Bab 1

279 9 0
                                    

"Fira, bangun. Anak dara apa hang ni mangkit tengah hari rembang. Matahari terpacak ataih kepala dah tu cek oi. Bangun." Laung Nek Pah dari arah dapur. Syafira Iris mengeliat kecil. Mimpi indahnya tergendala apabila suara petir Nek Pah menerjah masuk ke gegendang telinganya.

Kaki tua itu melangkah naik keatas rumah menuju ke bilik cucu tunggalnya. Sudip ditangan dibawa naik sekali. Takmau bangun nanti kena ketuk dengan sudip turun temurun tok.

"Syafira Iris! Telentang lagi ataih katil ka anak dara oi." Bebel Nek Pah sambil mencekak pinggang didepan muka pintu bilik gadis itu.

"Ya tok, Fira bangun dah." Syafira Iris bangun lalu duduk bersila diatas katilnya. Nek Pah jalan menghampiri tubuh kecil cucunya, kelopak mata cucunya yang masih terpejam dipaksa buka oleh Nek Pah.

"Bangun mandi la Fira oi. Macam mana rezeki nak masuk kalau hang liat nak bangun pagi." Syafira Iris tersenyum kecil melihat telatah neneknya. Garang-garang pun tetap comel tok kita ni

"Baiklah permaisuri Fira. Biaq Fira peluk tok dulu 5 minit." Syafira Iris memeluk erat tubuh tua Nek Pah. Jika perasaan rindu kepada ibunya muncul, Syafira Iris akan memeluk erat tubuh tua Nek Pah. Dari kecil, hanya Nek Pah dan Tok Mad saja tempatnya menagih kasih sayang.

Dia tidak pernah merasakan kasih sayang dari kedua orang tua. Ibunya, Puan Haifa meninggal dunia selepas 2 hari dia dilahirkan. Disebabkan kematian ibunya, Tuan Mikhail membencinya. Disebabkan Syafira Iris, dia kehilangan isterinya.

Esakan kecil menerpa masuk ke gegendang telinga Nek Pah. Berkerut dahi wanita tua itu. Hairan apabila mendengar esakkan kecil dari cucunya. "La, awat hang teriyak Fira?" Soal Nek Pah hairan.

"Fira rindu ibu tok. Fira teringin nak jumpa ibu, nak dengaq suara ibu. Salah Fira ka tok? Ibu mati sebab lahirkan Fira, ayah buang Fira umpama Fira yang bunuh ibu. Fira tak pernah minta pun dilahirkan." Nek Pah mengusap lembut belakang badan cucunya. Umpama memberi semangat kepada cucunya.

"Syafira, awat kata lagutu? Berapa kali tok pesan dekat hang, apa yang jadi semua ketentuan Allah, takdir ibu hang dah tertulis lagutu. Kita sebagai hamba kena terima la, tu orang kata qada dan qadar. Kalau nak diikutkan tok dengan tokwan lagi sedih sebab tok dengan tokwan hilang satu-satunya anak tunggal kami. Tapi tok dengan tokwan redha sebab dah ajal ibu hang sampai dah. Jangan dok salahkan diri sendiri, tok tak suka. " Marah Nek Pah.

Tuan Mikhail tak sepatutnya menyalahkan anaknya. Bukan keinginan gadis itu. Jika dia tahu ibunya akan meninggal selepas melahirkannya, sudah tentu dia tidak mahu dilahirkan didunia.

"Ni pasaipa ni dok peluk hang aku pagi-pagi ni? Pah, butang baju aku mana Pah." Seloroh Tok Mad tiba-tiba muncul didepan pintu bilik Syafira Iris.

"Ish abang ni. Jadi pa duk mintak butang baju dekat cek, gatai nak menikah lagi satu ka?" Balas Nek Pah geram. Sehari tak menyakatnya memang tidak sah suaminya ini. Syafira Iris ketawa kecil. Air mata yang masih tersisa dikesat lembut.

"Amboih nak melawak dengan hang pun tak boleh dah la ni noh Pah. Cucu wan tu tak qeti nak mandi lagi ka? Anak dara apa ni mandi lewat." Giliran Tok Mad pula membebel apabila melihat Syafira Iris masih lagi lengkap berbaju tidur.

"Nak pi mandi la ni wan. Tok ni dok buat drama ayaq mata dengan Fira pagi-pagi. Ingat hari raya kan nak kena qeyau pagi-pagi."

"Aku luku kepala hang Fira. Pi mandi lekaih." Marah wanita tua itu. Cucunya yang mulakan, nama dia juga yang dipetik. Nasib baik sayang cucu.

"Fira pi mandi dulu naih. Tok tokwan, tumpang lalu." Pinta Syafira Iris. Badan dibongkokkan sedikit. Kakinya terus melangkah menuju bilik air, membersihkan diri.

