B A B 1

31.9K 892 9
                                    










LANGKAH diatur penuh gaya sebaik saja keluar dari lif VVIP. Megat Nuh Iman mengalihkan pandangan ke arah gerangan yang menegurnya, Adelin selaku setiausahanya. Nuh mengangguk dengan senyuman nipisnya.

"Morning Adel..."

Sebelum masuk ke biliknya, Nuh berhenti seketika.

"Adel, can you make me a cup of coffee and hand it to my office after 15 minutes. Thankyou" pesan Nuh sebelum lesap masuk ke dalam pejabatnya.

"Boleh Dato'..." jawab Adelin dan terus menuju ke pantry mahu membikin kopi buat bosnya.

Briefcase diletakkan di sisi meja dan punggung dihenyak kasar di atas kerusi empuk. Jari-jemarinya laju menekan papan kekunci mahu mengakses sesuatu. Serius riak wajah lelaki itu seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Ini kopinya dato'..." cermat Adelin meletakkan kopi yang dipesan di atas meja.

"Alright, thanks" ucap Nuh.

"Untuk harini, dato' ada perjumpaan dengan wakil dari Alora Hub berkenaan dengan projek terbaru di Sunway pukul 11 pagi. Lepastu lunch hour pula dengan wakil dari Al-Ansari. Sebelah petang pula dato' free. Itu sahaja jadual dato' harini" maklum Adelin mengikut jadual yang dia catat berdasarkan waktu yang diberikan oleh client.

"Lunch dengan wakil Al-Ansari? Setahu I bukan projek besar, boleh tahu siapa wakil dari Al-Ansari tu?" Tanya Nuh hairan.

"Siapa wakil tu saya tak sure dato' sebab semua atas arahan BOD. Maybe Mr. Ghibran, boleh jadi Ms. Maleeka juga" jawab Adelin.

Nuh mengangguk faham. Pelipisnya diurut perlahan.

"Baiklah, thankyou Adel" Nuh senyum nipis memandang setiausahanya yang palinh senang untuk berurusan.

"Baik dato' saya keluar dulu"

Sebaik Adelin keluar, Nuh bersandar malas pada kerusi kerjanya.

Siapa pula wakil dari syarikat Al-Ansari tu? Sebelum ini kalau ada apa-apa urusan, memang Tan Sri sendiri akan berjumpa dengannya. Kali ini main hantar wakil pula? Ada yang tak kena ke?












          TIDAK lama pun Nuh menunggu di restoran yang ditempah awal atas tujuan perjumpaan separa formal itu. Kemudian client dia pun sampai. Nuh berdehem sedikit mahu meneutralkan suasana kekok antara dia dengan clientnya.

"Sorry late, Nuh. Cari parking punya pasal" sapa satu suara garau yang Nuh kenali.

"It's okay Ghibran. Baru sampai juga" Nuh senyum senang berjumpa dengan Ghibran Husni anak kepada Board of Director Al-Ansari Group, Tan Sri Ammar. Pemilik syarikat perabot dan juga industri perkapalan diantara yang maju dan berkembang juga.

"Sihat bro? How's life? Isa, Luth diorang okay?Tanya Ghibran ramah.

"Sihat je alhamdulillah. Those spoiled brats pun okay je. Dua orang hanyut bercinta, seorang tu entahlah. Dunia tersendiri" cerita Nuh tentang adik-adiknya.

Ghibran ketawa mudah terhibur gayanya.

"Abang dia? Tak hanyut sekali ke? Ke tengah play safe sekarang?" Ghibran mengangkat kening sebelah.

Ceit!

"Tak ada maknanya. Mengarut lah kau ni. Tan Sri sihat?" Tanya Nuh semula membuatkan Ghibran menjuihkan bibir.

"Sihat je dia. Selalu sebut nama kau, tanya bila nak datang rumah. Dia nak suruh maid buat makan-makan" ulas Ghibran membuatkan Nuh tersenyum nipis.

"Alhamdulillah, tengoklah nanti kalau ada masa aku pergi lawat dia. Kirim salam je lah dulu pada dia" jawab Nuh serba salah pula dibuatnya.

"Inshaallah..." balas Ghibran pula.

"Uh hye Dato' Megat, hye Ghibran, sorry lambat!" Sapa satu suara lunak yang mampu membuatkan ritma jantung Nuh berubah tempo.

Ghibran senyum nakal dan Nuh mengangguk sambil menunduk.

"It's okay El, abang pun baru sampai" kata Ghibran dan Nuh sudah membeku.

Tudia, adik pula datang. Bala apa pula yang muncul ni. Si Maleeka pula boleh duk senyum gatal miang rebung ke arah Nuh. Nuh pura-pura tak nampak saja dulu. Biar nampak makcik ni perasan sorang-sorang.

"Hye," sapa Maleeka ramah pada orang depannya itu.

"Assalamualaikum!" Balas Nuh pula.

Wanita itu pegang dada dan menjeling si abang geram. Ghibran senyum senget. Mula lah tu nak perang.

Tak guna punya orang tua, macam tu saja dia bagi dekat aku. Grrr. Getus hati Maleeka.

"Ya waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh dato'...maaf sekali lagi" Maleeka menjawab salam berunsur perlian.

Nuh pula mengangguk kemenangan.

Selepas itu, masing-masing makan sambil sambung berbincang hal syarikat pula. Namun perbincangan rasa terbatas kerana adanya wanita di antara mereka. 

Aaah, Nuh tak suka sangat sebenarnya.

Tapi tak apa, profesional je lah.
















TBC.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now