Bab 10

191 7 0
                                    

Usai mengerjakan panggilan Ilahi, Syafira Iris duduk bertafakkur seketika di atas sejadahnya ditengah ruang bilik.

Agak besar kalau nak dibandingkan dengan bilik nya.

Tasbih digital ditekan sambil diselangi dengan alunan zikir meniti dibibir, tidak henti memuji Tuhan Yang Maha Esa.

Pandangannya jauh dilemparkan ke depan, hatinya resah, sesak.

Dia bingung dengan dirinya sendiri, entah betul atau tidak tindakkannya sekarang.

Patut ke dia teruskan semua ini? Tapi dia ada pilihan untuk membantah ke? Keluhan kecil dihela perlahan.

Perbualan singkat antara dia dengan Elhan Mateen tadi kembali berputar di kotak fikirannya.

"Sebab apa kau setuju dengan plan bodoh ni?" Soal Elhan Mateen kasar. Puan Maryam masih lagi ligat kehulu hilir mencari barang untuk majlis mereka.

"Se...sebab saya tak boleh nak bantah cakap ayah saya. Saya pun tersepit jugak." Balas Syafira Iris. Dia tidak mahu bertentangan mata dengan lelaki itu. Gerun, takut , semua ada.

Elhan Mateen berdecit mendengar alasan yang keluar dari mulut gadis itu.

"Baik kau tolak je la rancangan bodoh ni. Kau ingat aku nak ke kahwin dengan perempuan macam kau ni? Entah dari kampung mana kau datang, tiba-tiba nak jadi isteri CEO. Kau cermin tak diri kau tu?" Hambur Elhan Mateen sinis.

Syafira Iris sudah menggempal kuat jari jemarinya menahan geram. Dia tidak bodoh lagi untuk membiarkan orang memijak maruahnya. Dari kecil Tok Mad dan Nek Pah sudah mendidiknya untuk membela diri.

"Kalau awak...." Ayat Syafira Iris terhenti terus apabila telefon milik lelaki itu berdering nyaring minta diangkat.

Elhan Mateen tersenyum segaris melihat nama pemanggil. Tanpa menunggu lama, dia terus menjawab panggilan itu dihadapan gadis itu.

"Hello sayang." Syafira Iris terkedu.

"Sayang? Jadi dia dah ada marka ka? Pastu awat dia terima?"  Soalan itu hanya mampu disoal didalam hatinya saja.

"You miss me baby? I lagi rindu you." Perkataan baby sengaja ditekan kuat supaya gadis itu dengar.

Sudah pasti Syafira Iris boleh mendengar kerana kedudukan mereka hanya terpisah 2 langkah saja.

Syafira Iris terus berlalu pergi. Malas ingin mendengar lebih-lebih. Tok tak bagi curi dengaq orang bersembang!

"Padan muka kau, biar kau tahu yang kau tu tak layak untuk jadi isteri aku." Desisnya dalam hati.

"Ish apa you ni Vin? Nanti I call you balik" Tanpa berlama, Elhan Mateen terus menamatkan panggilan dari Vienna Athilia.

Mujur Vienna Athilia telefon dia tepat pada waktunya, boleh la dia menyakitkan hati gadis itu.

Lamunan gadis itu terhenti apabila telefonnya berdering  minta dijawab.

Syafira Iris lekas mendapatkan telefonnya di meja lampu tidur.

Nama Firdaus menghiasi skrin telefonnya. Tanpa menunggu lama, Syafira Iris terus menjawab panggilan telefon dari lelaki itu.

Bukan Aku Inginkan [OG]Where stories live. Discover now