Bab 14

211 4 0
                                    

"Apa Vin? I busy la. You nak apa?" Marah Elhan Mateen.

Dua tiga hari ini, wanita itu kerap mencari dia. Satu masalah belum selesai, sudah ditambah dengan satu lagi masalah.

"I miss you Han. Kenapa You makin susah nak pick up phone call I Han? Dekat club pun I dah tak nampak You." Rengek Vienna Athilia menerusi corong telefon.

Rindunya kepada lelaki itu sudah tidak tertanggung. Dia sangat rindukan belaian dan sentuhan dari Elhan Mateen.

"I busy Vin. Banyak masalah I kena settel sekarang. Can you understand me?" Gesak Elhan Mateen.

Makin lama dia makin muak dengan perangai gadis itu yang selalu suka mendesaknya.

"Malam ni you kena jumpa I dekat club. I tak kira Han, you must come !" Asak Vienna Athilia.

"I busy." Itu saja alasan yang keluar.

"If not, I'll come to your house Han. Boleh I kenal-kenal dengan bakal mertua I." Ugut Vienna Athilia tersenyum sinis.

Dia tahu dengan cara ini saja dapat membuat Elhan Mateen menurut tanpa bantahan.

"Vin, You tak faham bahasa ke?! I cakap I busy Vin." Nada Elhan Mateen sudah naik sedikit. Kesabarannya sudah menipis, ada juga yand makan maki pagi-pagi ni.

Tangan kasarnya naik memicit pelipis kepala. Pening dengan perangai Vienna Athilia yang kuat memaksa.

"Nah, I don't care baby. Whether you come to me, or I'll come to your house." Gadis itu masih lagi tekad dengan keputusannya.

Elhan Mateen mengeluh kasar. Mahu atau tidak dia terpaksa setuju. Buat masa sekarang gadis itu tidak boleh mengetahui tentang perkahwinannya.

Jika statusnya sudah diketahui oleh Vienna Athilia, boleh terbalik dunia ini kalau gadis itu sudah mengamuk.

"Fine, 9.30 p.m. Tempat biasa." Elhan Mateen terus menamatkan panggilan. Makin lama dilayan makin sakit kepalanya.

Dia terus merebah kasar badannya atas katil.

"Abang." Elhan Mateen memejam erat kelopak matanya.

"Satu lagi malapetaka dah datang." Bentaknya dalam hati.

"Abang." Panggil Syafira Iris sekali lagi dengan nada lembut.

"Apa kau nak Fira?!." Jerkah lelaki itu membuatkan bahu Syafira Iris terhinjut kerana terkejut dijerkah begitu.

"Kita pi rumah ayah sat. Fi..ra nak ambik barang Fira." Ujar Syafira Iris masih dimuka pintu. Tidak berani masuk dekat, risau kalau-kalau suaminya menerkamnya seperti tempoh hari.

"Kau nak pergi pukul berapa?" Soal Elhan Mateen mendatar.

"Kalau abang free sekarang pun boleh. Kalau dak pun lepas asaq." Balas gadis itu lembut.

Elhan Mateen melepaskan keluhan kecil. Badan dipaksa bangun dari pembaringannya.

"Kita pergi sekarang. I give you 10 minutes to get ready. Aku tunggu dekat kereta." Ujar lelaki itu seraya melangkah ke meja solek.

Bukan Aku Inginkan [OG]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon