Bab 7

149 5 1
                                    

"ye ma, mama nak apa? Masuk kalini dah 10 kali mama call Han. Mama pilih je yang mana mama berkenan." Rengus Elhan Mateen. Serabut betul kepalanya sekarang. Sudahlah dia tidak boleh membangkang keputusan papanya kalini.

"Ish Han ni, papa ada bagitahu mama tadi yang bakal isteri Han dah sampai dari kampung."

"What?!" Naik seoktaf suara lelaki itu

"Mama papa pilih budak kampung untuk jadi siteri Han. Mama tak bergurau kan?" Soal Elhan Mateen meminta kepastian.

"Buat apa mama nak bergurau Elhan. Betul la, Iris baru sampai KL petang tadi." Ujar Puan Maryam.

"Kenapa kena pilih dari kampung ma?! Dekat KL ni dah pupus ke perempuan?" Soal Elhan Mateen menahan geram.

"Kamu jumpa dulu bakal isteri kamu tu, mama confirm kamu akan suka Han. Mama berani jamin."

"Esok ikut mama bawa bakal isteri kamu cari cincin." Tambah Puan Maryam lagi.

"Han sibuk. Dah la ma, Han banyak benda penting lagi nak kena settel. Pandai-pandai la mama urus semuanya "Balas Elhan Mateen. Tanpa menunggu lama dia terus menamatkan panggilan telefon.

"Ish budak ni, letak macam tu je." Ngomel Puan Maryam geram dengan perangai anak bujang tunggalnya itu.

-------

"Syafira Iris lekas mencapai telefonnya yang berdering nyaring. Nama Nek Pah terpapar diskrin telefonnya. Segaris senyuman dileretkan dibibirnya.

"Assalamualaikum ratu hati Fira." Sapa Syafira Iris dihujung talian.

"Waalaikumsalam. Dah sampai ka rumah ayah hang? Macam mana dok sana? Lepa layan hang elok dak?" Bertalu talu soalan yang dilemparkan oleh Nek Pah. Risau sungguh dengan keadaan cucunya yang tinggal jauh.

" Tok, satu-satu la nak tanya Fira pun. Macam peluru." Usik Syafira Iris diselangi dengan ketawanya.

"Aku risau tau dak. Dari hang keluaq tadi sampai ke la ni hang tak talipon aku." Ngomel Nek Pah. Jela terdengar suara kerisauan dari wanita itu.

"Fira baru sampai tok. Fira lupa nak call tok sebab dok kemas baju ni. Sorry nah ratu hati Fira." Rasa dihati cuba ditutup rapat agar Nek Pah tidak dapat menghidu dari jauh.

"Lepa layan hang elok dak? Lepa ada marah hang dak?" Soal Nek Pah lagi. Ya, dia sudah menyiapkan berpuluh soalan untuk diajukan kepada cucunya. Risau sungguh hati tua nya.

"Mummy dengan kak Aina layan Fira baik tok. Tadi pun lepa siap nak tolong Fira kemas barang, tapi Fira segan la." Bukan niatnya ingin bercakap bohong dengan Nek Pah, namun dia tidak mahu hati Nek Pah rungsing memikirkannya. Dia sudah cukup dewasa untuk menyelesaikan masalah sendiri.

" Ha takpa la lagutu. Ni tok nak pesan, duduk rumah ayah hang tu elok-elok. Tolong sama mak tiri hang tu. Kalau ada apa-apa bagitau tok cepat-cepat." Pesan Nek Pah.

Tumbir matanya terasa hangat. Bila-bila saja takungan air matanya boleh melimpah turun. Buat masa sekarang dia harus pendam semuanya sendiri.

"Ya tok, nanti Fira balik tengok tok naih. Fira nak sambung kemas baju ni tok. Kirim salam dekat wan dengan Fir." Pesan Syafira Iris.

" Haa ya la. Jaga diri elok-elok, assalamualaikum."

Syafira Iris terus menamatkan panggilan usai menjawab salam dari Nek Pah. Air mata yang dari tadi ditahan kini jatuh jua membasahi pipi mulusnya.

Bukan Aku Inginkan [OG]Where stories live. Discover now