Bab 6

140 6 0
                                    

"Ayah nak singgah kubur ibu dulu ka?" Soalan Syafira Iris dibiarkan berlalu.

Tuan Mikhail terus melangkah keluar dari kereta meninggalkan gadis itu terpinga-pinga seorang diri.

Syafira Iris membuang segala fikiran negatif terhadap ayahnya. "Mungkin ayah penat." Desis hatinya sekadar ingin menyedapkan perasaanya.

Langkah Tuan Mikhail terhenti di batu nisan yang tertera nama arwah isterinya.

Dia menarik kerusi yang disediakan berhampiran kubur, lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi disamping kubur isterinya.

" Assalamualaikum Haifa, abang datang ni. Lama abang tak jenguk Haifa, maaf la sebab abang sibuk sikit dekat pejabat." Monolog Tuan Mikhail seorang diri sambil tangan mengusap batu nisan yang tertera nama isterinya.

"Abang rindu Haifa, rindu manja Haifa rajuk Haifa. Kalau Haifa dengar cakap abang untuk gugurkan budak tu, mesti kita dah bahagia sampai sekarang. Abang tetap tak boleh nak terima budak tu sayang. Abang cuba tapi tak boleh."

"Dia punca Haifa tinggalkan abang, semuanya berpunca dari budak bawa sial tu." Air mata yang mengalir dikesat kasar.

"Abang balik dulu ya sayang, ada masa lagi nanti abang datang ziarah Haifa. Assalamualaikum." Tuan Mikhail terus berlalu pergi meninggalkan pusara isterinya.

"Ayah rindu ibu ka?" Soal Syafira Iris apabila susuk tubuh lelaki itu melangkah masuk dalam kereta. Masih sama, soalan dari gadis itu dibiar berlalu pergi saja.

Tuan Mikhail meneruskan pemanduannya kembali. Keadaan menjadi sunyi seperti tadi.

"Ayah penat?" Soal Syafira Iris. Masih sama, Tuan Mikhail hanya diam tidak menjawab sepatah pun persoalan dari anaknya.

"Fira happy sangat ayah datang ambil Fira. Fira ingatkan Fira takkan...."

"Kau boleh diam kejap tak?! Bingit telinga aku dengar suara kau dari tadi! Dari kecil sampai besar memang susahkan aku je kerja kau ni." Syafira Iris terkedu. Dia bingung sendiri mengapa perwatakan ayahnya berubah seperti dahulu.

"Fi..Fira mintak maaf. Fira tak tahu ayah tak selesa. Fira ingat ayah dah terima...."

"Aku cakap diam!" Jerkah Tuan Mikhail kuat membuatkan air mata Syafira Iris mengalir turun laju.

Tuan Mikhail menghela nafas berat. Dia juga tidak tahu mengapa terlalu susah dia ingin menerima gadis itu.

"Fira nak ayah sayang Fira kan?"  Soalan dari Tuan Mikhail membuatkan Syafira Iris mengangguk laju tanda mengiyakan.

"Aku boleh terima kau, tapi dengan syarat." Berkerut dahi gadis itu mendengar. "Sya...syarat?" Soalnya kurang faham.

"Kau kena kawin dulu dengan anak kawan aku baru aku boleh terima kau sebagai anak aku." Ujar Tuan Mikhail.

"Kalau Fira setuju, betul ke ayah akan terima Fira? Ayah akan sayang Fira?" Soal Syafira Iris. Dia sanggup melakukan apa saja asalkan dia dapat belaian kasih sayang dari lelaki itu.

"Ya aku akan terima kau kalau kau setuju untuk kahwin dengan anak kawan aku." Balas Tuan Mikhail.

Buat masa sekarang, dia akan mengiyakan saja semua pertanyaan dari gadis itu.

"Fira setuju. Fira sanggup buat apa saja asalkan ayah terima Fira sebagai anak ayah. Dah lama Fira teringin nak rasa pelukan dari seorang bergelar ayah." Ujar Syafira Iris membuatkan Tuan Mikhail tersenyum lebar.

Syafira Iris terkedu melihat seyuman yang terukir dibibir ayahnya. Buat pertama kali Tuan Mikhail senyum kepadanya. Senyuman ikhlas yang diberikan kepadanya.

Bukan Aku Inginkan [OG]Where stories live. Discover now