Bab 15

215 6 1
                                    

Hampir setengah jam gadis itu terlelap. Mungkin terlalu letih menangis.

"Fira bangun." Ujar Elhan Mateen. Seat belt dilepaskan dari tubuhnya.

Tatapannya jatuh ke wajah sunggul isterinya. Terbit rasa simpati kepada nasib hidup gadis itu.

"Malang betul nasib kau Fira. Ayah kau tak mengaku kau anak, kena kahwin paksa dengan aku. Dapat suami pula tak cintakan kau. Nasib kau memang malang Syafira." Desisnya dalam hati.

"Fira, bangun tidur dalam bilik." Ujar Elhan Mateen lagi apabila gadis itu masih lagi nyenyak dibuai mimpi.

Elhan Mateen mengeluh kecil. Dia terus melangkah keluar dari perut kereta menuju ke tempat duduk penumpang.

"Fira, aku tak ada masa dengan drama kau Syafira" Marah lelaki itu.

Masih sama, tiada tanda-tanda bahawa gadis itu ingin membuka matanya.

Tahap kesabarannya makin tercabar. Tangan kasarnya terus naik mengcengkam rahang isterinya.

Namun riak wajahnya berubah.

Panas!

"Sejak bila dia demam? Takkan sebab tadi?" Elhan Mateen menyoal sendiri.

"Fira... Bangun dulu naik bilik." Elhan Mateen menepuk lembut tubuh isterinya.

"Ibu... Ibu jangan tinggai Fira." Racau Syafira Iris. Kelopak matanya masih tertutup rapat.

Mahu atau tidak lelaki itu harus membawanya naik ke bilik.

Perlahan-lahan dia mencempung tubuh isterinya masuk ke dalam villa keluarganya.

"Ibu.. Fira nak ikut ibu... Fira penat." Racaunya sekali lagi. Mutiara jernih juga turut jatuh dari kelopak mata isterinya.

"Ya Allah, kenapa dengan menantu mama Han?" Kalut-kalut Puan Maryam menapak ke arah anaknya apabila melihat anak tunggalnya itu menggendong tubuh Syafira Iris.

"Fira demam ma. Mama tolong call uncle Gracer datang." Pinta Elhan Mateen.

Dia terus mendaki tangga menuju kebiliknya.

Tergesa-gesa Puan Maryam mencari nombor doktor keluarga mereka.

---

"How is she uncle?" Soal Elhan Mateen menyilang tangannya didada.

"Suhu badan Syafira terlalu tinggi. But no worries Han, uncle dah suntik ubat untuk kurangkan panas dalam badan dia." Terang Doktor Gracer.

Elhan Mateen mengangguk faham.

"And this ubat-ubat yang Han kena ambil dekat farmasi." Elhan Mateen menyambut sehelai kertas yang dihulurkan oleh Doktor Gracer.

"Uncle keluar dulu." Pamit Doktor Gracer meminta diri. Elhan Mateen mengangguk seraya memberi ruang untuk lelaki itu melangkah keluar.

Pandangan sayu tumpah ke wajah pucat isterinya. Telapak tangannya ditekap ke dahi gadis itu.

Panasnya masih tidak kebah. Mungkin sebentar lagi ubat yang diberikan akan bertindak balas.

Bukan Aku Inginkan [OG]Where stories live. Discover now