Bab 19

193 7 1
                                    

"La, awat hampa tak cerita. Hang pun satu, awat tak habaq yang hang ni laki Fira." Ujar TokMad menepuk lembut belakang bahu cucu menantunya.

"Macam mana saya nak bagitahu tokwan, tak sempat buka mulut telinga dah kena tarik." Adu Elhan Mateen sambil menggosok telinganya yang sudah kemerah-merahan.

Nasib baik tak putus, kalau tak satu keluarga ni dia saman! Tak kira orang tua ke orang muda ke.

"Tokwan mintak maaf la. Tertarik kuat pulak tadi." Pinta TokMad. Rasa serba salah pula kepada lelaki itu.

"Benda ni jadi laju sangat tok, tokwan. Sampai Fira pun takdan nak bagitau tok dengan wan." Giliran Syafira Iris pula menyampuk.

Seperti yang dirancang, mereka berdua hanya memberi tahu bahawa mereka berkenalan secara singkat dan terus membuat keputusan untuk bernikah.

Kalau tok dan tokwan tahu perkara sebenar, malam ni juga sosok tua itu memaksa mereka untuk pergi ke rumah ayahnya. Nak gocoh!

"Tapi Fira tak kena paksa kan dengan ayah?" Soal NekPah seperti tidak yakin dengan cerita yang disampaikan oleh cucunya itu. Macam ada tokok tambah jalan cerita.

"Be-betul tok. Kami sama-sama suka. Kan abang." Kini semua mata tertumpu ke wajah segak Elhan Mateen. Meminta supaya suaminya menyakinkan NekPah.

"Ya tok, tokwan. Sama-sama suka, terlebih suka sampai cucu tok ni ajak saya kawin." Balas Elhan Mateen seraya merenung dalam anak mata isterinya.

"Huh, sama-sama suka konon. Dosa tipu kau aku taknak tanggung Fira. Menjawab la kau nanti dekat sana." Bebelnya dalam hati.

Tak pasal-pasal dia sekali terpalit  dengan dosa kering menipu dua orang tua itu.

"Bagus la kalau macam tu. Nanti kita buat kenduri kesyukuran sekali dengan kenduri tahlil arwah mak hang dekat sini." Cadang TokMad.

"Ha elok jugak tu. Taun ni kita tak buat lagi tahlil dekat Haifa." Balas NekPah menyokong cadangan suaminya.

"Tak payah la tokwan. Buat tahlil ja cukup" Bantah Syafira Iris. Dia bukan apa, tak mahu la suaminya rasa tidak selesa nanti.

"Ish, apa yang tak payahnya. Kita kena buat jugak Fira, satgi orang dok fitnah hang keluar dengan bukan muhrim hang."

"Betui kata wan tu. Nama laki Fira apa taktau?" Soal NekPah memandang wajah tampan lelaki muda dihadapannya.

"Elhan tok, panggil je Han." Balas Elhan Mateen. Nanti kalau dia balas sepatah, dikatanya sombong pula.

"Ha, Han. Han tak kisah kan tok dengan wan buat kenduri dekat hampa?" Soal NekPah meminta persetujuan.

"Han tak kisah pun tok. Betul juga apa yang tokwan cakap tu. Lebih baik buat untuk elak fitnah antara saya dengan Fira ni." Balas Elhan Mateen bersetuju.

"Ha baguih la kalau lagutu, esok aku pi jumpa dengan Leman katering tu nak sewa khemah dia. Kita tumbang sekoq lembu."  Ujar TokMad.

Laju betul buat rancangan, macam kereta api.

"Takyah la sampai tumbang lembu wan. Buat besa-besa dah la." Bantah Syafira Iris.

Bukan tidak kenal dengan perangai TokMad, kalau untuk cucu kesayangan gadai harta pun tak kisah.

"Ish, biaq la wan nak tumbang lembu. Duit wan bukan duit hang." Sakat TokMad. Rindu sungguh ingin menyakat cucu tunggalnya itu.

"Hang dengaq ja la cakap tokwan hang tu. Bukan taktau perangai wan hang, mana boleh bantah." Giliran Nekpah pula bersuara.

Syafira Iris pasrah.

"Esok hang ikut wan nah Elhan." Sambung TokMad sambil menepuk lembut bahu cucu menantunya.

Bukan Aku Inginkan [OG]Where stories live. Discover now