B A B 24

18.3K 701 28
                                    










CALLA duduk di beranda luar rumah mengambil angin malam. Sejuk betul angin di negeri ini tidak sama dengan angin malam di KL sana. Di sini lebih menenangkan. Calla melipat sisi baju kelawarnya yang bertebangan lalu dikepit di celah peha.

"Patut nak cuti lama, best rupanya duduk kampung kan?" Suara Nuh betul-betul datang dari tepi Calla. Wanita itu terkejut sedikit.

"Haah, macam malas nak balik KL terus pun ada" jawab Calla dan Nuh tunduk sedikit mengintai wajah cantik natural isterinya.

"Mana boleh, siapa nak teman D dekat KL?" Nuh berkata dan Calla menoleh ke sebelah sambil tersenyum senada.

"Sudi ke ditemankan? Kalau nak balik KL tu balik je lah. Kalau jumpa penyembuh yang baru pun tak apa. Maaf sebab tinggalkan luka dan I pergi macamtu saja. I tak reti rawat luka yang I sendiri buat. Teruk kan I?" Calla senyum mengejek diri sendiri. Sinis.

"Flower dah mengalah dah ke? Dah penat?" Tanya Nuh. Dalam hati, tuhan saja tahu gemuruhnya dia bila Calla izinkan dia cari pengganti.

"Entahlah, I tak tahu. Tapi I tak nafikan kesalahan I pada D memang besar. I malu dengan D sebenarnya. Banyak sangat benda bodoh I buat yang memalukan diri I sendiri. Itu yang buat I malas dah nak mencuba lagi. Incase D jumpa yang lebih baik daripada I, I izinkan D untuk kenal lebih rapat dengan dia. I dah cuba lapangkan dada I" Calla bersuara tenang memandang jalan.

"Flower cakap benda tak masuk akal lagi?" Soal Nuh penuh debar.

"I masuk dulu" Calla pun bangun. Malas mahu menjawab jika masalah ini masih berlarutan.

"Duduk dulu Calla Maleeka. D pula nak bercakap" halang Nuh yang sempat meraih pergelangan tangan si isteri. Calla duduk semula dan memandang sayu wajah kacak Nuh.

"Calla Maleeka binti Tan Sri Ammar, kita berdamai? Taknak ada sengketa lagi antara kita. D pun penat seksa diri D sebab berpura-pura dingin dengan bunga kesayangan D. Demi Allah, D dah lama maafkan segala salah dan silap isteri D. D pun nak minta maaf sebab buat flower terasa hati dengan kedinginan D selama beberapa minggu yang lepas. Jauh di sudut hati, D rindu sangat-sangat flower D ni. Kita berdamai ya?" Nuh menyua tangan untuk bersalaman.

"Dekat sini dah tak luka kan?" Tanya Calla sebak.

"Tak, dah lama sembuh. Lukanya sikit je. Janji jangan bahas lagi pasal ni okay?" Bicara Nuh dan Calla senang hati berjabat tangan dengan Nuh.

Nuh kemudian mendepakan tangan memberi signal untuk Calla masuk ke dalam pelukannya.

"Ish, lamanya tak kena peluk. Rindu!" Kepala disebalik tudung segera yang dipakai Calla diusap. Calla seperti biasa, dada bidang Nuh digomol puas.

"Thankyou D, sudi maafkan I. I love you and I miss you so much" kini, Calla tak perlu curi baju Nuh lagi untuk lepaskan rindu. Sekarang dah dapat orangnya sekali.

"I miss you more flower, jangan suruh D cari lain. Rasa nak luruh jantung D tadi. Jaga anak Tan Sri Ammar ni pun dah makan modal lagikan nak cari yang baru. Bankrupt la Dato' Megat" Calla ketawa dalam tangisnya.

"Dato' Megat yang merajuk sakan, I dah buntu dah nak ambil hati dia macam mana lagi" Calla menjawab manja.

"Datin tak tahu bertapa geloranya hati dato' bila datin setiap hari menggoda. Kita nak terkam tapi tengah in character. Berapa kali dah asyik melepas" ujar Nuh dan Calla tergelak lucu.

"Waktu datin pelawa, dato' yang taknak. Penat datin bersiap tau!" Calla mengusap peha Nuh.

"Ehem, sekarang datin tengah pelawa jugak ke?" Nuh perhati tangan runcing Calla di atas pehanya.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now