Bab 12

192 8 2
                                    

Syafira Iris memandang lama pantulan dirinya dalam cermin. Anggun sungguh wajahnya lebih-lebih lagi digayakan dengan shawl royal blue yang terletak elok menutupi rambut ikal mayangnya.

Lagi manis penampilannya apabila dipadankan bersama dress labuh berwarna pastel.

Ya, dia pernah bernasab untuk bertudung selepas dia sah bergelar seorang isteri. Dan, hari nya sudah tiba.

"Mana baju aku?" Lamunannya terganggu apabila figura suaminya tidak berbaju muncul dipantulan cermin soleknya sambil bercekak pinggang.

Walaupun ini merupakan kali kedua dia melihat pemandangan seperti itu, namun dia tetap tergoda melihat ketulan sixpack suaminya yang terletak elok.

"Kau berangan apa?" Tanpa rasa bersalah, Elhan Mateen menunjal kepala isterinya sehingga membuatkan Syafira Iris seperti tersadar dari lamunannya.

"Ha.. ke-kejap saya pi ambik." Lekas-lekas dia mengatur langkah menuju ke almari baju lelaki itu.

Baju T-shirt berwarna  navy blue yang siap digosok olehnya tadi diambil.

"Ni baju ab...." Belum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya, Elhan Mateen mengambil kasar dari tangan gadis itu.

" Kau dah nak mati ke? Tiba-tiba pakai tudung pula. Bukan ke kau free hair?" Soal lelaki itu hairan.

Sebetulnya, dia juga suka dengan penampilan gadis itu sekarang.

Baju T-shirt disarung ke badannya dipadankan pula dengan jeans hitam, fuh merecik.

Sejahil-jahil dia, dia juga tahu batas aurat lelaki perempuan. Dia tidak mahu hak miliknya menjadi tatapan umum semua lelaki.

Hak dia, hanya dia seorang boleh lihat, sentuh dan rasa.

"Saya memang dah niat nak bertudung bila dah kawin." Balas Syafira Iris. Dia masih lagi tidak henti memandang suaminya.

Handsome juga kalau dilihat dari jarak dekat begini. Wajahnya maskulin bebas dari jambang ataupun misai. Bentuk tubuh lelaki itupun memang akan menjadi idaman setiap wanita. Tough!

Rasa nak gigit-gigit ja!

"Han." Panggil Syafira Iris perlahan namun masih dapat didengari oleh sistem pendengaran Elhan Mateen.

Lelaki itu hanya membisu, membiarkan gadis itu meneruskan ayatnya.

"Saya mintak maaf sebab awak terpaksa kawin dengan saya. Saya tau awak tak mau pun perkahwinan ni jadi. Tapi saya pun kena paksa dengan ayah Han." Terang Syafira Iris. Dia tidak mahu lelaki itu salah faham kepada dirinya.

"Kalau kau melutut merayu pun, perkahwinan ni dah terjadi Fira. Kau silap besar setuju dengan plan ni. " Ujar Elhan Mateen sambil membetulkan kedudukan jam Rolex's dipergelangan tangan kirinya.

"Aku takkan sesekali jatuh cinta dengan kau. Kau tak ubah macam pengemis yang tiba-tiba muncul dalam hidup aku." Mudah saja Elhan Mateen menghamburkan hinaan kepada isterinya.

"Saya ada maruah Han." Balas Syafira Iris berani namun dengan riak nada biasa. Tidak menengking seperti tadi.

Risau pula jika lelaki itu menggila jika dia menaikkan suaranya sekali lagi.

Bukan Aku Inginkan [OG]Where stories live. Discover now