Bab 4

164 5 2
                                    

"Ya pa, kenapa call Han ni? Han tengah busy ni pa" ujar Elhan Mateen menerusi corong telefon. Dia berlari keluar dari club sebentar kerana keadaan didalam terlalu bising dengan bunyi muzik yang dimainkan.

"Busy?! Kamu busy buat apa Elhan Mateen?! Busy mabuk? Main perempuan?! Tu yang kamu kata busy?!" Jerkah Tuan Eidhlan.

Makin lama sabarnya makin tipis dengan perangai anak tunggalnya.

"Apa papa merepek ni. Han tak jahil lagi sampai nak mabuk."

"Papa bagi masa setengah jam dari sekarang untuk kamu sampai rumah. Kalau tak kamu tahukan apa yang papa boleh buat. Ingat Elhan Mateen, half hour from now!" Tanpa menunggu lama, Tuan Eidhlan terus menamatkan panggilan telefon.

Elhan Mateen membentak keras, tayar kereta yang dipakir ditepi jalan disepak keras untuk melepaskan geram.

Mahu atau tidak dia harus menuruti arahan papanya.

Dengan perasaan marah masih menguasai diri, dia berjalan menuju ke keretanya yang dipakir tidak jauh dari kawasan kelab.

Seketika kereta mustang merah miliknya meluncur laju meninggalkan kawasan kelab malam.

---------

"Aina tak nampak ayah dari tadi. Ayah tak balik lagi ke mummy?" Soal Aina, anak perempuan Puan Wara.

" Ayah balik kampung arwah isteri dia. Ambil budak malang tu datang sini." Ujar Puan Wara sambil matanya masih tertumpu di kaca telefon.

"What?! Jin apa yang hasut ayah tu? Bukan ke dia benci dengan anak dia tu?" Soal Aina. Setahunya Tuan Mikhail langsung tidak menghiraukan sama sekali Syafira Iris.

Jangankan ingin mengambil berat, dengar nama pun sudah boleh buatkan mood Tuan Mikhail berubah dingin.

"Dalam business, anak pun boleh jadi taruhan. Kawan ayah nak jodohkan anak dia dengan perempuan tu. Dengar kata anak kawan ayah tu kaki perempuan, kaki club juga tu." Terang Puan Wara panjang lebar.

"La kesian betul kan nasib perempuan tu. Dah la ayah sendiri bencikan dia, dapat suami pula kaki perempuan. Ntah-ntah baran pun mesti ada juga." Aina ketawa sinis.

Nasib lah bukan dia yang menjadi barang taruhan untuk perniagaan ayahnya.

"Sebelum dia kena seksa dengan suami dia nanti, mummy akan pastikan ayah akan bertambah benci dengan dia." Ujar Puan Wara tersenyum sinis.

"Mummy nak buat apa?" Soal Aina kurang faham. Pertanyaan anak perempuannya dibiarkan berlalu saja.

-------

"Kamu ni melampau Elhan Mateen, kenapa tak masuk meeting petang tadi?! Tahu tak meeting tu meeting penting! " Bentak Tuan Eidhlan.

Tiada sudah nada bicara lembut seperti sebelum ini. Kali ini, anaknya betul-betul menguji tahap kesabarannya.

" Han dah settelkan semua file yang papa minta kan? Atleast Han buat juga kerja, tak cukup lagi ke?" Jawab Elhan Mateen.

Renungan tajam papanya sedikitpun tidak membuat dirinya gentar.

"Tapi meeting tu meeting penting Elhan Mateen! Boleh tak Han belajar untuk pikul tanggungjawab?! Jangan fikir seronok Han je!"

"Abang, sabar bang. Nanti naik darah tinggi abang tu." Tegur Puan Maryam.

Sepertinya malam ini kemarahan Tuan Eidhlan sudah tidak dapat dibendung.

Bukan Aku Inginkan [OG]Where stories live. Discover now