Bab 3

153 4 0
                                    

"bau sedap sungguh aih, nasib baik tokwan balik awai. Kalau dak mesti habis lincin Fira makan." Usik Tok Mad. Syafira Iris memuncung sedepa bibirnya. Tokwannya boleh geng dengan Firdaus, sama-sama kuat menyakat.

"Betui tu tokwan. Cucu tokwan ni bukan boleh harap, kalau dah boleh kedarah tak tengok kiri kanan dah haih." Sampuk Firdaus pula saja ingin menyambung usikkan Tok Mad.

"Tok tengok Wan dengan Fir tu. Suka sangat sakat Fira." Satu satunya penyelamat dia sekarang ni ialah Nek Pah.

"Ish hampa dua ni. Sehari tak kacau cucu aku tak boleh ka?" Nek Pah membela cucu tunggalnya. Syafira Iris sudah bersorak gembira. Nek Pah sentiasa menjadi penyelamatnya.

"Hang tengok tu Daus, nak usik cucu dia sikit pun tak boleh aih. Kedekut sungguh la." Bebel Tok Mad

"Biasa la tu Wan, cucu perempuan kesayangan la katakan. Takpa, Daus join geng tokwan."

"Takmau aih, hang lembik serupa takdak tulang." Bidas Tok Mad membuatkan ketawa Syafira Iris meledak kuat.

"Gamak wan kata cek takdak tulang. Nak angkat wan pun Daus larat naih, nak try?" Firdaus berura-ura ingin mendekati Tok Mad. Tubuh kurus TokMad diangkat sebelah tangan. See Firdaus kuat okey.

"Ish la budak ni jadi lagumana taktau. Hang bawak turun aku Daus sebelum kepala hang aku sekeh satgi." Firdaus ketawa kecil. Tadi cakap orang tak ada tulang sangat.

"Hampa dua merapu apa ni? Mai makan cempedak ni. Tinggai 10 biji ja tu, hat lain semua Fira dah makan."  Syafira Iris berhenti mengunyah. Pandangannya jatuh ke pinggan, betul la tinggal 10 biji lagi.

"Fira tak perasan pula. Maaf noh." Ujar Syafira Iris tersenyum senget.

---------

Elhan Mateen merenggangkan badannya, akhirnya siap juga semua dokumen yang Tuan Eidhlan minta.  Jam tangan dipandang sekilas sebelum kaki diatur menuju ke pintu office.

"Aku nak balik. Kalau papa cari aku, kau cakap aku keluar kejap." Ujar Elhan Mateen kepada setiausahanya.

"Tapi Tuan, kejap lagi Tuan ada meeting penting." Balas wanita itu. Elhan Mateen merenung tajam kearah gadis tersebut.

"Kau buat kerja kau boleh tak? Papa aku ada, dia boleh handle sorang. Lagipun aku dah bosan duduk mengadap kau dekat office ni." Elhan Mateen terus melangkah pergi meninggal gadis itu.

"Boleh lingkup syarikat ni kalau Tuan Eidhlan serah dekat anak dia yang sombong ni. "  Hampir kesemua staff syarikat tidak menyenangi dengan sikap anak Tuan Eidhlan.

Perangai sombong dan angkuh tidak tahu diwarisi dari siapa kerana Tuan Eidhlan dan Puan Maryam sangat ramah dengan pekerja. Tapi lain pula perangai anaknya.

-------

"Awal abang balik harini? " Soal isteri Tuan Mikhail, Puan Wara. Beg pejabat yang dibawa oleh suaminya diambil dari tangan Tuan Mikhail.

"Abang kena balik kampung arwah Haifa. Tolong kemas baju abang untuk 2 hari." Ujar Tuan Mikhail.

"Anis tak habis lagi kelas?" Tali leher dilonggarkan sedikit. Kaki melangkah menuju kesofa diruang tamu

"Tadi dia cakap ada stayback dengan kawan-kawan dia. Nak siapkan assignment."

"Kenapa nak pergi sana? Bukan ke tahun lepas abang dah balik jenguk Iris.  Nak balik lagi ke?" Soal Puan Wara seraya membontoti langkah suaminya menuju ke ruang tamu.

"Saya nak ambil Iris tinggal sini. Lan nak jodohkan Iris dengan anak lelaki dia." Balas Tuan Mikhail.

