B A B 14

18.7K 694 10
                                    











        BIASAN cahaya dari celahan langsir itu membuatkan Calla terjaga dari tidur. Calla buka mata separuh dan menilik jam telefon. Terus terkejut melihat waktu yang sudah menginjak ke pukul 9 pagi.

Hendak bergerak, Calla rasa ada kepala orang di ceruk lehernya. Ada tangan yang memeluk tubuhnya erat. Sah, Nuh tersilap bantal peluk dah ni. Sudahnya, Calla yang menjadi bantal peluk jadian.

"Hm, stay flower..." rengek Nuh dengan suara yang seksi habis. Rasa lenanya terganggu bila Calla bergerak-gerak.

"D bangun, dah pukul 9! Kita dah terlepas subuh" kejuh Calla yang mahu dilepaskan dari rangkulan kemas itu.

"Auww, sakitnya pinggang—" aduh Calla yang rasa tulang belakangnya bengkok membentuk huruf S dah sekarang.

"D boleh betulkan semula pinggang flower" tangan Nuh meraba semakin ke bawah.

"D jangan gatal! I nak pergi qada solat subuh I. D pun bangunlah" Calla merangkak turun dari katil kalut. Dia taknak kena azab sebab tinggal solat. Kes dia sekarang, betul-betul tak sengaja. Semoga amalan diterima lah.

Nuh memberi laluan kepada Calla yang siap mandi dan berwuduk itu keluar dan menghamparkan sejadah. Tak lepas Nuh pandang Calla dengan senyuman anehnya dan Calla sehabis mungkin taknak bersabung pandang dengan suaminya.

"Jangan lupa doakan D, doakan kita" pesan Nuh mengada sebelum masuk ke dalam bilik air.

Masuk saja ke dalam bilik air, Nuh duduk habiskan masa di depan cermin. Dia lihat pantulan dirinya kemudian dia senyum senget. Nakal betul Calla Maleeka semalam.

Nuh menyarung t shirt kosong ke tubuh dan menjeling Calla yang sedang membelek kakinya. Nuh pergi ambik sandal yang dibawa semalam dan diletakkan di depan kaki Calla.

"Pakai ni, tak payah pakai kasut" ujar Nuh dan Calla patuh.

"Sini heels tu biar D pegang. Kejap lagi ada yang tercicir barang dia" Nuh menjinjit kasut tumit tinggi yang dipakai semasa majlis semalam.












           SEPANJANG perjalanan balik ke rumah Tan Sri Ammar, Calla seperti pengsan di atas riba Nuh. Nyenyak betul wanita itu tidur seperti di dalam bilik hotel pula. Tugas Nuh hanya berjaga-jaga kalau kepala Calla bergerak disebabkan pergerakan kereta.

Sampai di rumah keluarga mertua Nuh pun Calla masih tidak sedar. Sakan siap rapatkan wajah disembamkan pada abdomen Nuh lagi.

"Dato', kita dah sampai" maklum Saif dan Nuh angguk dia tahu.

"Tahu, tapi keluar lah dulu If, saya kekuar kemudian. Jangan matikan enjin" pesan Nuh dan Saif menurut arahan.

Nuh turunkan sedikit tempat duduknya dan bersandar santai. Dia menunggu  sehinggalah Calla mengeliat dan terjaga.

"Huh? Dah sampai dah ke?" Soal Calla yang masih mamai. mata meliar cuba mendiagnos di mana dia berada sekarang.

"Hm, D? Kita dah sampai ke?" Nuh yang diam tak bersuara itu mengangguk menahan senyum. Budak mana comel sangat macam hilang emak ni.

"Lah, kenapa tak kejut I. Mesti lenguh peha D alas kepala I kan. Sorry D..." Calla mengusap paha Nuh dan Nuh segera mencekup tangan kecil itu.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now