B A B 13

19.4K 732 17
                                    










SEDAR tidak sedar, berbaki seminggu saja lagi sebelum majlis perkahwinan Calla dan juga Nuh. Calla berbaring sambil melayan drama korea baru bertajuk King The Land di ruang tamu tingkat atas. Punyalah ralit tengok si hero sampaikan hero realiti duduk sebelah pun dia tidak perasan.

"Tak ada cerita lain dah ke? Mahu tengok hero muka plastik ni" kutuk Nuh mengundang jelingan daripada Calla.

"Habistu dato' nak suruh I tengok muka siapa? Dato'?" Calla menyoal.

"Hah, tengoklah muka aku ni lama-lama. Bukannya aku nak marah, dapat pahala apa" jawab Nuh menyebalkan.

Calla buat tak endah, dan Nuh pula gatal tangan meraba betisnya. Mula lah tu.

"Untuk majlis kita, kau jemput siapa je datang?" Tanya Nuh.

"Entahla, tak tahu lagi. I serahkan pada mama dengan baba untuk jemputan tetamu" kata Calla.

"Nampak sangat kau ni takda kawan kan?" Nuh sengaja mencari pasal. Ketara sangat.

Calla menjeling tajam. Sudahlah isu kenyataan media tu pun Calla masih belum surut bengkaknya lagi. Biasalah, ada yang suka tu suka la. Ada yang busuk hati tu, macam tak boleh nak terima kenyataan pula Nuh ni sudah beristeri. Macam-macam jenis komen yang Calla baca

Calla capai remote tv dan sekelip mata skrin tv berubah gelap. Calla bangun meninggalkan Nuh di situ. Panas pulak hatinya dengan ulah Nuh yang kadang keanakkan itu.

"Arghh! Ish Lepaslah!" Ronta Calla bila Nuh memeluk tubuhnya kemas.

"Sejak bila kau pedulikan kata-kata dari mulut orang lain ni? Diorang ada bagi kau makan? Ada sponsor kau apa-apa?" Calla geleng lambat-lambat.

"Jadi, buat apa kau pedulikan semua komen negatif tu. Tak ada manfaat pun untuk kau" nasihat Nuh.

"Siapa Lilyrose?" Soal Calla dan Nuh nampak terkedu.

"Perempuan mana yang kau sebut ni? Kau je satu-satunya bunga Calla Lily aku" jawab Nuh.

"I tahu dato' tahu siapa dia. Jangan nak berlakon pula dekat sini!" Perut Nuh diketam kuat.

"She's my ex. Tapi dia tu ex yang lama sangat-sangat zaman aku belajar dulu lah Calla Lily—"

"Aduh!" Perut Nuh diketam lagi sekali. Lebih berbisa dari yang tadi.

"And then from now on, stop calling me with Lily! Hate to hear that dato'" Calla Maleeka memberi amaran tegas.

Tak ada angin tak ada ribut, Nuh ketawa. Ketawa senang sehingga merah wajah lelaki itu. Dia ada bau sesuatu yang menarik.

"Aku bau ada orang cemburu lah" Nuh sengaja mengambil kesempatan dalam kesempitan mencium pipi gebu Calla.

"Oh dekat sini bau cemburu tu datang" usik Nuh lagi tak berkesudahan.

Semua ini salah wanita dari ceruk mana entah bernama Lilyrose Hanna yang meninggalkan komen mengaku dirinya bekas kekasih Nuh. Bukan main tak boleh terima hakikat lagi caranya. Sebelum ni tak ada pula siapa-siapa yang nak mengaku apa pertaliannya dengan Nuh.Perangai!

"Dan I tak ada hak ke nak cemburu?" Calla menyoal berani. Nuh angguk laju sambil mengusap dada Calla menyuruh wanita itu bersabar.

"Boleh Calla Maleeka. Kau ada hak untuk cemburu sebab kau isteri aku. At least I got something value" ujar Nuh memujuk.

"Apa?"

"You love me...." Terus berbahang wajah Calla dan lekas turun dari Nuh. Dia nak larikan diri namun terperangkap pula.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now