apa yang dimaksudkan oleh isterinya.

"Bagitahu apa Yam?" Soalan dibalas soalan

Elhan Mateen hanya diam tidak berminat untuk mengambil tahu tentang topik perbualan mama dan papanya. Hidangan sarapan yang berada dihadapannya lebih menarik perhatiannya.

"Ish abang ni, kan saya dah bagitahu hari ni nak keluar dengan Iris untuk cari barang nikah budak-budak ni. Abang dah bagitahu Mikhail ke belum?" Bebel Puan Maryam panjang lebar. Kadang naik geram dia dengan sikap suaminya ini.

"Allahuakbar, abang lupa." Tuan Eidhlan menepuk dahi tua nya.

Wajah Puan Maryam sudah cemberut.

"Abang ni, semalam dah banyak kali saya ingatkan abang. Kena makan kismis balik ke?" Sindir Puan Maryam menahan geram.

Tuan Eidhlan ketawa kecil melihat wajah isterinya. Dah tua pun masih comel macam waktu muda-muda, lagi comel bila tengah marah.

"Iya sayang, abang call sekarang okey. Sempat lagi ni, kan awak nak keluar petang kan."

Tuan Eidhlan meninggalkan meja makan untuk membuat panggilan telefon sebentar.

"Dah tua pun masih lagi nak bermanja depan anak ke mama papa ni." Perli Elhan Mateen yang dari tadi hanya jadi pendengar.

"Takkan la nak bermanja dengan isteri waktu muda je Han? Nanti kamu dah kahwin kamu akan tahu macam mana seronoknya berkasih sayang dengan pasangan kita."  Balas Puan Maryam merenung lembut wajah tampan anak lelakinya.

Elhan Mateen tersenyum sinis mendengar.

"Akan jadi seronok dengan orang yang kita cinta ma. Mama rasa Han akan dapat rasa bahagia ke kahwin dengan perempuan yang Han sendiri tak kenal. Ntah-ntah nak pandang muka dia pun Han menyampah." Pandangan lembut tadi serta merta berubah menjadi pandangan tajam.

"Jangan keras kepala sangat Elhan Mateen!" Tegur Puan Maryam keras.

"What? Han cakap benda betul kan? Macam mana nak bahagia kalau rasa cinta tu tak pernah wujud ma? Tell me." Pandangan Elhan Mateen sudah terarah kewajah mamanya. Dia dapat melihat raut wajah wajah mamanya sudah menegang menahan amarah.

Bukan Aku Inginkan [OG]Where stories live. Discover now