B A B 10

19.2K 733 22
                                    









PASANGAN muda itu direnung silih berganti. Lantan Nenda Asiah mencuit kaki Nuh dengan tongkatnya. Nuh terus panggung dan memandang neneknya tanpa mengeluarkan suara. Tak tahu nak mulakan daripada mana.

"Nenda bukan nak kamu berdua senyap. Nenda nakkan penjelasan. Apa yang kamu berdua buat? Berdua-duaan tanda ikatan dah macam suami isteri dah nenda tengok!" Nuh teguk liur kasar.

"Erk, se-sebenarnya...."

"Sebenarnya apa?!" Sejak bila Nuh jadi gagap entah. Nak terangkan bagi menda dia faham pun tak lepas-lepas.

"Maleeka girlfriend Nuh" sambung Nuh laju dan Calla menjeling Nuh di sebelah.

"Girlfriend? Girlfriend tapi dah macam suami isteri punya perlakuan. Nuh tahu dosa pahala tak? Nuh sedar tak apa yang Nuh buat dengan Maleeka ni berdosa?" Nenda Asiah menyoal satu persatu. Nuh angguk tanda dia tahu semua itu.

"Kalau tahu, kenapa cara haram dan berdosa juga Nuh pilih? Kenapa tak halalkan saja anak dara orang ni Nuh? Sanggup Nuh burukkan nama keluarga kita dengan cara macamni?!" Nenda Asiah kecewa dengan apa yang baru dia ketahui hari ini.

Calla menggeleng kepala tanpa sedar. Apa yang nenda cakap tu semuanya salah faham. Nuh pun mangkuk ayun juga, pergi cakap girlfriend tu dah kenapa. Kutuk Calla dalam hati.

"Apa yang kamu tidakkan Maleeka? Selama ini nenda sayangkan kamu. Nenda jatuh suka dengan sikap kamu yang sopan, hormat orang tua tapi dibelakang nenda ini yang berlaku ya?" Calla pula menjada mangsa.

"Ta-tapi..."

"Tapi apa?" Jelas riak kekecewaan di wajah tua itu.

"Calla Maleeka tak salah dalam hal ni nenda. Jangan rendahkan dia" bela Nuh.

"Nuh tahu apa yang nenda nampak tadi semuanya salah dan tak betul di mata nenda. Kalau diikutkan hukum pula, kami tak salah—"

"Hukum mana yang kamu pakai?!" Nenda berang dan nyaris mahu melibas cucunya itu dengan tongkat namun dihalang Calla.

"Kalau nenda suruh Nuh halalkan Maleeka Nuh tak boleh. Nuh tak boleh nikah dengan Maleeka" Nenda Asiah mengusap dadanya sambil beristighfar.

Terpesong jauh dah cucu dia ni. Buat maksiat tapi taknak bertanggungjawab.

"Calla Maleeka isteri Nuh yang sah" Nuh berterus-terang akhirnya.

"Apadia?! Isteri?! Tadi cakap lain. Mana satu nenda kena percaya ni?" Nenda Asiah pening.

"Betul nenda, Lee isteri Nuh yang sah" Calla mula bersuara.

"Nuh minta maaf sebab timbulkan masalah dalam keluarga. Maafkan Nuh nenda. Bukan berniat nak berahsia tapi Nuh risaukan nenda. Kalau nenda nak marah, nenda boleh marah Nuh. Bukan pada orang lain lagi-lagi Calla" Nuh melutut dan meletakkan tangan di ribaan Nenda Asiah bersungguh-sungguh meminta maaf.

"Sampai hati Nuh belakangkan nenda dalam hal ni. Mentang-mentang nenda dah tua, dah uzur, Nuh buat main-main saja perkara penting macamni. Nuh sanggup bernikah senyap-senyap tanpa pengetahuan nenda. Keluarga Tan Sri Ammar tahu tak tentang ni?" Kedua-duanya mengangguk.

"Ba-baba dan mama yang minta Nuh nikah dengan Lee, nenda. Kami terpaksa demi maruah keluarga" jawab Calla.

"Apa yang kamu berdua buat?"

"Ka-kami kena tangkap dengan pegawai majlis agama islam. Sebab Nuh dan Calla ditangkap atas tuduhan berkhalwat. Padahal apa yang jadi cuma salah faham saja. Baba yang paksa kami untuk dinikahkan malam itu juga atas cadangan pegawai tu sendiri" terang Calla seram sejuk.

"Ikut suka kamu berdua la. Benda dah kahwin dah pun. Buat apa risaukan nenda lagi. Maaf menganggu waktu kamu berdua, nenda nak balik dulu. Assalamualaikum—" terus Nenda Asiah bangun dan keluar dari rumah cucunya itu.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now