"Dah pupus habis perempuan dekat bandar ni sampai nak kena cari perempuan kampung. Saya taknak jaga anak abang tu. " Ujar Puan Wara lagi.

"Kalau ikutkan hati, abang pun taknak pandang muka budak bawa malang tu. Tapi disebabkan Lan, abang sanggup. Mana tahu nanti dapat job besar dengan company dia. Kita juga yang untung."

Puan Wara meleretkan senyuman penuh makna diwajahnya. Betul juga apa yang dikatan oleh suaminya. Jika mereka boleh berbesan dengan rakan niaga suaminya, makin banyak projek besar akan masuk ke syarikat mereka.

"Dah, pergi kemas baju abang. Abang nak bertolak lepas maghrib nanti." Sambung Tuan Mikhail lagi. Dia terus meninggalkan isterinya seorang diri di ruang tamu

---------

"Hah, berangan jauh sungguh aih. Hang ingat dekat sapa?" Tubuh Syafira Iris tersentak dek disergah oleh lelaki itu. Firdaus mengambil tempat  tempat kosong disebelah gadis itu.

"Perangai hang ni kan Fir, tak pernah berubah langsung aih." Ngomel Syafira Iris geram. Firdaus hanya membalas dengan senyuman senget.

"Hang pikiaq apa Fira? Jauh mengelamun." Soal Firdaus. Dari tadi dia hanya memerhati Syafira Iris dari jauh. Dari riak wajah gadis itu dia dapat meneka, banyak perkara yang berlegar difikirannya.

"Banyak benda Fir, banyak benda aku pikiaq. Pasal tok tokwan, pasal ayah aku. Dalam masa yang sama aku rindu ibu aku. Harinikan genap 20 taun dia tinggal aku." Luah Syafira Iris. Matanya masih tertumpu pada kawasan sawah padi yang luas dibelakang kawasan rumah Tok Mad.

"Ayah hang takdak call hang ka Fira? Tanya khabar ka? Ambik tau pasai hang ka?" Soal Firdaus lagi.

Pertanyaan Firdaus hanya dibalas dengan gelengan kepala saja. Dia sudah redha dilayan seperti anak tiri oleh bapa kandungnya sendiri.

Setiap hari Syafira Iris tak pernah berhenti berdoa supaya hati ayahnya lembut untuk menerimanya kembali. Jujur, dia juga dahagakan kasih sayang dan belaian dari seorang lelaki bergelar ayah.

"Ntah la Fir, setiap kali dia mai sini aku cuba ambik hati dia. Tapi dia tetap macam tu. Aku pun dah buntu nak buat apa. Kalau dia suruh tukaq nyawa aku sebagai ganti untuk dia curahkan kasih sayang dia, aku sanggup Fir. Aku sanggup."

"Ish, apa kata lagutu. Macam tok ngan tokwan dok pesan dekat hang la, ni semua takdir Allah. Ayah hang tak boleh nak salahkan hang. Mak mana yang sanggup hilang anak, mak mana yang sanggup tengok anak derita. Ayah hang silap tang tu ja, dia tak berdamai dengan takdir hidup dia."  Ujar Firdaus panjang lebar.

"Takpa la, aku dah boleh terima sekarang. Kebahagian aku la ni tok dengan tokwan ja. Aku nak buat bagi lepa happy" Syafira Iris cuba menceriakan suasana yang muram tadi. Dia tidak mahu serabutkan kepalanya dengan masalah yang sampai sekarang tidak jumpa jalan penyelesaian.

"Habis aku hang lempaq mana? Sampai hati hang, jasa aku banyak naih dekat hang." Seloroh Firdaus. Syafira Iris tersenyum lebar.

"Hang tu sahabat sejati aku. Takkan la aku gamak nak lupa hang Fir. Dari dulu sampai sekarang hang la kawan susah senang aku." Firdaus menayang muka bangga. Terselit juga namanya dalam senarai orang penting Syafira Iris.

"Tudia, pantang kena puji. Hidung kembang sungguh aih." Ejek Syafira Iris.

"Shut up kau! Pi masuk rumah nuh, maghrib dah. Esok pagi hang teman aku pi menjala dekat sungai." Ujar Firdaus seraya bangun dari pangkin.

Syafira Iris hanya membalas dengan anggukan saja. Pantas kaki diatur melangkah masuk kedalam rumah.

--------

Bukan Aku Inginkan [OG]Where stories live. Discover now