-----

"Elhan Mateen, apa nak jadi dengan Han ni? Mama dah tak tahu nak buat apa dengan Han ni." Bebel Puan Maryam melihat anak lelaki tunggalnya masih lagi tidur. Selimut yang digunakan oleh Elhan Mateen ditarik kasar.

"Ma, bising la. Han nak tidur ma, Han penat la." Elhan Mateen menarik kembali selimut menutupi seluruh tubuhnya. Sedikit pun dia tidak mengendahkan kehadiran Puan Maryam. Apa yang dia tahu, dia ingin melelapkan matanya saja. Letih!

"Han, bangun masuk office. Kalau Han buat perangai macam ni, Han ingat papa akan serahkan ke syarikat dia dekat Han? Cuba ubah sikit perangai tu." Elhan Mateen masih dalam keadaan yang sama. Tidak bergerak langsung dari katilnya.

"Okey fine, mama takkan tolong Han lepas ni. Mama pun tak rugi apa kalau papa serahkan semua harta dia dekat rumah anak-anak yatim tu. Biar Han belajar macam mana nak hidup berdikari." Ugut Puan Maryam.

"Ye Han bangun. Puas?" Sindir Elhan Mateen. Wajah mamanya dipandang lama tanda protes. Semua benda nak diugut, tak ada kebebasan langsung. Puan Maryam tersenyum puas. Jika diugut tentang penyerahan harta, pasti anaknya akan mengalah.

"Pergi mandi, mama dengan papa tunggu Han dekat bawah. Kita breakfast sekali sebelum pergi office." Ujar Puan Maryam sebelum meninggalkan bilik anak bujangnya.

Elhan Mateen mengeluh kasar. Langkah berat diatur menuju ke bilik air. Mahu atau tidak dia terpaksa akur demi mendapatkan kepercayaan dari papanya untuk mengambil alih syarikat keluarganya nanti.

"Mana anak bujang awak? Belum bangun." Sindir Tuan Eidhlan apabila susuk tubuh isterinya muncul dari tingkat atas. Dia sudah lali dengan perangai anak tunggal mereka itu. Berpuluh-puluh ribu nasihat sudah keluar dari mulut tua nya, namun satu pun tidak melekat dikepala Elhan Mateen.

"Anak saya anak awak juga" balas Puan Maryam. Dia melabuhkan punggung dikerusi meja makan disebelah suaminya. Pinggan yang sudah terisi bihun goreng yang dimasak oleh pembantu rumah ditarik rapat.

"Han tengah siap. Kejap lagi turun la tu." Sambung Puan Maryam lagi. Teh didalam cawan dihirup perlahan sebelum menyuap bihun goreng kedalam mulutnya.

"Semalam Han balik pukul berapa?" Soal Tuan Eidhlan. Surat khabar diselak satu persatu.

"Entah la bang, saya dah letih tunggu Han balik setiap hari. Kita kena buat sesuatu la. Kalau tak, Han takkan berubah sampai kesudah." Cadang Puan Maryam. Semakin dibiar semakin melampau anak lelakinya itu. Kelab malam umpama rumah kedua, perempuan? Setiap hari berganti ganti.

"Segala jenis bapak nasihat saya dah tarbiah si Han tu. Awak nak saya buat apa lagi? Dia bukannya budak kecil, yang kita boleh kurung dia dalam rumah. Umur baya anak awak tu dah boleh jadi suami orang." Balas Tuan Eidhlan.

"Haa... Bagus juga idea abang."

Tuan Eidhlan mengerut dahi. Sejak bila pula dia mengusulkan idea kepada isterinya. Setahunya dari tadi dia hanya membebel saja.

"Aik, sejak bila abang bagi idea?" Soal Tuan Eidhlan.

"Lah, yang tadi tu, kahwinkan Han. Kita cari bakal bini yang solehah untuk Han. Budak kampung pun okey." Balas Puan Maryam

"Merepek la awak ni Yam. Sepatutnya lelaki yang bimbing perempuan. Ni terbalik dah, isteri kena bimbing suami. Lagipun Han nak ke kita jodohkan dia dengan perempuan yang dia tak pernah kenal Yam?" Tidak masuk akal langsung idea yang diajukan oleh isterinya.

"Abang ni, apa salahnya isteri bimbing suami. Mungkin Han boleh berubah kalau isteri dia sendiri yang tegur dia. Abang ada kawan yang ada anak perempuan?" Makin teruja Puan Maryam. Sekaligus dia boleh dapat menantu. Tidak la sunyi rumah mereka apabila suami dan anaknya tiada dirumah.

"Seingat abang ada la sorang kawan abang. Nanti la abang bincang dulu dengan dia." Balas Tuan Eidhlan. Puan Maryam membalas dengan anggukan saja.

Bukan Aku Inginkan [OG]Where stories live. Discover now