Bab 13

202 7 0
                                    

"kau tidur bawah." Arah Elhan Mateen. Dia terus menghempaskan tubuhnya diatas katil empuk miliknya.

Terasa lega badannya apabila dapat melepaskan rasa penatnya seharian.

Buat masa seminggu ini, mereka terpaksa sebilik kerana masih lagi tinggal bersama mama dan papa.

Syafira Iris hanya menurut tidak banyak membantah. Dia juga sudah letih, badannya perlukan rehat.

Gadis itu terus membentangkan comforter diatas lantai bilik.

Tidak sampai seminit dia, Elhan Mateen sudah hanyut dibuai mimpi. Mungkin lelaki itu sangat letih.

Syafira Iris menatap lembut wajah tampan milik suaminya. Rambut suaminya yang terjuntai jatuh diangkat naik kembali.

"Fira tau Han baik. Fira redha dengan takdir ni, mungkin besaq hikmah Allah pertemukan kita. Walau apapun jadi, Fira akan ada disisi suami Fira." Monolog Syafira Iris perlahan.

Tangan lembutnya naik mengusap lembut pipi suaminya yang lincin tanpa sebarang bulu yang tumbuh diwajah.

"Selamat malam suami Fira" Syafira Iris mengambil langkah berani mengucup lembut dahi suaminya.

Mujurla suaminya tidak sedar. Dia kembali berbaring ditempat tidurnya.

Setelah doa sebelum tidur meniti dibibirnya, mata yang sudah kuyu itu perlahan-lahan memejamkan kelopak mata.

---

"Han." Kejut Syafira Iris lembut. Dia ingin membangun lelaki itu untuk solat subuh.

Elhan Mateen masih lagi nyenyak dibuat mimpinya.

"Han, bangun subuh." Kejutnya lagi. Kali ini Syafira Iris menggoyang lembut tubuh suaminya.

"Hmm" renget Elhan Mateen. Dia menepis lembut tangan kecil isterinya. Matanya masih berat untuk dibuka bagai digam kuat.

"Han, bangun sat. Imamkan saya untuk solat subuh pagi ni." Rengek Syafira Iris lagi.

Dia tidak kisah kalau lelaki itu menengkingnya, yang penting suaminya harus menjadi imamnya untuk pagi ini

"Ish, apa kau ni Fira! Aku mengantuk la." Marah Elhan Mateen. Matanya masih lagi dipejam rapat seperti tidak mahu dibuka.

"Nanti dalam neraka awak tak sempat nak lena tau dak. Setiap saat kena rejam dalam api panas neraka tu sebab tinggai semayang. Mau ka?" Balas gadis itu berani.

Elhan Mateen berdecit menahan geram. Pagi-pagi pun dah membebel ke perempuan kampung ni?!

Dengan rasa malas menggunung, Elhan Mateen memaksa dirinya bangun dari pembaringannya.

Syafira Iris sudah tersenyum lebar. Kali ini kemenangan berada dipihaknya.

"Awak pi ambik wudhu dulu. Saya tunggu sini." Ujar gadis itu lagi.

"Tsk, aku tahu la. Tak payah mengarah aku." Marah Elhan Mateen sebelum meninggalkan gadis itu dikatilnya.

Tidak terjentik langsung rasa kecil hati dalam diri gadis itu, malah dia hanya tertawa kacil melihat kelaku suaminya itu.

Macam budak-budak kena paksa bangun pagi!

"Rabbana Atina FiddunYa Hasanah,

Wafill'a Hiratil Hasanah,

Waqina Azabannar."

Usai bacaan doa diaminkan, dia terus menoleh memandang isterinya. Wanita itu masih lagi tidak selesai membaca doa yang ingin dipinta kepada Maha Pencipta.

Bukan Aku Inginkan [OG]Where stories live. Discover now