B A B 30

15.3K 609 16
                                    











NUH dan Calla duduk diam dengan muka cuak mereka. Niat nak bagitahu berita gembira terus rasa seram sejuk bila Puan Sri Bahiyyah memandang mereka dengan pandangan yang sukar ditafsir. Kebetulan, Tok Sarimah pun ada di rumah ini.

"Aku dah cakap, budak dua orang ni gatai! Bukan boleh duduk sekali, ada ja aktiviti laki bini nak buat" Tok Sarimah memanaskan lagi keadaan.

"Seronok sangat ke mengandung sampai tak menyempat sangat hm? Lily baru nak belajar makan, dah nak dapat adik lagi" ujar Puan Sri Bahiyyah.

"Manalah Lee tahu, dulu nak dapat Lily lambat. Kitaorang try la awalkan sikit. Tahu-tahu menjadi pulak" jawab Calla tanpa rasa bersalah. Nuh di sebelah hanya sengih seriau. Telinga sudah mula rasa panas dek malu.

"Lepasni rancang baik-baik la. Jarakkan sikit umur anak-anak tu. Kesian Lily, tak puas merasa jadi anak tunggal" nasihat Puan Sri Bahiyyah lagi.

"Baik mama. Maaf dah termengandungkan anak mama" jawab Nuh akur dan Calla gigit bibir tahan rasa lucu.

"Ya, mama cuma nasihat. Lepasni kamu berdua beringat lah. Anak dah nak masuk dua" Calla dan Nuh mengangguk lagi dan lagi. Macam burung belatuk dah kedua-duanya.

"Nak berlumba ke bro?" Masuk pula Ghibran sambil mengangkat sebelah kening.

"Ye lah, kita orang mana boleh kalah. Kan D kan?" Calla mengenyitkan mata memberi isyarat supaya Nuh setuju.

"Ehem hem! Dah rezeki nak buat macam mana" Nuh memberi jawapan selamat. Ghibran senyum senget.

"Takyah duk kata kat orang la hang pun sama ja gatai! Aisy tu sampai tak boleh nak bertenang sat. Kerja duk kelek anak ja" Tok Sarimah membela Nuh dan Calla pula. Tadi bukan main mengecop Calla dan Nuh gatal.

"Tapi takda la sampai setahun sorang tok. Orang tu lepas dia, dia lagi. Bagilah chance dekat orang lain pula" Ghibran membela diri.

"Sudah-sudahlah tu Gibbs, baba suka ramai-ramai. Baru meriah rumah" Tan Sri Ammar baru masuk ke dalam kumpulan perbalahan itu terus semua sengih.

"Tahniah Nuh dan Lee. Bertambah lah lagi askar tokba" ucap Tan Sri Ammar.

"Thankyou baba!" Calla membalas ceria. Jadi baba senang, baba okay je tak marah-marah pun. Lagi suka pula kalau cucu ramai.










NUH menanti penuh debar di luar bilik rawatan. Semua adik-adiknya ada sekali dengan dia. Isa sudah diam menahan air mata. Melihat akan keadaan itu, Nuh bangun mendapatkan adik-adiknya dan memeluk erat. Sebelah kiri, kepala Luth diusap lembut. Kanan pula dia mengusap lengan Isa agar sedikit tenang.

"Tenang semua. Apa pun keputusannya, kita kena redha. Nenda dah makin tua dan makin uzur. Inilah perjalanan yang kita adik beradik kena hadap. Kalau dulu, kita boleh redha hidup tak ada mama dan papa. Sekarang kita kena belajar buat benda yang sama" nasihat Nuh.

"Aku takut Nuh. Aku tak bersedia lagi untuk hilang sesiapa" Ujar Isa.

"You should Megat Isa Iman" tegas Nuh berkata.

"Babang, nenda tak mati lagi kan?" Luth bertanya polos.

"Tak Luth, nenda cuma nak rehat sekejap. Luth pandai berdoa kan? Doakan nenda cepat sembuh ya?" Kata Nuh lembut dan Luth angguk seraya menadah tangan berdoa. Nuh dan Isa ikut tadah tangan sekali.

"Ya Allah, janganlah kau ambil nenda Luth, babang Nuh dengan babang Isa Ya Allah. Luth sayang nenda. Nanti takda orang nak jaga Luth. Sembuhkan nenda ya Allah" doa Luth dan Isa sudah menitis air mata. Dia tidak sekuat Nuh.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now